Masa tu mak.nak basuh baju ayah, Tiba-tiba mak terbau perfume perempuan dekat baju ayah

Assalamualaikum. Apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang keluarga aku sendiri. Aku ada mak, ayah, kakak dan adik. Mak dan ayah aku kahwin tanpa restu. Mereka kahwin di Siam.

Nenek aku dah banyak kali larang mak aku bercinta dengan ayah aku sebab dia dah tahu perangai ayah aku macam mana tapi biasa lah bila dilamun cinta, api pun sanggup redah.

Dipendekkan cerita, since that, semua keluarga besar aku benci keluarga aku sendiri. Mereka buang kami. Seolah olah kami bukan their own keluarga.

Kami balik kampung macam biasa tapi layanan mereka pada kami ibarat layanan pada orang yang tidak dikenali, bukan ahli keluarga sendiri.

Sejak aku kecik, sejak aku tak baligh lagi, sejak aku baru umur 4 5 tahun, tapi aku dah rasa perasaan diabaikan keluarga sendiri. Bila keluarga besar aku buat keluarga trip ke sana sini, sikit pun mereka tak invite kitaorang.

Aku hanya mampu tengok gambar dari FB, IG saudara aku sendiri. Bila masalah keluarga, kiteorang yang paling terakhir tahu.

Bila buat open house di rumah masing masing, sikit pun kami tidak diajak. Sedih? jangan tanya. Semua tu puncanya dari ayah aku sendiri.

Ayah aku pulak haih aku tak pelik kenapa nenek aku larang mak aku. Waktu aku umur 11 (hujung tahun 2010) tahun, ayah aku kerap balik lewat.

Keluar petang ni, balik esok pagi. Bayangkan. Bila ditanya, jawapan dia pergi lepak dengan member. Borak apa yang panjang sangat tu.

One day, waktu tu umur dah 12 tahun, ayah aku macam biasa keluar pagi balik esoknya tengahari. Mak aku nak basuh baju ayah aku then suddenly terbau perfume perempuan.

Macam drama tv3 kan korang? Haha hmm. Mak aku dah syak something tapi mak aku diam.

Beberapa hari lepas tu, mak aku pergi dalam kereta nak ambil bil dalam dashboard, mak aku terjumpa resit breakfast for 2 orang di hotel cameron highlands (yang breakfast nya dibawa sampai dalam bilik) padahal ayah aku tak pernah cakap pun nak pergi sana. Bila ayah aku balik, mak aku tanya tapi ayah aku tak mengaku. Alasan dia itu resit hotel kawan dia.

Tapi sebab ayah aku tak tahan sebab mak aku cakap dia tipu, for the first time, depan mata aku sendiri ketika umur 12 tahun, ayah aku blasah mak aku.

Dia pkul, sepak, terajang, tumbuk sampai mak aku lemah. Lelaki, kau fikir kau kuat boleh lari dari api neraka nanti?

Itu pergaduhan terbesar aku tengok. Diorang bergaduh sampai malam. Malamnya around pkul 9/10 malam, ayah aku heret mak aku keluar dari rumah.

Dia sepak mak aku keluar rumah. Mak aku berlari pergi pejabat agama nak minta cerrai tapi diorang cakap,

“Yakin ke nak bercerai? takpe, kita buat kaunseling dulu ye kak”.

Diorang tak nampak ke lebam kat muka mak aku? tak nampak ke mak aku hanya berbaju tidur tidak bertudung, menangis teresak. Tak nampak ke semua tu?

Mak aku give up then dia lari pergi ke balai polis minta tolong polis tapi malangnya kat situ ada satu polis kawan ayah aku. Dia telefon senyap2 ayah aku beritahu mak aku buat kecoh kat sini.

Aku harap, hidup kau tak tenang sampai mati. Ayah aku mengamuk, pergi balai polis pick up mak aku sambil cakap,

“Maaflah isteri saya ni gila, hahahaha.”

Mak aku meraung minta tolong polis tapi semua buat tak layan even waktu tu ayah aku heret mak aku masuk kereta.

Diorang tengok tanpa buat apa apa. Oh lupa, bukan setakat mak aku je kena belasah. Adik beradik termasuk aku pun kena belasah.

Kakak aku kena baling baldi kat kepala sampai retak baldi. Aku kena baling hanger or pisang. Aku dah tak ingat. Sedebuk kena kat muka hahaha.

Si bongsu yang OKU kena pkul juga. Kejam tak? Aku sampai skip kelas tuition almost sebulan sebab aku asyik berkurung dalam rumah taknak keluar.

Bila aku pergi tuition, cikgu tanya kenapa lama tak datang. Aku diam aku cakap ada masalah keluarga.

Aku tak tahu kenapa suddenly cikgu tu datang kt aku, dengan mata sedihnya dia tengok aku, dia cakap “sabar ye”. Aku tak pasti sama ada dia dah tahu cerita sebenar or tidak.

Even sekarang ni pun duit OKU adik aku yang dapat every month, ayah aku siap paksa mak aku bawa keluar duit tu sebab dia nak guna.

Tak cukup makan nasi, nak juga merasa makan duit budak OKU ye. Bila raya, kiteorang nak balik kampung, mesti duduk kampung sekejap je. Sampai raya ketiga keempat macam tu.

Sebab apa? ayah aku selalu buat perangai kat kampung. Dia mengamuk maki nenek aku, maki mak aku and everything kat kampung sebab dia tak suka tengok kami sekeluarga berkumpul.

So, kiteorang terpaksa balik awal sebab tak tahan malu dengan orang kampung. Tahun 2018 tak silap aku, adik ipar nenek aku meninggal.

Tapi waktu tu aku belajar lagi. So aku tak balik. Yang balik just ayah, mak, kakak dan adik aku. Ayah aku balik tak ikhlas. Otw tu tak habis bebel,

“Habis la duit macam ni balik kampung. Sibuk nak mati lah waktu ni orang tua tu”.

Bila sampai sana, duduk 2 jam je, tahlil tak lepas, myat baru kebumi, ayah aku dah ajak balik. Alasan sebab ada customer tunggu.

Family besar aku semua menyampah dengan sikap ayah aku. At least duduk 3 hari 2 malam pun takpe. Ini tak sampai 24jam pun.

Aku malu ada ayah takde agama macam tu Sedangkan keluarga aku yang kerja govern, boleh cuti 4 5 hari tapi ayah aku kerja sendiri, bos tapi tak nak cuti.

Sekarang ni, nenek (belah mak) aku sakit. Duduk hospital. Mak dengan ayah aku balik kampung naik motor.

Pergi hari sabtu petang. Balik rumah ahad petang. Semalaman je gais. Aku suruh ayah aku duduk lama sikit.

At least balik hari isnin pun takpe la. Kalau badan tu gatal sangat taknak duduk lama. Tapi tetap dia taknak.

Alasan dia,

“Kita takde duit tau. Tak lama dah nak puasa. Kena collect duit. Cuti lama, takde duit lah.”

Masalahnya itu alasan since azali, sampai sekarang tak kaya pun. Duit asyik tak cukup je.

Tak berkat senang cerita. Padahal itu mak mertua dia sendiri, mak pada nenek aku. Apa salahnya duduk sekejap tengok orang sakit? Aku tak faham hati dia buat dari apa.

Duit PTPTN aku pun dia makan sampai satu sem aku just boleh guna RM50 je. Selebihnya semua dia ambik. Nanti yang bayar sampai berbelas ribu, diri aku.

Dia just guna je. Bayarnya aku. Takpe lah gais, aku okey je. Cuma korang doa je lah jangan nanti muka aku masuk newspaper sebab bnuh diri.

No wonder lah nenek aku tak bagi mak aku kahwin dengan dia. Banyak lagi sebenarnya kisah aku sampai buat aku rasa taknak hidup. Baik mati je. Begitu lah.

Tapi sampai sini je lah aku cerita. Nak ingat balik, nak tulis semua balik tak cukup 10 helai kertas.

Ini lah juga reason aku tak nak kahwin sebab aku tak pernah nampak keluarga aku bahagia. Aku trauma dengan lelaki. Aku trauma dengan adanya keluarga. Aku trauma dengan semua bende.

Korang yang jadi mak bapak or bakal jadi, please lah jaga keluarga leklok. Bukan korang yang merana, anak anak yang akan. Kasihanilah kami.

Kecik kecik lagi dah diajar berkasar. Besar nanti jangan salahkan kami kalau kami sangat membenci seseorang.

Aku sebak sebenarnya cerita semua ni. Tapi aku dah takde air mata nak keluar. Aku kosong. Aku takde rasa apa. Aku tak cerita semua ni kat kawan aku, hanya sorang je tahu.

Yang lain tu aku tak cerita sebab diorang akan cakap aku buka aib padahal aku nak ada tempat luah je. Orang tak faham apa aku rasa.

Berbahagialah korang dengan keluarga sendiri. Dalam bulan puasa nanti aku nak pergi Hospital. Nak check mental aku.

Doakan aku gais. Biarkan aku dapat berita baik. Tapi kalau buruk bagus juga. Boleh aku pergi awal dari dunia kejam ni.

Yang terakhir, kahwin lah dengan restu mak ayah jangan sebab nfsu. Kalau waswas, minta jalan dari Allah SWT. Allah SWT selalu tolong hambaNYA, kita je yang takmau tolong diri sendiri.

Jangan jadi macam mak ayah aku, tiada bahagia sampai akhir sebab derhaka pada mak ayah sendiri.