Perbuatan mak dekat aku dari kecik lagi aku rasa keterlaluan hingga aku dah tawar hati dengan mak

Aku anak no 2 daripada 3 orang adik beradik. And aku sorang laki. Masalah aku ialah mak, kakak n adik perempuan aku. Dia memang sangat negatif orangnya, baran dan sangat berkebolehan dalam menaikkan kemarahan orang lain.

Aku ingat lagi mak pernah belasah aku cukup2 sebab masa kecik dalam umur 7 tahun aku pernah termuntah kat lantai rumah & terkencing atas tilam (kencing malam) kat kampung.

Mak aku memang belasah aku cukup2 and guess what dia kata kau ni menyusahkan aku lah sekali pakej dengan makian. Sakit dia tu sampai sekarang aku ingat lagi macam mana.

Masa tu aku terfikir ni ke kasih sayang dalam keluarga yang cikgu cakap masa sekolah tu? Bila dah besar aku cuba justify apa yang mak buat tu kat aku sebab aku ingat lagi benda tu.

Aku memang tak pakai seluar pendek yang atas lutut. ada sekali tu mak aku tanya kenapa tak pakai seluar pendek yang dia beli tu?

Aku cakap la seluar tu nampak lutut. Lutut tu aurat. Kau tau apa mak aku cakap? Alah, anak jiran tu boleh je pakai seluar pendek.

Takde ape pun. Kau tu lelaki la. Then lepas tu aku pun start pakai seluar pendek. bila dah besar aku cuba justify perbuatan mak aku. And aku fikir what kind of mom la mak aku ni.

Ok, tu citer masa kecik. Antara trauma aku dulu. Suara tinggi, jerit2, terpekik semua tu perkara biasa.

Cakap dengan anak pun macam samseng. Maki hamun tu jangan cakap lah. Bodoh bangang lembap tu semua aku dah pernah makan.

Aku cakap busy lah ada assignment, test, exam semua. Padahal tu alasan je. Aku sebenarnya lagi suka dok kolej daripada duduk rumah.

Masa aku praktikal dulu pun aku saja mintak jauh2 dari rumah. Tak nak aku praktikal dok umah. Tak sanggup nak hadap makhari2 selama 6 bulan straight.

Aku balik pun setakat 3,4 kali selama 6 bulan tu. Tu pun setiap kali mesti kena maki. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang buatkan aku tawar hati dengan mak, tapi tak larat nak cita satu persatu.

Kalau aku dah ada anak nanti aku nak cuba cara lain. Tak nak ikut cara mak aku didik anak.

Jangan jadi macam mak aku. Aku x tau pun seaetengah benda tu tak boleh buat Tau2 je aku dah kena maki Hamun + pukul.