Berdosa ke aku jadi isteri. Aku sentiasa positif tapi lama-lama tak dapat menipu.

Assalamualaikum. Aku Ayu dari selangor. Sudah berkahwin 7 tahun. Suami berasal dari Perak.

Suami anak nombor dua dan anak lelaki yang sulung dari 5 beradik. Kami sudah membeli rumah berdekatan rumah keluarga suami iaitu di Perak.

Masalah mula timbul apabila suami berkehendakkan emaknya tinggal sekali atas alasan emak suami sudah uzur.

Aku faham tanggungjawab beliau dan akhirnya bersetuju. Tiada masalah awalnya, tetapi lama kelamaan hati aku jadi tak ikhlas.

Berdosakah aku sebagai isteri? Sebagai menantu? Aku sentiasa positifkan diri tapi lama-lama tak dapat menipu diri sendiri aku tak sesuai tinggal bersesama dengan mentua sendiri.

Maaf disini aku berterus terang mungkin nanti akan dikecam tapi itulah hakikatnya.

Kerap ditegur mertua

Sebagai seorang yang dah terbiasa berdikari, sehinggalah aku kemudiannya berkahwin. Suami juga memberi kebebasan pada aku dalam membuat keputusan asalkan tidak mencabar hak beliau sebagai suami dan membelakangkan keluarga.

Datang mertua aku, dia boleh sesuka hati menegur begitu begini sehinggakan apa yang aku nak masak untuk menjamu keluarga juga akan di berikan pandangan mengikut pemikiran beliau.

Pernah bulan puasa aku berkejar dari office ke pasaraya berniat untuk memasak menu mee goreng basah,

sampai2 dirumah dan kedapur menyinsing lengan baju tiba tiba datang mertua tanya aku hendak masak apa aku maklumkan hendak goreng mee,

terus diceramah maklumkan makanan di dalam peti sejuk banyak saja lagi kenapa suka membazir demaklan puasa ni.

Aku buka peti sejuk dan lihat cuma ada setengah bekas nasi ayam semalam yang dia sendiri makan tak habis dan tiada makanan lain.

Entah kenapa sebab terlalu marah syaitan dah cucuk aku tinggalkan dapur dan terus kebilik tinggalkan barang barang yang aku beli sampai waktu buka suami tanya mana mee goreng aku hanya cakap mak cakap makanan banyak jangan membazir.

Aku tahu aku sepatutnya jelaskan kepada mertua makanan untuk buka tiada dan teruskan memasak tetapi sebab dan tak tahan asyik dikritik aku pilih berkelakuan demikian.

Bila MC atau cuti pasti ditanya

Aku juga tidak boleh suka suka hati nak mc dari kerja atau cuti atau apa apalah kerana jika dia lihat saja aku ada dirumah mesti dengan riak muka risau dia akan mengajukan soalan, kenapa tak kerja ni?

Apa jadi? bos tak marah ke? boleh ke suka suka hati mc? aduhai ya Allah kerja aku tahulah aku uruskan sendiri nak cuti ke nak mc ke nak berhenti ke?

Again aku tahu aku yang terlebih emosi, tapi pembaca sekalian fikir kalau sekali dua faham, kalau banyak kali sampai setiap kali cuti.. mc sepanjang mertua duduk bertahun tahun tak ke stress aku demakatnya.

Memandangkan mertua duduk dengan aku jadi boleh bayangkan adik beradik suami yang lain akan selalu menziarahi emak mereka.

Sehinggakan suami aku membuat kunci pendua rumah aku dan diberikan kepada adik beradik yang lain atas alasan menyenangkan adik beradik suami datang ke rumah pada bila bila masa.

Masalahnya disini apabila kemudiannya aku sudah tiada kebebasan pada rumah sendiri.

Adik beradik lelaki suami masuk rumah sesuka hati

Bayangkan kalau dirumah sendiri tanpa adanya lelaki bukan muhrim lain sah sah kita akan memakai pakaian ikut kesesuaian dan keselesaan sendiri kan,

jadi bayangkan kalau aku yang didapur sedang buat kerja tiba tiba datang adik beradik lelaki yang sedia ada kunci main masuk ke dalam rumah dengan aku yang tak menutup aurat sepenuhnya?

lintang pukang aku masuk ke dalam bilik bila keadaan begitu berlaku yang mana hampir setiap hari (family suami semua duduk berdekatan).

Aku lama lama stress dan akhirnya aku banyak habiskan masa didalam bilik sahaja jika keadaan begitu berlaku.

Terus terang aku tiada kebebasan dirumah sendiri dan kadang kadang rasa nak lari sahaja dari rumah tapi memandangkan itu rumah aku sendiri jadi nak lari ke mana pula.

Itulah sahaja serba sedikit luahan aku, aku tahu aku akan dikecam kerana masalah aku bukan berat sangat dan perlu bertolak ansur dengan keluarga suami.

Aku faham suami kena jaga maknya itu tanggungjawab dia tapi mungkin perlu letak sempadan antara hidup aku dan mertua.

Aku tak kisah jika suami jaga emaknya 24jam tanpa kami iaitu aku dan emaknya perlu hidup sebumbung.

Aku juga boleh saja jaga mertua.. masakkan untuk dia.. basuhkan baju dia setiap hari sehingga habis nyawa tapi itulah aku tak boleh tinggal bersama dalam tempoh yang lama sebab aku betul betul tak boleh.

Adik beradik perlu berbincang

Dia dan adik beradik dia perlu berbincang bersesama bagaimana hendak menjaga emak mereka bersama2 bergilir gilir atau letakkan seorang pembantu rumah di rumah mak mereka yang kini kosong sebab mertua tinggal dengan aku sekarang.

Rumah kami ditaman yang sama cuma dijalan yang berlainan. Adik beradik yang lain aku lihat tak ada bersuara pula ingin jaga emak mereka walaupun mereka juga tinggal berdekatan.

Sudahnya semua bertunggu bertangga dirumah aku sebab emak mereka tinggal disitu.

Pembaca yang budiman mungkin kata aku sejahat menantu tapi aku terpaksa berterus terang aku tak boleh hidup begini yang mana privasi aku sudah langsung tiada.

Aku sanggup berulang alik kerumah mertua setiap hari pagi petang siang malam berbakti pada dia asalkan aku masih ada sedikit privasi dirumah sendiri.

Moga Allah swt ampunkan aku hambanya yang amat lemah dan pendosa ini.