Duhai Wanita, Janganlah Tamak. Suami bukan hak kamu, tetapi isteri adalah sepenuhnye milik suami

Nama aku Fahmi, aku dibesarkan didalam suasana keluarga Islamik. bapa aku memiliki 3 orang isteri dan masing-masing diberi hak sama rata.

Keluarga besar kami cukup meriah, aku mempunyai 18 orang adik beradik dan 10 orang adalah adik beradik lelaki. Ramai antara kami berkahwin lebih dari seorang. Alhamdulillah rumahtangga aman dan rukun.

Aku dilahirkan dizaman menuju kearah kemodenan. Kaum wanita sudah mula berdikari, suara mereka semakin didengari dan ada juga dipilih menjadi pemimpin organisasi atau politik.

“Janganlah wanita melakukan bermusafir selama tiga hari kecuali bersama mahramnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehingga ada hadis menyarankan suami menemani isterinya untuk melaksanakan haji berbanding pergi berperang.

Melihat kepada perbincangan ulama yang mendalam, wujud beberapa keperluan untuk wanita bermusafir berdasarkan beberapa alasan.

Oleh itu, ada pendapat membenarkan dengan syarat yang sangat ketat. Antaranya, pemusafiran yang bermanfaat seperti belajar dan berdakwah, bukan sekadar melancong atau berjalan-jalan.

Lihatlah bertapa Islam memelihara martabat wanita, tetapi dipersiakan kononnya zaman sudah moden.

“Sesungguhnya manusia yang paling buruk tempatnya disisi Allah pada hari kiamat adalah : suami yang memberitahu rahasia kepada istrinya dan istrinya pun memberitahukan kepadanya, kemudian salah seorang dari keduanya menyebarkan rahasia pemiliknya.” (HR. Abu Daud)

Duhai Muslimah sekalian, sesungguhnya dunia hanya persinggahan, mungkin kamu merasakan dunia ini tidak adil, tetapi percayalah,

setiap hukum Allah SWT adalah benar dan kita sebagai hambaNya wajib mematuhi walaupun hati terseksa. Ganjaran hebat menanti kepada mereka yang sabar.

Berbalik kisah aku,

Aku bukanlah lelaki yang membelakangi isteri. Aku mengahwininya disaat dia terkapai-kapai mencari pelabuhan untuk berlabuh.

Aku nikahinya disaat dirinya mempunyai sisi hitam dan tidak suci. Akan tetapi, aku memuliakannya sebagai isteri. Aku mengangkat darjatnya setanding wanita suci yang lain.

Sudah 2 bulan aku bersabar. Aku tidak akan menceraikannya kerana dia masih dibawah tanggungjawab aku.

Sekiranya aku boleh berlapang dada menerima kisah silamnya, mengapa dia tidak boleh menerima seorang adik dan sama-sama mendapat pahala dan ganjaran Allah SWT?

Mungkin pahala besar ini kita tidak dapat lihat dimata kasar, sebab itulah para wanita tidak mengendahkan pemberian pahala.

Dalam kisah aku, aku menang kes poligami ini dan isteri pertama terpaksa menerima kenyataan.

Aku mampu dari segi zahir dan batin, tiada sebab untuknya berlaku nusyuz. InsyaAllah aku akan didik hatinya sikit demi sedikit.

Dunia sudah akhir zaman, janganlah antara kamu menolak hukum Allah sehingga jatuh kafir. Allahuakbar.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apa yang dikatakan Rasul kepadamu, terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu, tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr, ayat 7). Semoga Allah Taala memelihara Muslimah sekalian.

Sekian,

Wassalam…