Meeting kita dua beradik tu kau ingat tak? Masa tu aku nak benti sekolah dan sara kau belajar sbb kite dah yatim piatu

Sikit pengenalan diri. Saya Amir. 32 tahun. Masih bujang. Ok setel pengenalan. Coretan ni saya khususkan buat adik saya Amira. Sebab saya tau dia rajin baca dan komen-komen di page ni. Ok saya mulakan.

Dik. Takde orang yang aku sayang dalam dunia ni melebihi kau. Aku nak kau tau dari mula kau lahir sampailah sekarang. Kaulah satu-satunya orang yang aku ada dalam dunia ni.

Arwah mak meninggal masa umur kau 5 tahun. Kau kecik lagi dik. Hingus pon meleleh lagi. Tapi kau dah hilang kasih sayang seorang mak. Aku sampai sekarang ingat lagi. Aku peluk kau depan jenazah mak. Kau tanya aku.

“Kenapa orang balut mak?”

“Kenapa orang ikat mak?”

“Kenapa abang menangis?”

Kau mesti ingat kan. Abah punya garang.. Allahu. Hari-hari aku kena balun sebab degil. Kau yang datang selamatkan aku dari kena dengan abah. Abah tak pukul kau dik.

Sebab kau baik. Tak macam aku. Nakal. Degil. Pantang dapat keluar. Memang maghrib la baru balik.

Kau tak macam aku. Kau main keliling rumah je. Kawan-kawan kau yang datang main dengan kau. Tu sebab kau tak pergi jauh. Jangan aku. Habis segala kebun getah orang aku masuk.

Balik kena tibai dengan abah. Kau jugakla yang tenangkan dia..hahaha.. Terima kasih dik.

Kau ingat lagi tak dik. 16 tahun lepas. Aku umur 16 tahun. Kau 11 tahun. Abah pengsan masa dalam bilik air. Aku kaget dik masa tu. Keras kejung je kat situ tengok abah.

Sedih aku dik. Abah pergi tak tinggalkan apa-apa untuk kita. Yang ada tanah getah 2 ekar. Tapak rumah. Tu jelah.

Itu pon ramai je sedara-sedara kita yang tanya. Kau ingat kan dik. Diorang datang rumah kita tanya pasal tanah tu. Aku hambat diorang dengan parang masa tu.

Nasib baiklah kau ada dik. Kalau tak memang dah kedalam aku masa tu.. Hahaha.. Lepastu kita janji kan.

Apa jadi pon biar kita hadap sama-sama. Jangan kita pisah walau apa pon jadi. Lagipon masa tu rumah arwah abah ada. Bukan kita takde tempat berteduh pon.

Meeting kita dua beradik tu kau ingat lagi tak? Yang masa aku nak berenti sekolah sebab nak motong getah tu?

Pasal masak nasi pon satu hal jugak dik. Sampai sekarang aku fikir. Apa benda yang kau buat dekat rice cooker tu sampai meletup bende alah tu kau kejekan. Padan muka kau dik.

Lepas tu kau kena masak nasi guna periuk. Tu la sapa suruh kau bagi jahanam rice cooker tu. Tapi aku tak salahkan kau pon dik sebenarnya. Yela kau baru 12 tahun masa tu. Apa je yang kau tau kan.. Takpe dik. Aku faham..

Rezeki kau masa UPSR kau dapat 5A dik. Memang tepat keputusan aku tak bagi kau berenti sekolah. Menitik air mata aku masa kau berlari cari aku dalam kebun getah bawak slip periksa kau.

Busuk-busuk aku dengan baju motong tu kau peluk. Aku bangga dengan kau dik masa ni.

Alhamdulillah kau dapat sambung ke SBP. Masa ni la kita jual segala harta dalam rumah sebab nak hantar kau.

sembang dengan aku, masakkan untuk aku, hahaha.. Baru kau tau abg kau ni lonely orangnya..

Alhamdulillah. Keputusan SPM kau cemerlang. Kau dapat tawaran pergi luar negara. Ireland. Belajar perubatan.

Kali pertama aku dengar ada negara nama Ireland. Kau kata medic sana bagusla apa la. Aku iyekan je dik. Bukan aku faham pon apa kau cakap.

Aku ni orang kampung je. Sekolah pon tak habis. Tapi aku layankan jugak. Walau dalam hati memikir mana nak carik duit hantar kau jauh-jauh ni.

Nasib baik kau ada biasiswa. Keperluan semua alhamdulillah dapat aku adakan untuk kau.

Tapi aku percaya dengan kau dik. Aku tau kau akan banggakan aku. 5 tahun kau dekat sana. Sekali je kau balik. Sebab nak jimat duit. Takpe dik aku faham.

Aku tau masa cuti kau keje nak cari duit tambahan walaupon kau ada biasiswa. Tapi aku silap dik. Rupanya kau kumpul duit nak belikan aku tiket kesana tengok kau konvo.

Fuh bangganya aku dapat tengok kau dik. Menitik air mata aku tengok kau pakai jubah tu ambik skrol. Tak sia-sia aku dating dengan pokok getah hari-hari nak bagi kau belajar.

Lepas majlis tu kau bawak aku pusing-pusing negara tu. Boleh tahan sejuk kat sana. Cantik sungguh negara dia. Seronok betul aku. Sampai lupa la macam mana bau getah sekerap.. Hahaha..

Tahun lepas kau ingat tak dik. Kau balik kampung jumpa aku. Kita sembang-sembang. Kau tanya aku bila aku nak kahwin.

Kau laki bini dipanggil bertugas untuk hadap virus corona ni. Berjam jam kau pakai berbalut macam lepat pisang dalam baju plastik kau tu. Tapi kau tak mengeluh.

Hari-hari kau WhatsApp aku pesan macam-macam. Iye dik. Aku duduk dalam kebun getah je. Habis motong aku balik. Tak kemana. Janganlah kau risau.

Aku bangga dengan kau dik. Kita bukan orang senang. Kita yatim piatu. Tapi kau mampu buktikan yang orang susah macam kita pon boleh berjaya.

Aku doakan kau sentiasa selamat melawan virus ni. Semoga kau dan semua hero-hero kita dalam KKM tabah dan kuat meneruskan usaha korang menyelamatkan negara kita.

Sekian dari aku. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum.