Abg aku alim tapi dengan bini sendiri. Aku sedih tengok apa yg dia buat dekat isteri dia

Hello semua, Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga diorang, sekadar nak share kisah diorang saje.

Abg(Paih, 26) dan kakak ipar(yaya, 22). Diorang baru setahun berkahwin, tapi kahwin bukan atas dasar cinta, kahwin sebab mak aku atas sebab tertentu, yaya ni student degree dekat usm, paih pulak baru dua tiga tahun kerja. Yaya ni anak tunggal, dan yatim piatu, parents dia meninggal 4 bulan lepas sebab accident.

Paih ni alim2 sikit, kire geng2 masjid, muka boleh tahan hensem, yaya pulak tak se”alim” paih, hanya budak perempuan biase je, pakai tudung biase je, tak labuh pon, tapi yaya ni manja, putih, gebu, muka manis.

Dalam famili aku, paih seorang je yang dah kawin, kakak2 aku masih bujang. Paih satu satunya anak lelaki, ayah kami dah meninggal 6 tahun sudah. Dalam rumah semua perempuan.

Paih ni jenis tak membantah, ikut je cakap mak, mak suruh kahwin, dia kahwin, aku mula2 ingt paih betul2 terima yaya.

Kami time tu bengang je rase, kakak aku(kak mila, 29) sound terus paih, back up yaya, bodoh ape paih ni, tu kan isteri dia, aurat tang mana, kejadah apa nak pakai tdg dlm rumah,

lagipon rumah tu tak ada lelaki lain, hanya paih satu satunya, kakak no 2(kak fatin, 27) lagi seksi kalau diikutkan.

Mungkin paih sengaja kot nak cari pasai ngn yaya, tapi yaya diam je, tak ade pulak nak melawan ke nak marah2 ke,

dia bt tak tahu je smbl makan kudap2, yaya pon tahu paih memang tak berkenan dekat dia, serba serbi tak kena.

Esoknya, yaya siap2, pakai lawa2, pakai baju mcm nak keluar, siap tudung belit2 lagi. Mak tanya yaya nk pergi mana2 ke, yaya cakap tak, saja je nak melawa dekat rumah, padahal kami blh agak yang yaya sentap dgn paih pasal malam tadi.

Kami ingtkan lelaki, rupanya kawan perempuan, tudung labuh, berpurdah, satu uni dengan paih dulu. Kalau sekali tengok, kira secocok lah.

Kak mila dengan kak fatin pergi dapur, tengok2 kan yaya, muka yaya cool gila, rilek mcm biasa, tapi hati siapa tahu kan, mak pulak dah bt muka tak berapa nak mesra,

tapi kami sembang ja dengan kawan abg tu, atikah namanya, 24 tahun, sebaya dengan aku.

Kira dalm famili aku, yaya paling muda, yaya ni kalau dengan mak memang manja, lebih manja dari kami adik beradik, yaya ni jenis yg tunjukkan kasih syg,

yaya tak segan nak peluk mak, cakap iloveyou kat mak, cium pipi, kami adik beradik pon tak manja mcm yaya, mungkin sbb yaya anak tunggal kot, kami ni segan sikit, hehe, tapi kami syg mak, syg gila2.

kalau tak nak pinangkan tak ape, tak payah melenting, paih terus keluar rumah. Yaya cakap mengantuk, terus masuk bilik. Mak pon masuk bilik.

Kak fatin dan aku masuk bilik kak mila, kami cerita dekat kak mila, kak mila cakap dia dah agak dah atikah tu ada apa2 dengan paih.

Kak mila cakap, geram dgn paih ni, alim tapi takkan tak tahu adab2 rumah tangga. Kami sembang2 smpai pukul 3 macam tu, dengar kereta paih masuk parking,

dalam 10 minit mcm tu dengar paih panggil mak, mak pon bangun, kami pon pergi dekat mak, mak masuk bilik paih, tengok yaya tgh mengigau ke apa aku tak pasti,

tapi dalam tidur dia menangis, mulut panggil mama dye, mama mana mama, nak mama, nak mama, mak kejut yaya, tapi yaya tak bangun2, paih masih ego, paih cakap yaya pura2 tagih simpati, entah lah.

Tapi bagi aku paih tak boleh salah kan yaya sebab benda2 mcm tu, benda tu semua boleh belajar, boleh dididik diasuh, pendapat aku yaya ni pembersih, tak berkira, pemurah, tak memilih, paih pon bkn sempurna.

Aku kesian dekat yaya, paih mcm jahat sgt, yang paling aku sedih, yaya ada tweet, “first time jadi makmum awk”,

“nak salam, tapi takut”, lepas tu ada tweet2 lain, “cantiknye pilihan hati awak”, “sy sudi berkongsi, tpi awk jgn tinggl sy ye, sy dh tak ada siapa”, “tiba2 rindu mama” dan sebagainya.

Lepas yaya baik demam kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan, berbuke di luar, masa dalam kereta mak tanya yaya, takde nak berbuka dengan kawan2 ke, yaya cakap,

ada, tapi paih pesan jangan pergi mana2 selain dgn keluarga. Remuk hati mak, mak cakap, pergi je, nanti mak cakap dengan paih, tapi yaya cakap, takpe, takpe, takpe.

Aku tak tahu lah paih ni perangai mcm ape je lagi, org luar dok nmpk dye baik sgt, padahal dgn isteri sndri, layanan mcm apa je lagi. Aku mls nk masuk campur, tapi sepanjang yg aku nmpk dgn mata aku ni, paih ni kejam, kesian yaya.

– adik kau