Mak kene paksa kawin dengan ayah. Rupanye ayah sangat baik tapi keluarga mak ambil kesempatan

Tahun ni tahun ke-15 ayah aku tak jejak kaki kat rumah nenek sebelah mak aku (rumah mentua dia). Dari adik aku baby sampai dah form 3. Kisahnya bermula sebab ayah aku ni terlalu baik orangnya sampai selalu diambil kesempatan.

Ayah aku kahwin dengan mak aku pun bukan atas dasar cinta, tapi aturan keluarga. Mula-mula dijodohkan ayah aku dengan mak saudara aku (kakak mak aku),

tapi dia menolak lepas nenek aku terima pinangan tu atas alasan tak menepati citarasa dia yang nak suami hensem(mak saudara aku tu memang cerewet).

Tapi sebab nenek aku dah terima sebab tengok ayah aku dah stabil dari segi kewangan dan dah ada kereta (orang kampung dulu2 kan kalau dah ada motor pun kira dah kaya),

nenek aku tak batalkan, sebaliknya dia mintak mak aku ganti. Mak aku cerita dia sampai lari rumah pak saudara dia sebelum hari perkahwinan tu. Sedih jugak la kan haha, tapi kalau dah jodoh, tak boleh buat apa la.

Aku yang kecik lagi masa tu pun rasa geram tengok bila diorang suka sangat bawak keluar barang2 dari rumah aku.

Tapi Allah nak tunjuk kan, 2 tahun lepas mak aku bagi senyap2 tu, ayah aku dapat tahu. Dan sebab diorang dah banyak ambik barang dari rumah aku, ada salah satunya rak buku ayah aku, ayah aku pun pelik la ke mana hilangnya.

Bila ayah aku balik kampung, dia nampak rak buku tu dah penuh dengan kitab2 abang mak aku. Masa tu la ayah aku dah mula tak suka dengan keluarga mak aku.

Bila ayah aku tanya baik2 dengan nenek aku untuk pulangkan semula duit nafkah yang diorang ambik tu, nenek aku pulak buat tak tahu. Dahlah ayah aku memang tanggung keluarga mak aku.

Ayah aku mula rasa diorang ambik kesempatan sebab ayah aku ada gaji yang stabil, padahal untuk keluarga kami pun tak cukup.

Aku jadi sebak setiap kali mak kena jawab macamtu, sebab aku tahu ayah sengaja tak nak balik.

Mak aku pun pernah luahkan kat aku, nak sangat jadi satu keluarga macam dulu, ada ayah dan mak sekali, tak la mak aku malu pergi raya rumah orang tapi dia sorang je datang (sekali dengan anak2).

Dan sekarang, nenek aku dan keluarga mak aku tu dah takut2 nak pergi rumah aku masa ayah aku ada. Tapi buat2 tak reti pulak ambik lagi barang masa ayah aku takde.

Sampai ayah aku cakap macam ni,”Jangan jadi macam keluarga mak kamu tu, mencuri je kerja nya”. Aku selalu diam je kalau ayah aku cakap macamtu, nak bangkang tapi ada betulnya jugak.

Dan alhamdulillah sangat ayah aku takde masalah nak cerai dengan mak aku, sebab dia tahu mak aku pun terpaksa. Dalam kes ni, dua-dua pihak ada salah masing2.

Dan aku minta sangat tolong doakan ayah aku dan keluarga mak aku boleh berbaik semula satu hari nanti. Harap2 satu pagi raya nanti, ayah aku akan ikut jugak balik raya bersama.