Abg ipar dayus dan hipokrit. Balik dalam keadaan berkhayal, bila nasihat tak sedar diri pula

Ni cerita pasal abg ipar aku. Perangai sebenar dia mula nampak sejak dia lafazkan akad nikah dgn kakak aku. Sebelum kawen bukan main baik lagi dia tunjuk depan kakak aku,mak ayah aku and ktorang adik beradik.

Tapi biasalah manusia bila sebelum kawen bak kata pepatah “pijak semut pun tak mati”. Kisah dia dengan kakak aku membuatkan aku takut untuk berkahwin.

Ya aku tahu bukan semua lelaki macam tu tapi kebanyakkan yang aku kenal semua ada pengalaman macam tu.

Sebelum tu aku bukan nak aibkan dia or sesiapa sbb lgpun aku tak bgtahu nama dia pun. Alkisahnya macam ni.

Pukul jgn cakap la mmng banyak kali. Kdg2 aku rasa perangai dia ni macam budak2 yang tak matang tau.

Haritu dia ada bagi kad parking free kat kakak aku untuk park kereta kalau nak gi office. One day,kakak aku nasihat kat abg ipar aku supaya kalau boleh takyah rapat sgt or ikut sgt kata2 kawan abg ipar aku tu sbb haritu dia balik dia mcm org tak betul tau.

Balik2 khayal pastu ckp bukan2. Boleh dia main botol perfume kakak aku. Bila kakak aku tanya dia buat apa main dengan botol tu?

Dia ckp dia tgh tengok ada ikan berenang dlm tu haa. Tak ke gila namanya tu? Haha. Pastu dia ckp dia nampak mayat dia tengah terbaring kat depan tu.

Dia tanya kakak aku dia dah mati ke? Pastu kakak aku layankan je lah perangai dia. Kakak aku cakap “ye you dah mati. Ni sebab you pergi ke mana entah and amik benda apa pun i tak tahu sampai you jadi mcm ni.

Aku kdg2 sedih tgk anak dia tu. Mcm kurang kasih syg drp sorg bapa. Nasib baik lah abg2 aku layan dia mcm ank sendiri. So tade lah dia sedih sgt. Sbb korg tahu tak masa tu boleh dia tinggalkan anak dia kat luar rumah.

Dia pergi tutup pagar rumah and biar je ank dia kat luar tu. Sebab? Sebabnya ank sdara aku tu nak ajak ayah dia main and tanak salin baju. Menangis budak tu.

Nasib baik abg aku dgr and pergi amik ank sdra aku tu balik. Kalau lah ada org jahat time tu,dia boleh tarik macam tu je culik ank sdre aku tu.

Oh btw abg aku tinggal sekali dgn diorg satu rumah sbb abg aku baru pindah kat situ and tgh cari rumah sewa.

Tapi kakak aku harap sgt abg aku tu tak pindah sbb kakak aku tahu kalau abg aku ada kat rumah tu, at least abg ipar aku takkan berani pukul dia dengan teruk sbb dia tahu adik isteri dia ada dlm rumah tu.

Dia masuk bilik dia mintak duit dgn kakak aku dia ckp “aku nak bawak family kau keluar so bagi aku duit”.

Kakak aku ckp la yg dia nak susah2 nak bwk ktorg keluar kenapa sbb bukannya ktorg yang mintak dia bawakkan tapi abg ipar aku tu sendiri yg ttiba beriya2 cakap esok nak bawak keluar gi jalan2 apa semua.

Ehh dia ni lebih2 pulak berlakonnya. Eh sorry banyak pulak yang aku bebelkan ni. Huhuhu. Tapi kalau korg nak dengar lagi aku akan sambung next time insyaaAllah.