Bila aku balik rumah, anak2 sedara aku ngadu. Deorg nk makan nasi goreng pun kena marah. Besar kepala plak setan2 tu

Salam, readers. Ini shuya. Terima kasih di atas nasihat dan sokongan semua tu. Menangis aku baca komen korang yg baik2 tu. Kpd yg senasib, tabahkan hati ye. Ada yg siap offer carikan kerja lg. Sumpah terharu.

Tp janganlah sumpah seranah mak. Semua manusia buat silap kan. Silap dia cuma satu, dia terlepas pandang psl hati dan perasaan aku. Maybe aku kebal dgn kerenah adik beradik y lain so dia assume aku ni sentiasa okay je.

Silap aku jugak sbb aku lemah tak membantah atau melawan sbb aku sayang mak. Sayaaaang sgt. Mmg normal lah bila jd anak tengah kan.

Ini last post drp aku memandangkan ramai nak tahu sambungannya. Tapi mana ada endingnya kan melainkan aku mati. Aku pun taktau dugaan apa lg nk dtg. So aku pilih apa yg terbaik je tuk masa sekarang ni.

Semalam lepas maghrib aku balik rumah. Tu pun sbb taktau nak kemana. Kalau ada kawan boleh jugak menumpang. Sampai je kt rumah semua tak berani tegur aku.

The hell ubat2 dia buat main camtu??? Satu apa pun tak boleh diharap. Aku jgk yg kena tebalkan muka gi settle semua tu. Kena marah ngan nurse plak .

Allah..nak lari rumah pun kena amik kira semua ni jugak. Bukan senang tau nak jaga orang tua. Tapi aku ikhlas jaga bapak. Dapat peluang potong kuku dia pun aku rasa happy weh.

Tidur kt sebelah dia pun boleh rasa tenang. Tah kenapa. Peluang buat pahala katakan. Kalaulah bapak sihat mcm dulu . Takpelah. Lepas bapak sakit lah aku betul2 belajar berdikari. Itulah hikmahnya kut.

Tengah dok termenung tu, anak2 sedara masuk bilik tanya kenapa aku keluar lama sgt? Diorang tak suka cara sedara2 aku tu layan diorang. Kasar tak bertempat.

Diorang request nk makan nasi goreng pun kena marah. Amboi. Tinggal kejap dh besar kepala plak setan2 tu.

Hal ubat ke apa kakak akan ikhtiarkan. Kakak aku ni baik sgt tp dia ni jenis workaholic so dia taktau cerita psl aku. Biarlah aku pun taknak kacau dia.

Bila mak mengadu kt dia baru dia tahu aku ni happy kt dpn dia je tp hati rentung terbakar dgn sikap pilih kasih mak. Aku tak pikir panjang pun. Aku terus counter- offer ckp boleh tp syaratnya, aku taknak sesiapa pandai2 atur urusan hidup aku lagi dah.

Pasal tunang tu, aku mintak kakak je pegi rumah lelaki tu pagi ni and mintak putus elok2. Nak kawin apenye, mcm bertunang ngan tunggul kayu. Tak pernah tanya khabar psl aku.

Tapi pelik. Mak dia sayang gila kt aku. Mak je baik tp anak hati dingin tak guna gak. Tah2 lepas kawen. Aku jd kain buruk dia plak. Eh tolong lah. Aku pun nak upgrade diri jd kain baru plak.

Kain chiffon ke, sutera ke.. Haha.. Mesti dia stress kan kena bertunang ngan aku. Dahlah tak cantik. Tak moden plak tuh. Muslimah sejati jauhhhhh sekali. Hahaha

Ikutkan hati nak je tabur serbuk lada kt tempat tido diorang tp sia2 je. Tak pasal plak mak sumpah aku mcm2.

Aku dh buat keputusan nanti aku nk mintak maaf ngan mak elok2 tp aku nk tunggu bila semua dh takde so nanti takde iblis penyibuk yg jd pihak ketiga antara kami.

Aku nak luah semua yg terbuku tp aku kalau boleh nk elakkan drp salahkan mak sepenuhnya. Paling penting, aku nak tau kenapa dia buat aku camtu? Kenapa aku sorang je yg dia layan teruk?

Kenapa dia tak pernah peluk aku mcm dia buat kt yg lain? Lastly, aku nk dia izinkan aku ikut haluan sendiri and dia tak boleh harapkan aku sepenuhnya.

Lambat laun aku mmg tinggalkan rumah jgk kn. Semoga Allah lembutkan hati mak. Sayang mak. Shuya takkan derhaka ngan mak. Cuma shuya nk mak tau shuya juga ada hati dan perasaan. :’)