Setiap kali ajak pulang ke rumah mak ayah aku, suami beri macam2 alasan. Dia berubah berbeza dari dulu

Nama aku Nur. Umur 28 tahun. Dah berkahwin 2 tahun tapi masih belum di beri rezeki untuk meninmang cahaya mata. Aku berkahwin dengan suami yang usia nya lebih tua dari aku 4 tahun.

Aku bekerja di syarikat swasta di shah alam dengan jawatan yang agak tinggi dalam syarikat berbanding suami yang hanya berkelulusan biasa dan bekerja biasa.

Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin luahan hati seorang isteri yang sangat tertekan dengan suami dan kerja. Aku harap semua yang membaca dapat lah memberi aku sedikit semangat untuk aku terus kuat.

Sebelum berkahwin mak ayah aku menentang perkahwinan kami kerana jurang pendidikan dan status pekerjaan yang berbeza.

Tapi aku tetap yakin kan mak ayah aku yang lelaki yang akan mengahwini aku seorang yang sangat bertangungjawab, rajin bekerja dan penyayang. Lagi pun kami bercinta selama 4 tahun.

Akhirnya kami berkahwin jugak setelah usaha itu datang dengan usaha aku dan si dia. Walaupun aku terpaksa mengeluarkan hampir separuh dari duit poket aku sendiri untuk majlis perkahwinan kami, aku tetap rasa bersyukur dengan perkahwinan kami.

Awal perkahwinan kami memang sangat bahagia. Bukan lah sekarang aku tidak Bahagia. Cuma lebih kepada tertekan dengan sikap suami yang seakan berubah.

Macam awal aku cakap tadi aku bekerja dengan jawatan yang agak tinggi dalam syarikat. Gaji aku lebih banyak dari suami,

tapi tidak pula aku mengeluh walapun gaji suami lebih kecil dari aku kerana pilihan perkahwinan sudah di buat setelah aku tahu lebih awal.

Lagi pula suami tidak lupa untuk memberi nafkah setiap bulan pada aku walapun gaji nya kecil. Tidak pulak aku mengeluh untuk membantu nya membayar ansurans kereta,

Kadang kala aku berasa ralat adakah suami aku tidak menyukai mak dan ayah aku.

Setiap kali aku mengajaknya pulang ke rumah mak ayah aku pasti suami aku tidak mahu atau sering memberi alasan. Jemputan kenduri dari sedara mara juga tidak ingin dihadiri.

Tapi tidak pulak aku bising, kerana aku malas ingin bertengakar untuk perkara yang remeh kerana suami aku ada sikap yang tidak akan bercakap dengan aku bila dia marah atau tidak suka.

Semenjak akhir-akhir ni bebanan kerja di pejabat terlalu banyak untuk aku hadap sehingga aku mengalami kemurungan yang teruk.

Suami pulak tidak memahami tekanan kerja yang aku alami. Kerana katanya aku sering merungut bila dia pulang lambat dari kerja.

buat apa dan berjumpa siapa. Kerana selama ini suami jugak tidak pernah bartanya semua ini pada aku.

Aku menganggap ini semua kepercayaan masing-masing terhadap pasangan. Sebab itu jugak, aku tidak pernah untuk melihat dengan siapa suami ku berhubung atau ber’whatsapp’ kerana aku takut dimarahi oleh suami aku yang aku mencurigai nya.

Tapi entah macam mana pada satu pagi aku melihat semua whatspp didalam telefon suami aku. Membahasakan diri masing-masing dengan ‘sayang’ dan saling berucap I love u.

Hati isteri mana yang tidak hancur apabila membaca perbualan yang begitu.

Aku rasa sangat sedih bila orang yang aku sayang mengkhianati cinta aku setelah apa yang aku korbankan macam tak di hargai.

Terdetik di hati apa lagi yang suami ingin kan sedangkan aku menjadi tulang belakang nya yang menyokong nya dari segala sudut tanpa alasan dan keluhan.

Yang setia padanya waktu susah dan senang sehingga dia mampu untuk berdiri sendiri. Kadangkala isteri bukan perlu kan kemewahan harta dan wang ringgit,

cukup lah jika suami mampu ada waktu susah dan senang dan sentiasa setia disisi yang menerima segala baik dan buruk isteri setelah isteri meneri segala buruk dan baiknya suami.

Fahamilah bahawa isteri mu ini tidak mempunyai kawan untuk meluahkan perasaan setelah dia bergelar isteri. Jika ada pun kawan, bukan lah tempat untuk meluahkan perasaan yang akan membuka aib suami sendiri.

Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan hati aku yang terlalu panjang ni. Semoga yang baik-baik saja untuk rumah tangga aku.

Aku harap pada suami-suami yang membaca luahan aku ini, selamilah hati isterimu kerana kadangkala isteri juga memendam rasa dari meluahka