“Nape buang ulat smpah ni” Tiba2 je dia naik angin marah-marah kata ulat tu dia bela.

Hai semua. Kepada housemate aku. Aku harap dia bacalah sebab aku selalu nampak dia share page ni.

Umur aku 24 masa aku menulis ni dan aku ada housemate umur 27. Aku namakan dia sebagai Nani (bukan nama sebenar).

Nani ni memang nampak normal, tapi yang tak normalnya tentang dia adalah, pekerjaan dan waktu bekerja dia, dan juga perangai dia yang maha buruk dan tak boleh diterima akal tu.

Semua sedia maklum yang waktu bekerja normal adalah dari pagi sampai petang. Ataupun, yang shift maybe ada shift rotation, mungkin minggu ni pagi, minggu depan petang, minggu depan lagi malam pulak.

Ataupun, yang kerja follow overseas shift. Logiklah kalau kerja sentiasa masuk 11 malam, balik subuh. Tapi Nani punya kerja ni pelik sikit.

Dia keluar pukul 2 pagi dan balik dalam pukul 4-5 pagi camtu. Macam mana aku tahu, sebab bilik aku paling depan, once dia bukak pintu,

aku wajib terjaga sebab bunyi yang keluar bila dia buka pintu tu macam ada 10 orang yang keluar. Gedegang! Hari-hari okay, termasuk Sabtu Ahad!

Waktu aku pergi kerja, aku tak tahulah apa yang dia buat. Yang pasti lepas aku balik, mesti aku akan rasa sakit hati, nak marah dan mengamuk sebab dia akan tinggalkan selonggok pinggan mangkuk dan kuali yang kotor atas sinki dan atas dapur masak.

Nak suruh aku basuh lah tu! Sebab aku ni jenis tak boleh tengok dapur macam tongkang pecah, aku pon dengan paksa-rela basuh dan lap tempat masak yang berminyak tu. Pernah lah jugak aku cuba untuk tak basuh pinggan mangkuk tu semua,

saja nak tengok sampai bila dia nak biar dalam sinki dan atas dapur, at the end sampai 2 hari aku tengok benda tu terbiar camtu,

siap ada pertambahan kuantiti pinggan mangkuk lagi kau! Kalau sampah dekat dapur, jangan cuba bayangkanlah. Kalau aku tak buang, memang berulat gendon lah dekat tong sampah dapur tu. Geli aku!

Pernah satu masa aku cuti seminggu. Holiday dengan kawan-kawan. Sebelum pergi tu, aku kemas rumah siap-siap. Sapu, mop, lap tempat masak, kemas peti ais,

susun pinggan mangkuk dekat sinki, senang cerita memang aku pastikan rumah bersih dan kemas sebelum balik seminggu (still fikir tak mahu susahkan Nani kena kemas pfft).

=Setelah bercuti dengan tenang selama seminggu, aku masuk rumah dengan rasa berduka. YaAllah, rumah bersepah gila macam baru lepas parti.

Kau bayangkan, kusyen bersepah, plastik snacks tak buang, barang frozen aku yang dalam peti ais tu habis dia belasahnya! Tak cerita lagi part sinki, dapur masak dan meja makan.

Makanan basi pon ada! Pinggan yang kat atas meja tu sampai dah berkulat kau tahu tak? Tong sampah tu dah serupa tempat ternak ulat sampah yang warna putih tu.

Rasa nak pakai sarung tangan 10 lapis masa kemas dapur. So, lepas letak barang dalam bilik dan kemas bilik aku sikit, aku pon mulakan aktiviti pembersihan rumah aku yang dah macam kapal karam tu.

Part yang paling pelik dan menakutkan jadi bila tiba-tiba Nani keluar bilik. Kau bayangkan, selama aku duduk serumah dengan Nani dah 4 bulan ni,

ini first time aku nampak dia keluar bilik waktu siang. Maybe sebab aku kerja siang dan tak tahu aktiviti dia masa aku kerja dan Nani ni duduk master bedroom,

so bilik dia attached dengan toilet. Toilet luar ni memang aku sorang je lah yang guna. Okay, balik semua pada point asal aku. Tengah aku terbongkok nak ikat plastik sampah tu, boleh pulak si

Nani bukak pintu bilik dia and jerkah aku dari belakang;

“Kau buat ape ni?!”

“Kemas sikit. Ni baru nak buang sampah” aku jawab.

“Nanti jap. Lain kali tanyalah dulu sebelum nak buang sampah ni”

Pelik. Apesal pula aku nak kena tanya kau bila aku nak buang sampah? Takkan itu pon nak kena mintak izin kot. Bukan kau nak tolong aku !

Nani ambil tupperware plastik tu dan sudu. Dia pergi dekat dekat tong sampah dan dia kaut ulat sampah yang warna putih tu keliling tong sampah dan letak dalam tupperware (Yes, dia kaut ulat sampah tu guna SUDU makan sampai PENUH tupperware tu). Aduh, macam nak pengsan dekat situ jugak. Lepas tu dia cakap;

“Gila ape kau nak buang makhluk hidup ni macam tu je. Cuba kalau aku ikat dan buang kucing kau yang kat luar tu?”

DAH TU. TAKKAN KAU NAK TERNAK ULAT SAMPAH TU PULAK KOT MACAM AKU BELA KUCING. ADOIII

Dia terus masuk bilik lepas cakap mekasih dekat aku. Siot je. Aku ni dah macam nak pengsan kat situ dengan perangai pengotor dia tu.

Lepas kejadian tu, aku terus berusaha cari rumah sewa lain. Tak sanggup. Tapi bila dia tahu aku plan nak move out dari rumah tu, makin menjadi-jadi pulak perangai pengotor dia.

Baju dia berlonggok dalam mesin basuh, seminggu tak basuh. Sebelum ni, baju kotor dia hantar dobi, tapi sejak dia tahu plan aku, dia longgokkan semua baju kotor dia dalam mesin basuh, dah tu macam mana aku nak mesin baju-baju aku?

Terpaksalah cuci tangan atau dobi. Ada satu masa tu, menjerit sakan aku bila ternampak underwear dia dalam sinki. Pengotor gila woi!

Apesal kau letak pakaian dalam and benda ‘kotor’ yang kau dah pakai dalam sinki dapur weh? Dapur dengan mesin basuh baju punyalah dekat, dekat sinki jugak kau longgok benda kotor kau.

Lepas tu, aku geram, aku whatsapp dia cakap pasal hal rumah. Dia tak reply. Aku dah istighfar dah. Lepas tu aku tinggalkan nota lekat kat pintu bilik dia.

Esoknya balik kerja aku tengok nota yang sama dia lekat dekat pintu bilik aku. Dia reply “Kau jangan pembersih sangat boleh tak? Aku tak suka”

WHATTTT? Kau expect aku kene jadi pengotor macam kau? Lepas Maghrib, aku duduk ruang tamu tengok tv, tapi pelik sebab tak dengar langsung bunyi kucing aku dalam sangkar.

Selalu dia akan berbunyi, paling tak pon mintak makan, tapi hari ni senyap je. Start tak sedap hati dah… Aku pon keluar rumah nak tengok keadaan Kifo (Kifo nama kucing aku).

YaAllah, sedihnya hati bila tengok Kifo kene bungkus dalam plastik sampah dalam sangkar tu. Tahu dah kerja sapa.

Aku terus masuk cari Nani dalam bilik. Dia keluar and terus cakap “Padan muka kau. Tahu kan macam mana aku rasa tiap kali kau bungkus ulat-ulat sampah tu pastu buang kat depan?!” . Okay Nani. Okay.

Aku tak cakap apa dah, pack barang, ambil Kifo yang dah tak bernyawa tu (aku tak tahu macam mana dia bunuuh Kifo sebelum dia masukkan dalam plastik. Aku taknak tahu) ,

terus keluar dari rumah tu, menumpang rumah kawan sampai lah aku dapat rumah sewa baru. Last aku masuk rumah yang aku menyewa dengan Nani tu,

masa aku kemas barang-barang yang aku tak sempat bawa masa keluar malam hari Kifo maati tu. Seperti biasa, rumah kotor dan bersepah, pinggan mangkuk dalam sinki,

makanan atas meja bawah tudung saji berulat, siap aku terjumpa bangkai tikus maati okay dekat dapur. Tikus pon boleh maati duduk rumah tu. Kawan aku sampai termuntah tapi sebab aku dah terbiasa so, aku relax je. Aku tinggalkan note dekat pintu bilik dia dan kunci rumah dalam letter box.

Itu kali terakhir aku jejak kaki dekat rumah tu. Tobat dah nak duduk menyewa dengan orang lain. Aku lagi prefer sewa sorang sekarang.

Trauma. Banyak lagi aku nak cerita pasal Nani, pasal kerja dia, pasal perangai dia yang lain-lain, tapi letih dah. Tengah kerja ni woi. Mana boleh curi tulang.

So, kepada Nani (bukan nama sebenar, tapi nama seakan-akan), aku harap kau berubah lah kak hoi.

Harap je muka lawa tapi perangai pengotor maha hebat. Kesian kau kene duduk dalam rumah yang tak selesa persekitarannya. Tak elok untuk kau kak. Byebye kak. Mekasihlah kak bunuuh Kifo saya.

Yang tulus ikhlas bencikan kau kak,

Part 2 dekat komen