Anak perempuan bila kawin sungguh terasa kehilangannye. Kami tak boleh jumpa adik selalu. Kami rindu adik

Aku ada 4 beradik je dalam family. Sorg lelaki n tiga perempuan. Ni nak citer pasal adik perempuan aku means anak kedua dalam family.

Aku ni abang sulung. Korang setuju tak kalau aku cakap anak perempuan ni kita boleh bela je, tapi once dia dah kahwin, dia mcm kena ambik kat orang woo.

Jujur aku cakap, aku memang rapat ngan sume adik2 perempuan aku ni, tambah2 lagi yg bawah aku ni. Yelah, umur kitorang paling dekat. Dari kecik memang selalu lepak sama2, keluar n bergurau sama2.

Ala alaa macam abang mithali lah katakan aku ni. Tapi semenjak dia dah kahwin ni, ada lah dalam 5 bulan dah dia kahwin.

Hujung tahun ni in sha Allah anak sorang. Dia dah macam kena rampas dari family. Sorry, ayat rampas tu nampak kasar kan tapi tu lah hakikat yang aku nampak bila anak perempuan kahwin.

Ada lah dalam 40 minit. Tu pon dia kata kat aku mertua dia macam kurang suka dia balik selalu rumah kitorang. Mertua dia macam taknak adik ngan adik ipar aku ni lebihkan belah kitorang.

Eh helo, kalau tak kerana mak ayah aku lahir n besarkan adik aku, dia takkan dapat bermenantukan adik aku tu beb. Aku bukan lah nak marah ke apa ke cuma aku sedih n kesian jugak bagi pihak mak ayah aku.

Walaupun diorang takde luah pape kat aku tapi aku dapat rasa beb. Aku kerja kat bandar pulak tu. Jauh dgn rumah kitorang. Aku balik pon 3 minggu sekali.

Nasib baik adik2 perempuan aku ada lagi 2 orang kat rumah tu. Masih sekolah menengah lagi. Takde lah sunyi sangat diorang.

Adik ipar aku ni memang aku puji lah baik, hensem, rajin pulak tu. Memang boleh nampak dia sayang lah kat adik aku ni.

Iye lah, dah dia duduk ngan mertua kan. Tapi dia tak boleh nak buat macam tu ngan mak ayah aku. Padahal dulu yang hantar dia g kerja apa semua, masa dia tak boleh drive lagi, semua tu mak ayah aku.

Aku bukan lah nak mempertikaikan tanggungjawab sapa2 beb. Adik aku okey je ngan family. Still ziarah cuma aku cuma nak luahkan apa yg aku rasa. Hakikat sebenar menjadi seorang perempuan.

Aku tak cakap mertua dia jahat ke apa ke, family mertua dia ok je, adik ipar aku pon ok tapi aku cakap dari segi perasaan seorang abang yang rindukan adik perempuan.

Kalau aku yang abang ni rasa macam ni, apatah lagi mak ayah aku kan. Dah lah diorang yang jaga dari kecik beb. Aku tak nafikan dia dah jadi bini orang beb, so benda takkan sama macam sebelum dia kahwin.

Apa2 pon, suatu hari nanti aku akan kahwin jugak n aku harap bakal bini aku tak rasa apa yang aku rasa ni. Bagi aku, biarlah kalau dia nak balik umah family dia pon, dia berhak.

Dia dah jadi milik orang.
Di kesempatan ni jugak, nak ucap kan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua yg baca confession dari aku ni. Sekian luahan hati aku. Silakan komen apa yang korang rasa. Tata.