Ibu berpantang tanpa baby. Ibu tetap tabah. Sehingga kini bila bercerita tentang abang dan ayah, air mata terus mengalir

Kisah yang akan kuceritakan ini adalah kisah hidup ibuku. Bagiku, ibu seorang yang sangat tabah dalam mengharungi hidupnya.

Ibuku kehilangan ibu kandungnya iaitu nenekku ketika umur ibu 14 tahun kerana melahirkan adik bongsu ibu. Sejak itu, ibu dibesarkan dan dijaga oleh kakak sulungnya.

Datukku pula berkahwin lain 2 tahun selepas itu dan berpindah ke rumaah lain. Tinggal ibuku dan adik beradik lain di rumah pusaka & tanah milik arwah nenekku.

Ketika usia ibu 17 tahun, ibu telah di lamar oleh ayahku yang hanya terpandangkan ibu di kenduri di kampung.

Ibuku seorang wanita yang cantik, berkulit putih & kecil molek orangnya.

Tapi ibu kata, dia rasa berdosa sebab sepanjang mereka nikah gantung, ibuku langsung tak melayan ayah selayaknya walaupun ayah tiap2 bulan datang ke rumah sewa ibu untuk memberi wang nafkah.

Ketika itu, ibu dan ayah telah berhijrah untuk bekerja di KL. Setelah mereka hidup bersama,

barulah ibu merasa sangat bahagia hidup berumahtangga dengan ayah dan mereka dikurniakan cahayamata sulung pada usia ibu 20 tahun.

Setahun kemudian, aku pula dilahirkan. Sehinggalah aku mempunyai 6 orang adik beradik semuanya.

Hidup kami sekeluarga sangat bahagia. Wpun kami tidak mewah.

Ketika usia ibu menginjak 40 tahun dan aku pula 19 tahun ketika itu, kami sekeluarga diuji lagi. Dan orang yang paling sedih tentunya ibu ku.

Kami mendapat berita mengejutkan dimana satu2nya abang ku meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

Betapa gelap kurasa hidupku ketika itu kerana kehilangan abg yang paling rapat, dialah sahabat baikku ketika itu kerana kami berkongsi hampir semua perkara,

walaupun aku perempuan. Tetapi aku tahu, gelap lagi yang ibu rasakan ketika itu kerana dia kehilangan anak sulungnya yang masih muda secara tiba2.

Aku melihat ibu tak terdaya langsung sepanjang hari itu, menangis tak henti.

Jadi ayah dapat pergi tahun tersebut kerana mahram ibu.

Tahun lepas, sakit ayah semakin teruk dan ayah menghembus nafas terakhir dihadapan kami sekeluarga.

Saat itu merupakan saat paling sedih dalam hidup kami selepas kami kehilangan abangku hampir 20tahun yang lepas.

Betapa sedihnya aku ketika itu, aku tahu ibu orang yang paling sedih, kehilangan suami tercinta yang dikahwini selama 40tahun. Ibu diuji lagi.

Tabahnya ibu. Ibu masih menitis air mata sekiranya kami bercerita tentang arwah abg & arwah ayah.

Ketabahannya mengharungi hidup, sangat aku kagumi dan akan aku contohi. Aku bangga kerana memiliki seorang ibu yang sangat tabah.