Tak sangka ada jugak org mcm saya yang dilayan seperti kain buruk oleh ibu bapa sendiri

Saya anak sulung. Sejak kecil hidup sangat dikawal oleb ibu bapa saya. Tapi ketika itu saya tak pernah mgerti apa itu dikawal ketat. Saya tak kisah.

Tu masa sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, saya mula persoalkan kenapa saya dikongkong (jiwa remaja lah katakan). Kawan2 boleh pergi rmh kawan perempuan lain utk beraya, buat kerja rmh dll. Tapi saya tak.

Bapa akan htr saya jika bapa tak boleh htr saya tk boleh keluar rmh. Hidup saya juga tk mcm org lain, saya dipkul, ditarik rmbut depab adik2.. adik2 saya tak pernah dipkul atau dijentik.

adik perempuan saya sekolah harian juga spt saya tp kami dlu sekolah yg berbeza.. segalanya bermula apabila adik2 dah besar.. ibu saya tak pernah menaruh harapan utk saya dpt cemerlang spm alhamdulillah saya dpt.

Ibu saya sangat menaruh hrpn utk adik saya dpt cemerlang spm tp dia tidak dpt.. tk.mengapa saya tak pernah pndg itu semua cuma apa yg jadi buat saya terkilan sbb saya ni bukan harapan keluarga rupanya..

Masuk uia, saya ingin meneruskan pengajian dalam satu bidang yang amat saya minat namun harus saya batalkan atas permintaan ibu utk meneruskan pengajian dalam bidang X (maaf tpksa rahsiakan).

Saya ikut kemahuan ibu sbb saya sygkan ibu.. setiap semester saya dpt dekan tapi tak pernah dipuji ibu bapa saya.. adik saya juga dpt u tk lama kemudian.

U mana tpksa dirahsiakan. Dgn izin Allah dia juga dpt dekan. Ibu saya hadiahkan puji dia mcm2. Sdgkan saya tidak pernah dpt semua tu.. Dengan izin Allah juga, saya belajar dibawah tajaan..

saya terfikir mengapa sesetengah kawan saya, walaupun tajaan belajar, masih diberi duit poket.. saya trsedar saya tak patut membandingkan.

Ibu bapa saya byk bkorban utk besarkan saya. Oleh itu saya pendamkan kesusahan ini, saya teruskan kehidupan spt biasa. kini saya sudah habis belajar..

Takdir Allah, saya ditemukan seseorang yang ikhlas sudi terima baik buruk saya.. dia ingin nikahi saya, begitu juga saya.

Namun, apa yang jadi buat saya terbuka mata lebih luas. Jika sebelum ini, anak jiran atau saudara lain, ibu bapa saya suka kata bahawa hantaran anak x tu tinggi sangat mcm nak jual anak dsb..

saya berharap keluarga saya dpt memudahkan urusan baik kami kerana status saya yang sedang mencari kerja, dia yang baru kerja dan keluarga nya yang tidak lah senang sangat..

Tak sangka ibubapa lebih tidak kisah anak mereka buat dosa daripada lari dari dosa.. kawan kawan, sepupu saya banyak yang nikah dgn nilai hantaran 6, 7, 8 k sahaja.

Tidak ada masalah. Malah tiada masyarakat yang ingin pandang serong(jika ada saya tak pasti kerana saya tidak pernag ambil tahu pndgn negatif masyarakat).

Mereka tetap berkeras. Saya tidak mampu buat apa lagi, saya hanya buat kerja sambilan banyak2 demi menyimpan duit untuk bernikah.

Kerana tanggungjawab nya sbg seorang anak terhadap ibu bapa dan abang kpd adik2, Si dia juga terpaksa bekerja keras untuk menyimpan duit yang lebih.

saya menangis lagi apabila seorang rakan baik saya sangat dipermudahkan urusan nya utk bernikah oleh ibunga sndiri kerana ibunya mahukan anak nya dpt hubungan yang halal.

Pinggan mangkuk dirumah saya sering penuh disinki walaupun penghuninya rmtdk ramai saya tidak mahu menimbulkan isu dengan mempersoalkan siapa punya angkara.

Saya selalu basuh pinggan2 yang ada tapi sedikit2 pd waktu malam. Jika tk habis saya masuk tidur, tapi sering dimarahi ibu kerana ibu kata saya tidak pernah tlg nya utk buat kerja rmh sepertu mengemas dan membasuh pinggan.

Hanya kerana kerja saya lakukan pd malam hr dan tiada siapa nampak, saya dituduh begitu. Adik saya juga ada di rumah, cuti sem. Dia buat kerja rmh juga.

Kami bahagi2 kan. Saya tk tahu kenapa dihapan saudara mara adik saya dipuji rajin, ringan tulang, lemah lembut sdgkan saya dikeji pemalas, gemuk, perabis duit makbapak.

Sedangkan sejak saya tinggal di rumah tu, saya tak pernah dpt duit poket. Saya kerja utk dpt duit poket danharapab utk simpan duit nikah hilang lg..

dalam keadaan saya kewangan tiada, kerja sambilan siang malam, ingin nikah tp dipersulitkan ats alasan nanti apa orang kata.. kenapa saya dilayan begitu.

Kenapa mereka tidak mahu nikahkan saja saya jika begitu mereka layan saya.. bila adik2 ada, ibu tanya kami semua mahu makan apa. Saya jawap lah.. dan tidak diensahkan malah ibu tanya soalan yg sama sehingga adik jawap.

Adik pelik knpa ibh tk endahkan saya tapi adik mampu tenangkan saya dgn kata kan sabarlah kita semua tahu ibu mmg begitu. Saya senyap. Sedih.. ibu mahu buat kuih raya.

Ibu minta kami adik beradik buat. Disebabkan semua buat tktahu, saya buat juga tak mahu ibu bising.

Tapi kesudahan nya hanya saya sorang saja yang buat dan ibu sikit pun tidak marah pd adik yg asyik main telefon. Saya buat, sorang2 sakit belakang, demam.

Saya mengharapkan dgn tinggal bersama keluarga dapatlah saya jimat dan simpan duit untuk nikah. Namun duit sama sahaja keluarnya. Dengan adik2 kadang kala minta duit belanja.

Bapa bising2 kerana mereka minta duit (habis tu mahu minta pd siapa lagi tubtanggubgjwb ibu bapa utk sediakan nafkah anak2 selagi dibawah tanggungannya kan?)..

oleh kerana bapa tk beri, saya beri sedikit. Kasihan dgn adik.. saya hidup merempat dirumah keluarga saya sendiri.

Tidak menggunakan duit nereka pn untuk perbelanjaan namun masih disinis masih dikeji bahawa saya tidak memahami kewangab mereka dan asyik menyusahkan mereka.

Bila? Saya tk minta duit mereka. Adik2 sahaja sbb mereka masih belajar.. kalau saya mampu memang dah lamma saya tanggung adik2. Kesian mereka.

Saya kerja sambilan siang malam, mereka tahu saya nak simpan duit tapi mereka tak pernah kata apa. Malah mereka berhenti menyara saya (sememangnya sudah brrhenti lama sejak saya mulakan pengajian).

Saya tak faham kenapa saya dibenci sangat. Bila jauh, berpuluh komen dan tag di media sosial kata mereka rindu sehingga rakan2 mereka komen kataakan ibu bapa sangat bagus dan prihatin.

Di sosial media mereka berjanji untuk bawa saya dan adik2 bercuti hakikatnya bila dirumah, kami hanya terperap dirumah dan tidak dibenarkan keluar.

Dihadapan rakan atau saudara, ibu memuji adik2 dengan mengatakan mereka bagus belajar itu ini sejak sekolah mereka bagus. Saya terdengar, ada beberapa cerita itu merupakan kisah saya bukan kisah adik.

Telah dibetulkan adik dihadapan rakan ibu tapi ibu katakan adik pelupa. Saya diam diam dan diam. Ibu bapa menggelarkan saya hati besi dan robot sebab saya tiada perasaan.

Masih ada beberapa perkara saya terpaksa rahsiakan demi menjaga aib keluarga. Saya sayangkan mereka walaupun saya dilayan begitu.

Saya terfikir untuk lari jauh tapi itu tidak akan menyelesaikan masalah. Saya yakin pada Allah ujian yang diberNya ini adalah kerana saya mampu menanggungnya.

Alhamdulillah juga Allah beri seseorang yang sabar dan memahami keadaan saya dan sentiasa bekerja keras untuk halalkan segalanya.

Maafkan saya andai ada didalam luahan ini, saya salah dan silap. Sila tegur untuk kebaikan.

Doakan saya, kalian.
Wassalamualaikum w.b.t.