Cubalah try wahai lelaki. Aku dah cuba dan aku dah merasai apa yg mak kite cuba penuhi pemintaan kite

Aku ni lelaki, baru habis belajar degree., al ceritanya sepanjang bulan puasa dan menjadi penganggur ni.

Bila pergi majlis or jumpa member dan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik mesti akan tanya.. kerja mana sekarang? Buat apa sekarang?

Secara jujurnya aku jawablah.. duduk rumah memasak dan lain2 je,, jujurnya aku jawab dengan selamba dan aku tidak rasa terhina pun..

tapi macam biasa mesti kawan2 dan pak cik seolah macam memperli,, takkan duduk rumah je? Biar betul? Kerja la ..

“takkan nak masak je?” Dengan senyuman selamba aku hanya bkh berkata daa hati… Je!!.. tidak mengapa kalian janganlah salahkan lelaki kerana mereka tidak faham.

tidur 3 jam je babe…. pastu basunh pinggang mangkuk,, jemur kain,,basuh puyuk dan kuali tengok2 jam ada la pukul 9 or 8.30… bulan puasa nak kene mengaji weh… sambung mengaji plak…

Pukul 10 pagi selepas sembahyang dhuha…nak kene pergi ke kedai.. biasanya kalau ke kedai ni.. dalam 2 jam or lebih..

pukul 12 or pukul 1 tenghari balik.. lepas zohor je…terus duduk dapur… yang mana kene siang kita siang…

Biasa kalau beli ikan.. ayam or daging.. semua sudah disusun mengikut nak masak apa dan apa…

biasanya dari selepas zohor dalam 3.30 baru siap semua… sayur nak kene basuh, sehelai2… ayam nak kene cucu seketul2.. dan semua lah…

ikan merah, ikan siakap, sup tulang, sup kaki, segala jenis gulai.. dan mee or kue teow.. or kuih2 traditional tu blh la sikit2..

bukan nak bangga tapi cuma nak bagitau bila kita memasak yang betul2 punya masak.. dengan menu yang berbeza, buat betul2 sedap cukup rasa,, akan rasa la penat dan susah tu..

Belum masuk bab nak balancekn khasiat, nak matchingkan nasi, lauk dan sayur.. dan jugak deman..

bayangkan kalau yang tu nak makan masin, yang tu tak boleh masin, yang tu nak pedas dan yang tu tak nak pedas…

baru dari segi rasa nak kene asingkan.. kene pulak ikut demand.. mak nak makan apa.. adik nak makan apa..

Berterima kasihlah pada mereka.. kalau isteri or mak kalian masak.. ucaplah terima kasih.. or picit2 sikit… hargai mereka..

sebab tu kebanyakan perempuan akan merajuk kalau masak tapi laki tak makan.. sakit hati … sebab memang penat..

aku rasa tak perlu hurai panjang dah sebab dah ramai yang huraikan.. aku menambah je ni..

Dan janganlah sangka semua lelaki pemalas.. duduk je main game… ada ramai lagi lelaki di luar sana yang duduk dapur …

aku bukan kata rajin.. tapi aku dudk dapur pun sebab tak nak tengok mak aku penat je.. sama2 la ye duduk dapur.. ok bai..