Anak anak kesayangan ayah suka gaduh dan dah mula kerap minta duit pencen ayah

Disini aku melihat kifarah Allah pada dia dan betapa mahalnya hidayahNya. Aku melihat wang pencen dan gratuti bernilai puluhan ribu ringgit hangus ditipu rakannya.

Anak anak kesayangan dia bergaduh sesama sendiri, selalu minta wang pencen ayah, ada yang dikejar polis kerana pecah amanah.

Yang sorang lagi tu memang dari dulu keluar masuk penjara, ada yang jadi g@y tua euwww,

Ada yang susah hidup sampai minta adik adik saya wang untuk beli susu anak. Ada yang mulut celupar berani fitnah ibu dihadapan saudara di kampung tapi aku tahu dia sendiri menderita hidup dengan suami yang baran dan mertua yang selalu hina dia.

Tapi anak anak dia yang tak guna satu sen ni yang dia sayangkan sangat. Aku tak paham betul.

Padahal adik lelaki aku yang sanggup pinjam kereta orang angkut dia pergi hospital. Ibu tidur atas lantai hospital menjaga dia. Adik adik setia memasak, bergilir jaga ayah di hospital.

Jangan kata terima kasih, dimaki hari hari pula. Anak anak kesayangan dia haprak takde sorang pun yang berguna. Balik bila perlu sesuatu je

Suatu hari atas permintaan ibu dan izin suami, aku ke hospital menjaga ayah. Aku cuma taknak ada yang mengungkit sebab anak kesayangan ayah dah berbunyik.

Hairan aku, lebih lebih pulak dia, sengaja cari pasal. Padahal wang belanja ibu untuk keperluan keluarga dan memenuhi permintaan ayah yang macam macam selama ni semua duit aku.

Aku bukan macam ayah dan anak anak dia suka mengungkit. Dari dulu aku memang suruh ibu rahsiakan wang aku beri. Tak sedar diri tu dulu masa aku belajar mintak duit ibu dan berani mintak duit aku.

Aku pun tak pernah mintak duit ibu aku tau. Sorry aku tak bodoh, hidup kalau tak membantu jangan menyusahkan.

So lepas aku jaga ayah aku, aku rasa tiba masanya aku lepaskan segala yang patut aku katakan pada mereka. Yang aku simpan lama sebab masa tu aku belajar lagi.

Sekarang aku dah kerja bagus, ada suami dan aku boleh berlagaklah, hahaha. Aku bahasakan semua anak anak kesayangan ayah aku panjang berjela dengan ayat paling berbisa. Puas hati aku. Bitter lah masing masing tu, panas punggung perit telinga.

Tentang life aku sekarang, ‘blessed’ adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan erti sebenar ‘gifted’ yang dulu aku rasa macam bala tu.

Aku ada suami yang berikan segala hak aku yang dinafikan dulu, hak untuk dilindungi, hak untuk dihormati, hak untuk disantuni, hak untuk dihargai. Kasih sayang, cinta jangan katalah, bertahun kahwin hangatnya masih sama.

Segala hak ibu sebagai isteri yang tidak pernah ayah tunaikan Allah berikan kepadaku. Jatuh air mata ini saat ibu katakan padaku dia tidak pernah rasa bahagia selepas kahwin dengan ayah.

Tapi bahagia itu rupanya Allah beri pada aku anaknya. Ibu rasa bahagia sungguh lihat suamiku melayaniku.

Alhamdulillah maha suci Allah. Ampuni aku yang pernah mempersoalkan aturanMu.

Tipulah jika kami tak pernah susah. Awal perkahwinan dulu susah duit tapi hati bahagia berbunga bunga.

Hanya senyuman dan kebahagiaan bila bersama dia. Dia lelaki yang membuatku sentiasa angau, yang aku rindukan dan aku tunggu kepulangannya setiap hari.

Setiap patah kata dari bibirnya hanya membuatku senyum dan ketawa. Aku hanya menangis bila terkenangkan betapa sengsaranya hidup ibu bersuamikan ayah.

Hingga saat ini aku dapat segala yang tak pernah aku imagine dapat pun aku dapat.

Dulu fikir Secret Recipe mahalnya tapi sekarang banyak kali merasa fine dining di 5star hotels.

Dulu rasa bag Sembonia mahal dah tapi sekarang ada collection LV, merasa berjalan selesa padahal dulu aku fikir pakai saga pun best dah.

Berkat pemurah pada isteri dan ibunya (mertua aku) rezeki suami mencurah curah. Kerjaya aku pun stabil tapi segala yang membaluti badanku adalah pemberian suami.

Bagi dia satu kepuasan melihat isteri yang bergaya dengan hasil titik peluhnya

Suamiku, anak yang amat baik pada ibunya, ayahnya, isterinya dan keluarganya. Hasil didikan ibu ayah mertuaku menjadikan suamiku lelaki yang hebat. Bawalah dia kemana pun mesti dia dapat kawan baharu.

Pak guard sekolah aku, tokey kedai makan kat maktab jadi member dia, pensyarah aku sampai jadi bapak angkat dia. Cemana tu, hahaha.

Bawa kenduri disebut tuan rumah, bawa balik kampung dipuji saudara mara. Kawan aku, kawan dia, kawan dia kawan aku.

Sahabat yang baik, pantang dengar kawan susah, sedaya upaya pasti ditolong. Tak pandai mengungkit, ini paling ketara.

Siapa pun berhutang tak bayar tak pernah diburukkan. Kadang aku pun tak tahu, padahal rakan lain siap up kat facebook orang tu tak bayar hutang dia RM100 walhal orang tu berhutang beribu dengan suami aku.

Minta elok elok tak dapat takpe, “maybe dia ada masalah, kalau dia tak bayar bukan rezeki i tapi lepasni i tak kasi pinjam dah” macamtu je dia.

Suami sangat jaga aib rakan rakan dia, walaupun yang lain dah kecoh dalam group suami buat rileks je.

Dia tak pandai buruk sangka, tak reti membawang, jujur dan tak mudah ambil hati, sangat pemaaf. Kehadirannya disenangi siapa saja, malah ibu bapa sahabat dia.

Entah berapa ramai parents sahabat dia yang official jadi adopted parents dia. Aku juga yang puas kena hafal mana satu kena panggil mak, abah, mama, ayah ehhh

Memiliki dia adalah kebanggaanku. Adik aku semua sangat menghormati suami kerana dia pandai ambil hati mereka.

Di wajah adik lelakiku terserlah rasa hormat yang tinggi bila berbual dengan suamiku. Bila dengan adik adik perempuanku aku dapat lihat betapa gembiranya mereka punya abang yang caring.

Bila ada masalah suami akan segera bantu, bila lapang suami bawa ibu dan adik adik berjalan, makan sedap sedap dan shopping.

Suami akan sentiasa ingatkan aku tentang keperluan ibu dan tak pernah lupa hulur belanja.

Ayah masih dengan egonya. Bukan tak pernah mencuba pulihkan keadaan. Pernah masa awal kahwin dulu, pada hari itu tanganku digenggam erat suami menarikku keluar rumah itu meninggalkan ayah kerana tak sanggup dengar isterinya dimaki lagi.

Masih aku ingat ketegasan kata kata suamiku pada ayah. Waktu itu aku benar benar yakin menjadi isterinya adalah keputusan paling tepat dalam hidupku

Allah kurniakan kami sepasang anak, yang manis, manja, bijak dan sihat. Alhamdulillah, Allahuakbar. Aku pregnant lepas 3 tahun kahwin.

Aku takut mulanya aku suruh ibu rahsiakan sebab ayah selalu doakan aku dapat anak cacat dan hodoh. Sedih aku tapi suami pandai distract aku, bagi aku happy je.

Dengan izinNya kedua dua anak aku lahir sihat sempurna bonus muka comel boleh jadi model baby masuk magazine tapi suami tak kasi daaa.

Berangan je lah, hahaha. Ibu excited tak boleh tahan tahan sebab ni kan cucu sendiri akhirnya lama kelamaan ayah dapat tahu.

Egonya dia ibu cerita, dia curi curi tengok gambar cucu cucu dia sambil comparekan dengan cucu cucu dari anak kesayangan dia tu lah.

Ya Allah, bukankah anak itu amanah dari Dia, sempurna walau apapun rupanya. Biarlah dia dengan egonya, aku masih lagi skeptikal.

Aku tak boleh terima jika anakku pula dihina. Apatah lagi suamiku, boleh bertukar hijau dia

Suami, father figure idaman aku. Dia pengalaman pertamaku melihat seorang ayah yang sebenar. He is the best dad ever.

Tumpah air mata kegembiraan aku tiap kali melihat keakraban anak anak dengan daddynya. The kids are happier when daddy’s around.

Tak kisah betapa penatnya suami, baru sampai rumah after long hours of driving, tak cukup rehat he doesnt care.

Reach home, hugs the kids, roll up the sleeves & here we go daddy will serve u today. Bila daddy outstation anak anak boleh demam rindu.

Unlike me, Imma fierce mommy, kurang sabar, oh well thats me, susah nak ubah. Suami sentiasa ajar aku control anger pada anak anak.

Bila aku naik angin dia pujuk aku “mommy is tired let mommy rest ok” or “u guys tak behave ya, kesian mommy penat tau buat kerja rumah”.

Bab parenting aku banyak rely on him sebab dia rational. Dia takkan marah aku depan anak walaupun aku tengking dorang (panas baran kan) dia akan control the situation wisely, pujuk anak give explaination, belakang baru dia tegur aku elok elok.

Apart from being a daddy, he is my daughter’s boyfriend & my son’s best friend.

Ok, at last! This has come to the end. Apa yang aku cuba sampaikan adalah,

1. Percaya pada aturan Allah. He is the best planner. When u feel its impossible, turn to Him. Dia beri ujian yang mampu kamu hadapi, minta jalannya saja.

2. Tanggungjawab, jangan sikit pun lari. Tak sikit pun Allah lupa, takkan sesekali kamu terlepas.

3. Begitu juga hak isteri, nafkah khususnya. Kedekut dengan isteri? Allah ambil semua tak tinggal sikit pun.

4. Doa adalah senjata orang Islam. Doa ibu adalah mukjizat buat anak, doa yang tak elok takkan diangkat Allah tanpa izinNya.

5. Ambil kisah ini sebagai pengajaran. Pentingnya peranan seorang lelaki dalam mengemudi rumah tangga, ke mana arahnya? Selamat tibakah atau hanyut tenggelam dalam badai.

6. Bahagiakan isteri dan ibu, kunci semua pintu rezeki. Yakin dan percaya pada rezeki Allah ada dimana mana

Ya Allah, kurniakan keluarga ini, keluarga kami keberkatan di dunia dan akhirat. Himpunkanlah kami bersama sama di syurgamu kelak. Hidup dan mtikanlah kami dan keturunan kami dalam agamaMu.

Amin ya rabbal alamin…