Aku sangat menagih kasih sayang. Aku pernah berpurdah tapi kene hina dgn keluarga

Assalamualaikum. Kenalkan saja aku sbg sufi.. Aku anak ke 3 Dr 4 adik beradik. Kluarga aku kecik. Tapi masalah yg kami tanggung semacam ada 10 org dlm rmah ni.

Ayah aku, seorang penaagih syabu. Smpai skrg masih tak brhnti sjak aku lahir lagi. Aku dah umur 23 thn skrg. Mak aku suri rumah. Tapi mak abah ADA ladang. Situ je utk menyara kami.

Sebenarnya dari kecik aku tak de kasih syg. Ye lah. Mak pon tension abh mcm tu. Kiranya aku tak de perhatian dr mak apatah lagi abah. Adik brdik yg lain pon.

That’s why, sorg2 anak buat prgai bmula dgn along yg lari rumah, angah pon buat yg sma lpas beberapa thn along lari.

Tapi smua blik smula. Aku pulak, penah kluar bkn niat lari tapi aku pegi uiam jumpa kawan aku selama 3 hari 2 malam. Masa tu ramadhan. Aku baru lpas ptus tunang.

Smpai satu masa, aku istikharah Dan aku tak mahu bercinta lagi. Aku nak hidup sndri wlaupun rasa tak mampu.

Tapi lepas sminggu tu, tak sgka Allah hantarkan aku dgn sorg lelaki yg lebih muda dari aku tapi Sgt memahami Dan menyayangi aku.

Dan kami dah rancang utk nikah. Aku terpaksa batalkan niat tak nak bercinta hanya kerana aku seorang pencari kasih syg. Aku hidup tak dipedulikan sesiapa. Mintak duit pon kena maki.

Tapi. Ujian besar sentiasa kejar aku. Along aku selalu bandingkan diri dia yg dah ADA harta dgn aku yg student ni.

Bandingkan yg dia mampu belikan mak macam2, bawak mak pegi jalan2, siap haramkan aku bawak kete dia lagi sbb aku sesat masa Kat kl bwk kete dia. Aku tak faham kenapa.

Aku sebenarnya tak kisah kalau dia tipu. Sebab aku Sgt dahagakan kata2 tu. Aku nak org kata dia syg aku. SBB sorg pon Dr kluarga aku tak penah ckp mcm tu. Smua buat hal masing2.

Kami. Tak penah berjemaah bersama satu keluarga. Aku rasa sedih. Tapi dlm sedih aku, aku byk mberontak SBB aku nak kluarga aku sedar yg kami patut berubah.

Tapi tak semudah tu. Stiap Kali aku bukak mulut, aku kena belasah kena pukul ngn abg aku. Aku nak jelaskan APA yg aku buat. Dia ckp ” kau sape nak dilayan dgn baik? Kau sape nak org sayang kau? ”

Ya Allah. Hancur luluh hati aku. Dah la pukul aku tanpa dgar sebelah pihak aku. Abg ngn along pandai bodek mak.

Tak buat keje pon tak PE. Kalau aku buat camtu, aku kena perli, kena maki, siap mengumpat aku belakang2. Aku tak faham knp kluarga aku mcm ni.

Dalam permberontakan ni aku rasa aku anak derhaka. Tapi APA aku boleh buat. Abg ngn along pon dah membabikan kau, mensialkan aku dalam keluarga ni.

Aku cuma nak kasih syg.
Boleh tak sesape bagi aku kasih syg? Aku salu mengadu pada Tuhan.

Saat tu je aku rasa aku ADA sesiapa. Tapi lama2 aku rasa aku sunyi balik. Complicated Nye rasa ni.

Harapan aku, aku cuma nak nikah. Aku tak de kawan. SBB aku takut, dlu2 org hina aku kata aku ank penagih. Aku trauma wlupun tak de sape tahu aku sape.

Aku tahu ujian nikah besar. Tapi aku tak takut utk harunginya asalkan aku dapat kenal APA ITU kasih syg, perhatian Dan keadilan walau utk sekejap cuma. Doakan aku.