Aku tak bagi pak aku 1 Sen pun sbb perangai dia. Jenis aku kalau nk duit percuma je dari aku memang susah

Banyak aku baca pasal bapak takde tanggungjawab sbb tak bagi duit joli duit, abang kau suka mintak duit mak pak kau dan macam-macam sekali perangai melibatkan duit.

Guyss, let me tell you something. It is about how you handle it! Lagi-lagi kau anak paling tua. Somehow Allah jadikan kau anak first sbb nak bagi kau betulkan keluarga kau yg suam suam hampir ke jahanam.

Kau anak first kau jangan bagi muka sgt kt semua org bagi rely kat kau sbb kau berduit. Come on, kau pun nak hidup kan. KAU KENA TEGAS! KAU KENA TEGAS!

Aku anak first, PEREMPUAN. Adik berderet. Ada yang JOBLESS dan sekolah.plan nak kahwin. Aku keje boleh tahan, gaji aku boleh tanggung semua org.

TAPI aku mmg ckp direct dgn mak pak aku, adik-adik aku. lantak la dorang nak terasa ke apa. Hidup tak selalu indah. jangan tidur dan leka hidup kat dunia. aku ckp camni guys.

Ajar mak pak korang guna teknologi. mcmana dorang ajar kau ABC dulu. kau mesti boleh ajar dorang guna phone. aku siap tulis manual utk mak aku.

Pak aku, very adapt to technology walaupun umur 60. Namun leka, main kosong-kosong je. Online manjang.

Aku tak bagi pak aku 1 Sen pun guys sbb perangai dia. Aku Jahat?? mmg. Aku belikan pak aku, smart watch borong suruh dia jual dlm FB.

Alhamdulillah skrg dia kaya pada aku. Dia siap pulang duit modal smart watch tu kt aku. Aku tetap bg duit kt dia bulan-bulan lps dia dah berubah ni tapi dia pun xminta extra

Adik-adik aku yang JOBLESS. Oh mmg pemalas. Aku pujuk suruh business taknak suruh keje taknak. Tak payah jadi lelaki. Aku tunggu masa je dia ni nak berubah.

Oleh sbb sedara mara aku tau aku berduit masing-masing cuba nak himpit2 aku. Tapi aku bukan kedekut.

Aku suruh dorang jadi drophip guys, tolong mak aku bapak aku business. Mcm2 alasan. padahal dok berkepit 24jam online.

tak keje. tapi nak duit byk. Aku mmg tak layan org cmni. Kalau terdesak takde duit aku tanya pakai duit nak apa.

Kalau kata takde duit nak makan nasi, aku pg market aku beli beras 5kg aku hantar rumah. Pendek kata.

Kalau nak free money dari aku. Memang susah. Aku dah tau dah tektik org malas tapi nak duit byk dgn cara himpit org senang. Bagi duit alih-alih beli topap beli rokok.

Dorang makan hati dengan aku? aku tak kisah. Aku tak nak dorang terlalu bergantung kat aku. Aku nak jadikan semua manusia berguna. bukan haprak.