Hidup aku tak pernah rasa sebuah keluarga walaupun aku ada keluarga. Aku islam hanya atas dasar nama

Aku masih mempunyai ibubapa dan seorang adik lelaki tapi kami tidak pernah menjadi keluarga. Sejak kecil aku hidup berdikari sendiri kerana ibu bapa ku sangat sibuk dengan kerja masing-masing.

Ibu hanya pulang ke rumah sebulan sekali dan ayah pula dalam setahun hanya beberapa kali je aku dapat tengok muka dia..kalau jumpa pon kami macam orang asing.

Mula-mula aku ada juga rasa sunyi sedih tapi lama-lama semua jadi lali dan aku dah terbiasa hidup tanpa ibubapa sendiri. Semua urusan rumah diuruskan oleh pembantu rumah dan kami diberi sepenuh kebebasan untuk menguruskan diri sendiri.

Kami cemerlang dalam akademik tapi akhlak hancur sebab tiada siapa yang didik kami. Adik aku pulak tak pernah pulang sejak dia melanjutkan pelajaran keluar negara tapi aku langsung tak kisah sebab kami pon tak rapat jugak..

dulu walau duduk satu bumbung pon tak pernah bertegur sapa.masing-masing buat hal sendiri. Sejak dulu pon kami tak pernah sambut raya.

Lama-lama aku terasa kosong. Rasa tak lengkap. Aku teringin punya keluarga. Sesuatu yg aku tak pernah rasai sejak kecil.

Mempunyai sebuah kaluarga yg saling menyayangi. Aku ramai teman lelaki tp semuanya hanya untuk enjoy.

Tp ada satu antara adalah beragama islam dan sangat caring pada mata aku. Waktu baru 4 bulan tempoh kami berkenalan dia ajak aku ikut dia beraya bersama keluarga dia.

Itu pertama kali aku rasa suasana raya dan pertama kali rasa suasana berkeluarga.

Aku bertemu ibubapa dia. Mereka sangat penyayang. Pertama kali aku jumpa mereka, ibunya memeluk aku erat sambil ucap hari raya.

Aku jadi jatuh cinta dengan keluarga dia sebab mereka sangat saling sayang menyayangi sama seperti keluarga impian aku.

2 bulan selepas itu kawan lelaki aku melamar aku dan tanpa banyak fikir aku terus setuju. Tak lama selepas itu kami berdua di tunangkan di sebuah restoran kerana ibubapaku sangat sibuk.

Ibubapaku hanya luangkan masa dalam setengah jam di restoran itu untuk berjumpa keluarga tunangku dan mereka terus setuju.terima cincin dan mereka terus beredar dengan urusan masing-masing.

tiada majlis pertunangan pon tapi aku tak kisah sebab aku excited nak bina keluarga sendiri. Keluarga yg bahagia.

Aku bakal bernikah lepas raya ni tp sekarang hati aku jadi ragu-ragu untuk menerima tunangku menjadi suami.

Lama-lama aku perasan dia pon hanya islam pada nama sama mcm aku cuma bezanya dia ada didikan agama tp aku langsung tiada.

Tapi walau rasa sedikit kecewa tapi aku harap tetap dapat bina sebuah keluarga bahagia bersama dia selepas berkahwin nanti..harap semua pon dapat doakan kebahagiaan kami