Mak ayah kawin tanpa restu hingga dipulau oleh keluarga mak. Rupanye ini sebabnye kenapa nenek tak restu

Assalamualaikum. Apa yang aku nak cerita kat sini is about my own family. Aku ada mak, ayah, kakak dan adik. Mak dan ayah aku kahwin tanpa restu. Mereka kahwin di Siam.

Nenek aku dah banyak kali larang mak aku bercinta dengan ayah aku sebab dia dah tahu perangai ayah aku macam mana tapi biasa lah bila dilamun cinta, api pun sanggup redah.

Dipendekkan cerita, since that, semua family besar aku benci keluarga aku sendiri. Mereka buang kami.

Seolah olah kami bukan their own family. Kami balik kampung macam biasa tapi layanan mereka pada kami ibarat layanan pada orang yang tidak dikenali, bukan ahli keluarga sendiri.

Sejak aku kecik, sejak aku tak baligh lagi, sejak aku baru umur 4 5 tahun, tapi aku dah rasa perasaan diabaikan keluarga sendiri.

Mak aku nak basuh baju ayah aku then suddenly terbau perfume perempuan. Macam drama tv3 kan korang? Haha hmm. Mak aku dah syak something tapi mak aku diam.

Beberapa hari lepas tu, mak aku pergi dalam kereta nak ambil bil dalam dashboard, mak aku terjumpa resit breakfast for 2 orang di hotel cameron highlands (yang breakfast nya dibawa sampai dalam bilik)

padahal ayah aku tak pernah cakap pun nak pergi sana. Bila ayah aku balik, mak aku tanya tapi ayah aku tak mengaku. Alasan dia itu resit hotel kawan dia.

Tapi sebab ayah aku tak tahan sebab mak aku cakap dia tipu, for the first time, depan mata aku sendiri ketika umur 12 tahun,

ayah aku belasah mak aku. Dia pukul, sepak, terajang, tumbuk sampai mak aku lemah. Lelaki, kau fikir kau kuat boleh lari dari api neraka nanti?

Mak aku meraung minta tolong polis tapi semua buat tak layan even waktu tu ayah aku heret mak aku masuk kereta.

Diorang tengok tanpa buat apa apa. Oh lupa, bukan setakat mak aku je kena belasah. Adik beradik termasuk aku pun kena belasah.

Kakak aku kena baling baldi kat kepala sampai retak baldi. Aku kena baling hanger or pisang. Aku dah tak ingat.

Sedebuk kena kat muka hahaha. Si bongsu yang OKU kena pukul juga. Kejam tak? Aku sampai skip kelas tuition almost sebulan sebab aku asyik berkurung dalam rumah taknak keluar.

Bila aku pergi tuition, cikgu tanya kenapa lama tak datang. Aku diam aku cakap ada masalah keluarga.

Tapi waktu tu aku belajar lagi. So aku tk balik. Yang balik just ayah, mak, kakak dan adik aku. Ayah aku balik tak ikhlas.

Otw tu tak habis bebel “Habis la duit macam ni balik kg. Sibuk nak mati lah waktu ni orang tua tu”.

Bila sampai sana, duduk 2 jam je, tahlil tak lepas, mayat baru kebumi, ayah aku dah ajak balik.

Alasan sebab ada customer tunggu. Family besar aku semua menyampah dengan sikap ayah aku. At least duduk 3 hari 2 malam pun takpe. Ini tak sampai 24jam pun.

Aku malu ada ayah takde agama macam tu Sedangkan family aku yang kerja govern, boleh cuti 4 5 hari tapi ayah aku kerja sendiri, bos tapi tak nak cuti.

Duit PTPTN aku pun dia makan sampai satu sem aku just boleh guna RM50 je. Selebihnya semua dia ambik.

Nanti yang bayar sampai berbelas ribu, diri aku. Dia just guna je. Bayarnya aku. Takpe lah gais, aku okey je. Cuma korang doa je lah jangan nanti muka aku masuk newspaper sebab bunuh diri.

No wonder lah nenek aku tak bagi mak aku kahwin dengan dia. Banyak lagi sebenarnya kisah aku sampai buat aku rasa taknak hidup. Baik mati je. Begitu lah.

Tapi sampai sini je lah aku cerita. Nak ingat balik, nak tulis semua balik tak cukup 10 helai kertas.

Ini lah juga reason aku tak nak kahwin sebab aku tak pernah nampak family aku bahagia. Aku trauma dengan lelaki. Aku trauma dengan adanya family. Aku trauma with everything.

Yang terakhir, kahwin lah dengan restu mak ayah jangan sebab nafsu. Kalau waswas, minta jalan dari Allah SWT.

Allah SWT selalu tolong hambaNYA, kita je yang takmau tolong diri sendiri. Jangan jadi macam mak ayah aku, tiada bahagia sampai akhir sebab derhaka pada mak ayah sendiri.

Sekian, tutup cerita.