Anak apa ada bini pun balik rumah terus terjah mak bapak minta duit. Itu belum kira benda lain lagi.

Aku harap admin approved cerita aku ni sbb aku harap semua org amik iktibar. Aku ada sorg abg. Dia dah kawen. Sumpah sejak dia kawen ni perangai dia lah yang paling pelik. Dia duk asing kat rumah sewa.

Tapi yang paling buat aku dgn adik beradik aku bengang, dia boleh mintak duit kat mak aku suruh bayarkan sewa rumah dia. Bila mak aku cakap dia dah takde duit, abg aku tarik muka buat nak marah.

Siyes kalau aku ada kt situ aku akan marah jugak abg aku sbb dia dah besar weyh dah ada anak dah pun. Dia pun keja and bini dia pun keja.

Tapi yang buat aku lagi marah, dah la dia mintak duit mak bapak pastu boleh pulak buat sombong dgn mak bapak.

Dia ckp kat mak aku supaya bgtahu aku dgn adik beradik aku supaya jgn nak buat ayat sakitkan hati bini dia. Weyh aku punya bengang nak marah kalau dia sakitkan hati mak aku tape pulak?

Pernah haritu masa bulan puasa. Dia dtg buka puasa kat rumah ktorg. Abg aku dtg2 terus duk kat meja makan,amik lauk.

Weyh mak aku ada je berdiri kat situ tade pun dia nk bagi salam or tanya kabar apatah lagi tolong apa ug patut. Tiap kali dtg rumah mesti buat muka berlagak.

Bini pulak asyik dgn fone je 24jam. Haritu nenek aku meninggal. Weyh hari kematian kot bukan hari raya. Dah la tu mak kandung kpd mak aku yg meninggal.

Kakak ipar aku boleh ckp kat abg aku suruh pesan kat mak aku yg dia terasa hati sbb mak aku tak layan dia dgn mak dia.

Weyh kau ingat kau raja ke org nak kena duduk dgn kau layan kau bercakap apa semua? Mak aku dah sapa,ckp baik2 apa semua tu dh okay la lagipun mak aku kena pergi mandikan jenazah arwah nenek aku.

Tapi abg aku dgn muka tak rasa bersalahnya dtg2 rumah terus mintak duit. Bila dah dapat terus blah macam tu je.

Aku sepatutnya jadi tanggungan ayah aku sbb aku masih belajar. Tapi abg aku yang dah keja tu lah yg selalu mintak mengalahkan aku.

Tapi aku bukan marah sbb dia amik duit yg patut menjadi hak aku tau,yg aku marahnya dia asyik mintak dgn ayah aku wlaupun tahu ayah dah tade duit.

Org guna iphone nak pakai iphone. Org beli brg mewah dia pun nak. Tapi hakikatnya duit mintak dgn mak bapak. Aku tak tahu mana perginya duit gaji dia.

Brckp dgn adik2 ni macam nak bergaduh. Ktorg bukan benci kat dia tapi ktorg benci kat perangai dia yang sombong melampau tu.

Bila tegur secara lembut taknak terima. Ckp ktorg cuba nak hina la apa la. Karang aku ckp kasar kan kau ckp aku kurang ajar. Dasar manusia pelik.