Abah adalah seorg pakguard dan ibu aku pula hanya penjual kuih di tepi jalan

Assalamualaikum wbt. Aku menuntut di salah sebuah universiti awam di Kuala Lumpur. Aku niy ank bongsu dpd 5 org adik-beradik.

Ayah aku hanyalah seorg security guard while mak aku pulak seorang penjual kuih. Mak aku kerja pun sebagai nak bantu-bantu ayah aku cari wang sara kami sekeluarga.

So, family kami niy kira bukanlah family yg senang. Luckily akak abang aku semua dh kerja n mampu bantu mana yg mampu.

Tapi, mak cik pak cik, sepupu sepapat aku x sama mcm org lain. Depa niy lain sikit. Senang cerita, typical Malays yg busy body, iri hati instead of cursed etc etc.

Tak tahulah kenapa dalam tahun 2016 niy pun ada lagi org yg sibuk hal peribadi keluarga org lain. Ya, family kami bukan senang. Makan pun apa yg ada.

Bila akak aku dok mau kawen, dok sibuk mengata pasaipa tak tolong mak ayah dulu, bakal menantu kerja apa, baguih ke tidak, pakai kereta brand apa.

Allahu, tak habis2 dengan hal duniawi depa semua. Bila kami adik-beradik pakai baju baru dipagi raya, dok sibuk mengata kami dpt duit mana, menang loteri ka?

Aku faham perasaan mak ayah. Aku tak kisah kalau depa semua kaya raya, dok pakai kereta besar, rumah besar. Lantak p la sana. Asal family kami semua xdan nak mintak2 harta depa sekepok tu.

Kami hidup ikut kemampuan kami. Lagi satu, ada satu perangai mak cik pak cik aku niy dok sibuk banding-membanding anak depa sama kami.

Dok sibuk nak tahu kami kerja apa, baguih tak, belajar mana, jurusan apa. Senang cerita, asal masuk u, kerja baguih kira lepas laa syarat nak tutup mulut depa semua tu.

Aku bukan apa, aku cuma mau family aku mcm org lain. Bersatu-padu, tolong-menolong instead of be positive pun cukuplaa. Asal hidup jgn dok sibuk nak mengata pang pung pang tentang org lain.

Depa semua beruntung pasal Allah swt kasi depa rezeki lebih sikit, asal jgn takbur la. Alhamdulillah, walaupun mak ayah kerja biasa2 je, harta pun takdak byk mcm depa semua.

Mak ayah didik kami adik-beradik utk jadi manusia berguna. Tak kurang dari org lain. Kami tak harap pun lahir dlm keluarga yg senang, berharta sbb kami byk belajar hidup susah, berdikari, apa yg kami mau kami usaha sendiri.

Macam mak cik aku dok sibuk mengata kami adik-beradik kais pagi makan pagi, lauk kicap sama telur saja pun, kami masih lagi mampu jejak menara gading, kerja baguih-baguih.

Tak perlu mewah2 mcm depa semua, end-up masih duduk mak pak yg bagi makan tanggung tempat berteduh. Lebaran tahun niy kami adik-beradik sekali lagi melalui benda yg sama, dok mendengar lidah2 tajam depa semua mengata kami.

Kita niy manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku cuma mampu berdoa, segala ketentuan ditangan Allah swt. Wallahualam.