Usia dah nak masuk 30an, ada isteri tapi mak ayah yang kene tanggung lepas kahwin.

Assalammualaikum aku ni wanita,

seorang isteri, berumur penghujung 20an, study sampai menara gading, tapi akhirnya duduk di rumah. Sobs sobs. Okey cukup pasal tu.

Aku rasa ramai je isteri diluar sana, alami masalah yang sama. Masalah iaitu suami kurang menafkahi atau tak bagi langsung sebab isteri bekerja.

Memang la nampak buat pelaburan F***, tapi sorry lah aku tak nampak hasilnya. Kalau ada pun lepas buat beli flavor rokok dia je.

Ada ke orang kaya buat pelaburan ni. Kalau ada alhamdulillah aku jugak nanti yang senang. Hahahaha.

Lagu satu kalau dah lebih setahun tak kerja, isteri mana tak bising kan. Takkan nak salahkan ekonomi je. Yang pergi gatal pergi berhenti kerja sebelum ni kenapa.

Pleasa kalau dah jadi suami, cuba matang. And lagi satu, isteri sebenarnya tak selesa tinggal rumah mentua lama-lama.

Dengan ipar duai. Bukan nak demand, at least usaha la sedia kan rumah sewa pun takpe. Walaupun isteri tak kerja, penat jugak tau.

aku dah tak boleh hold lagi masalah aku, so aku story je la. Yelah, lagi2 mak sendiri, dia boleh rasa okay.

First impression mak aku, dia tak redha. Tapi dia suruh aku bersabar selagi boleh. Akak aku la paling trigger.

Dia tak nak aku terus buang masa. Rumahtangga aku ni macam takde matlamat. Aku anggap je lah aku belum layak bergelar ibu, maybe sebab dalam keadaan aku sekarang ni.

Sebelum korang tanya aku cari kerja tak. Aku cari jugak. Tapi yang dapat jauh bebenor, siapa nak sponsor nak merantau tu.

Kalau dapat berdekatan pun, rupanya keje sales. Kerja online pun banyak scam. Droship? Cuba jugak, tapi kurang berhasil.

Kadang aku terfikir, untung ya generasi boomers, mudah dapat kerja kerajaan atau kerja yang baik2. Aku ni puas dah mohon SPA, macam2 syarikat.

Bila dapat interview kata takda pengalaman, atau bidang tak berkaitan. Pleasa majikan jangan susahkan calon.

Kesian calon datang dengan harapan pastu hampa. Tapis betul2 resume tu. Suami aku punya, pun aku dok mohon kan jugak.

Kalau nak tunggu suami aku mohon, ibarat pahat dengan penukul, diketuk baru jalan. Tapi tulah, maybe Allah kata belum rezeki.

So tak sangkut la. Puas jugak aku menangis, pilu, aku siap solat taubat. Mintak dipermudahkan rezeki kami suami isteri. Yelah, takde orang kawen untuk bercerai.

Tak sangka awal perkenalan memang suami rajin kerja siap OT. Selepas setahun kawen, terus resign dan jadi pemalas.

Dia cakap dia nak mati. Apo cakap camtu. Mak mentua aku plak ada sedikit backup laki aku. Yelah, mak mesti sayang anak. Tapi anak tu dah kawen okay, bukan nya bujang.

Satu part lagi, aku dah berbuih nak motivate laki aku, suruh solat pun liat. Last2 aku pulak dipersalahkan.

Jadi aku sekarang macam dalam zon redha je la. Apo dia tak risau ke, cukup masa kereta nak kena servis,

nak hidup kan roadtax kereta lagi, tu belum sakit ke apa, abes tu takkan nak je menumpang mentua.

Aku ni siap kaji dengan Google pasal psychology lelaki ni, apa aku dapati laki aku memang ada simptom depress dan mental burnout(sebelum dia resign tu).

Orang kalau asyik tido je, memang nampak malas. Tapi dia sebenarnya mengalami kesedihan mendalam.

Kalaulah banyak duit, boleh lah open niaga sendiri. Hakikatnya perlu jugak cari kerja. Kadang rasa macam mengemis je. Yelah golongan B40.

Universiti menjanjikan hidup lebih baik, tapi lepas habis belajar. Berapa ramai jobless, kerja tak setaraf kelulusan.

Starting point balik dengan gaji rm1000. Bila tengok hutang belajar, fuhh sakit jantung beb. Tu blom kira belajar di ipts.

Isteri pun stress jugak tau. Sekali pun isteri bekerja, hanya untuk membantu keluarga. Bukan nak tanggung 100%. Cukup lah dera mental isteri.

Kepada wanita diluar sana, pastikan ada kerja tetap. Sebab bila tak kerja, takde duit kata2 kita ibarat kosong je.

Takde makna. Kawan2 pun lari. Yelah, takde duit orang pun tak suka. Sebab suami ni tak boleh jangka. Don’t hope on single income only.

Aku harap wanita lain tak mengalami macam aku. Pahit untuk ditelan. Menanti perubahan takdir je la.

Doakan aku bertabah menghadap suami aku dan doakan kami dikurniakan rezeki pekerjaan yang baik.

Sebab bila takde income dalam rumahtangga memang jadi punca pengaduhan. Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit.