Aku ni anak sulung perempuan. Adik2 semua raja. Hidup dalam rumah ni buat aku fikir beratus kali nak kahwin

Kami semua berlima beradik. Aku yg sulung. Dan satu-satunya anak perempuan. Sekarang, umur aku dah masuk 34 tahun.

Belum kahwin dan jujur cakap, hidup bersama lelaki- lelaki dalam rumah ni buat aku fikir beratus kali nak kahwin.

Yes, korang akan cakap tak semua lelaki sama. Aku pun tak kata semua sama. Ada je kawan-kawan aku yang dapat suami baik.

Cumanya setiap kali aku berkawan dengan lelaki, sekali je diaorang buat perangai ala2 macam lelaki dalam rumah aku, terus aku turn off! Sekali je!!!

Benda2 lain pun tak usah cakaplah. Pinggan makan sebij tak boleh basuh sendiri. Serupa je macam adik2 lelaki dalam confession yang lain tu.

Aku ni kalau tak mengenangkan negara ni ada undang2 atau tak memikirkan tak berbaloi aku kena tangkap dan tanggung dosa bunuh orang, dah lama ku jadi arwah adik2 aku tu.

Macam bangang pulak kalau aku buat benda bodoh tu dek sebab rasa marah kat diaorg.Itu bab kerja rumah. Sekarang kita masuk kat bab perbelanjaan isi rumah.

Aku ni dah bekerja. Alhamdulillah, kerja sesuai dengan kelulusan. Gaji pun alhamdulillah, lumayanlah jugak. Bunyi macam best kan? Huhu..

on paper memang nampak best. Hakikatnya, semua isi rumah aku kena tanggung. Bil api, air, astro, unifi, indah water, belanja dapur, duit poket mak ayah aku semuanya dari gaji aku.

kejar deadline sampai tak cukip tidur, sampai kadang2 aku jatuh sakit sebab tekanan kerja. Buat apa aku perabih duit utk orang lain kan?? Baik aku pergi holiday release tension.

Tapi tu family aku. Kalau bukan aku yg buat semua tu, siapa nak buat? Korang jgn bagi cadangan, suruh aku biarkan buat tak tahu as pengajaran utk diaorg. Trust me.

I’ve done it. Aku buat keras hati. Sebulan aku x bagi duit kat mak ayah aku, aku buat dont know dengan semua benda. Sudahnya tidur malam aku tak tenteram.

Asyik mimpi mak datang menangis2. Mak menangis ok! Siapa tahan?? Aku bagi semula belanja. Dan keadaan kembali seperti biasa….huhhuhu.

Ok. Korang rasa tu tak cukup tension? Korang rasa kisah ni mcm biasa je. Ya.. mungkin biasa. Tak ada beza pun dengan confession lain. Tapi tahu kenapa satu ketika dulu aku jadi sangat marah.

Oklah. Tak nak tegur tak apalah. Anak diaorg kan. Yg lahir dan besarkan pun diaorg. Aku tak ada hak nak marah adik2 aku. Tapi sebagai salah seorang anak mak dengan ayah,

aku rasa aku berhak nak marah sebab aku rasa diaorg ‘dera’ emosi aku dengan ketidak adilan tu. Korang bayangkan pernah satu masa mak aku tak sihat, nak pergi klinik.

Sanggup dia call aku kat pejabat suruh balik bawa dia ke klinik. Ofis aku bukan belakang rumah.

Nak hadap jem tu bercinta tau. Aku tak kisahlah bab bawa gi klinik tu sebab memang tanggungjawab aku kan.

Yg buat aku membara bila aku balik, aku tengok adik aku elok je tidur kat rumah. Bila aku tanya mak, dia boleh cakap adik kau penat balik kelas. Mak malas nak kacau.

Korang rasa apa?? Pernah sekali kereta aku masuk workshop, aku kena balik naik KTM komuter. Aku minta tolong adik aku fetch kat stesen tapi mak aku boleh suruh aku balik naik teksi je sebab adik aku tidur.

Aku membebel marahkan adik2 aku. Gaji 10k pun tak cukup kalau gini gaya. Mak aku terus cakap..”nanti bawakan mak daftar kat rumah orang2 tua.

Ada anak2 pun tak nak jaga.” Sudahnya aku diam je laa. Aku terima je semuanya. Aku ajar hati aku, mungkin ni cara Allah nak suruh aku sentiasa ingat Dia.

Sebab sungguh, kita ni masa tgh susah hati memang Allah nombor 1 yg ada dalam hati dan fikiran.

Family aku tak perfect. Mak ayah aku tak perfect. Adik2 aku pun tak perfect. Heck…aku pun tak perfect. Apa yg jadi kat adik2 aku mungkin sebab salah didikan dari mak ayah aku..

dari kecil memang depa dimanjakan sebab masa zaman diaorang famili aku bukan dalam kategori susah. Masa aku membesar dulu, ayah ada motor je. Duduk pun kat kuarters kerajaan.

Aku pulak arwah nenek yg bela. Arwah nenek aku ni pulak garang! Mungkin tu sebab aku jadi orang? Hahaha… Time adik2 aku rumah dah tuakr rumah teres, dah pakai kereta.

This is what make us strong. Tak apa kita susah sekarang. Semua kesusahan tu sebenarnya akan jadi kekuatan kita. Orang macam kita ni, insya allah, kalau campak ke tengah hutan pun kita boleh survive.

Ikhlaskan hati buat semua benda. Ya, kadang2 kita rasa tak adil. Kita rasa penat. Kita rasa macam nak mati je.

Lepas ni bila kita rasa macam tu, istighfar banyak2 dan ingat, Allah tu tengah nak berkasih sayang dengan kita. Zikir banyak2.

Untuk shuya, sis tahu awak penat. It’s ok. Take ur time. Go sort your head and and your heart. Tapi nanti jangan lupa balik minta maaf pada mak. Minta maaf selalu.

Sis pun pernah gaduh besar dengan mak and sumpah, lepas luahkan apa yg sis rasa masa tu, sis rasa bersalah sangat walaupun itu hal yang betul.

To all mothers…fathers…mom and father to be… guys and girls…. ambillah pengajaran dari kisah2 ni.

Kadang2 mungkin kita rasa tindakan kita tu betul tapi kita tak sedar ada hati yg tengah terluka.

Guys, rajinlah ringankan beban wanita2 dalam hidup anda. If you treat us right, trust me, we will treat you like a king.