Aku ada kawan baru kenal tapi aku rasa serasi gile dgn dia. Tapi aku silap rupanye dia tak macam tu pun

Aku dulu ada kawan dgn sorg ni. Baik sangat. Rapat sangat. Tak pernah berkira. Tidur sebantal. Makan sepinggan. Senang cerita semua benda la kitorg buat sesama.

Aku kenal dia bukan la dari kecik ke apa. Perkenalan singkat tp aku rasa aku terus ngam dgn dia. Aku ni susah sikit nak baik dgn org sbnrnya. Lg suka bawa haluan sendiri.

Tp dgn dia ni aku tak mcm tu, aku senang je nak masuk dgn dia. Sekepala la senang cerita. Mmg rapat gila walaupun aku muda setahun dari dia.

Masa rapat dulu serba serbi dia cerita kat aku. Aku pun sama, semua aku share dgn dia. Entah mcm mana things started to change. Bila whatsapp pun dia reply acuh tak acuh.

Tuptup boleh pulak dia tercakap yg dia sbnrnya tak balik rumah dah seminggu. And pakaian yg dia pakai haritu semua bkn pakaian dia tp pinjam.

Aku takda la nak heran sangat sbb dia pakai pakaian perempuan so aku fikir dia tidur rumah kawan perempuan dia. Tp ada sekelumit rasa dlm hati aku tak puas hati kenapa dia tak jujur je terus dgn aku.

Pastu dia ada bf baru. Tp tak cerita lgsg kat aku. Aku tahu pun sbb ternampak dia texting kat phone dia panggil sayang sayang bagai.

Tp dia texting tu pun gaya mcm nak sorok sorok dari aku. Kamon la, masing masing dah pernah nampak masing masing half naked kot dulu tp benda mcm tu pun nak sorok sorok ke?

Okay then habis event tu dia senyap like before. Aku whatsapp pun kekadang seen je. Sampai satu hari dia ajak aku outing. Aku ok je and aku suggest la tmpt. Naik public transport je since thats the easiest way to reach that place.

Then nak balik tu bas lambat pulak. Dah nak malam. Aku call abg suruh amik kitorg. Tp kwn aku ni dia ckp takpa dia ada mintak kawan dia amik dia since rumah kitorg tak sehala and dia taknak susahkan abg aku.

Kwn dia sampai sblm abg aku and rupanya “kawan” dia tu sbnrnya bf dia. Amik dia naik motor. Aku pelik la dia kata dia nak putus tapi dia still boleh call laki tu utk amik dia.

So balik tu aku just text dia mintak gmbr je. Pastu tak text dah. Sbb serious aku rasa mcm kena tipu hidup hidup dgn kawan sendiri. Then tak lama tu dia further study.

Aku tahu pun sbb stalk ig bf dia, family bf dia yg hantar dia masa registration day. Sepatah pun dia tak inform kat aku. Bf aku pun pelik kenapa kawan aku jadi mcm tu padahal dulu rapat gila.

Then satu hari dia text aku dia ckp dia dah putus dgn bf dia. Sbb bf dia kutuk2 dia ke apa entah. Pastu dia ada post gmbr throwback aku dgn dia. Aku komen gmbr tu kat fb.

Salah aku ke sbb terlalu selesa dgn seseorg sampai aku pejam mata je dgn apa dia buat? Salah aku ke sbb aku tak bg effort lebih utj persahabatan aku sendirii?

Takpelah kawan. Aku doakan kau bahagia jelah dunia dan akhirat. Berjaya dunia akhirat. Terima kasih sbb singgah utk bersahabat dgn aku walaupun sementara.