Aku cakap dekat suami beli rumah tu, bilik bawah reserve kan untuk mak ayah aku. Niat memang nak jaga mereka

Hi dan assalamualaikum semua. Saya harap semua sihat di samping menjalani ibadah puasa.

Saya nak bercakap pasal life yang t0ksik. Sebenarnya, kebahagiaan diri sendiri tu, kita sendiri yang pegang. Kita tentukan kita nak kehidupan yang macamana.

Jangan salahkan orang lain kalau hidup kita masih tak bahagia.

Tak bahagia sebab berada dengan suami yang curang, suami tak bertanggungjawab, ibubapa yang pilih kasih, ibubapa yang tak sayangkan kita, adik beradik yang suka buli dan mengambil kesempatan. Dan list ni akan bersambung sambung tanpa henti.

Memang bila kita nak tinggalkan kehidupan dan perhubungan yang t0ksik ni, susah sangat. Ye lah. Nak tinggalkan satu kebiasaan. Memang susah.

Okay. Saya baru nak start cerita.

Tahun lepas, saya buat satu tindakan drastik untuk tinggalkan keluarga t0ksik saya. After a year, saya hidup dengan lebih aman, tenang dan lebih gembira.

Afterall, saya sendiri dah ada keluarga kecil sendiri. Anak anak saya pun dah semakin besar. Saya ok je hidup dengan suami dan anak anak saya.

Dulu, saya memilih untuk tinggal berdekatan ibubapa sendiri. (Sekarang pun masih dekat) supaya saya boleh jaga ibubapa saya.

Alangkan suami saya beli rumah, awal awal saya dah cakap pada suami yang bilik bawah tu saya nak reserve untuk parents saya. Saya memang berniat nak jaga ibubapa saya.

Kan saya tinggal berdekatan rumah parents. Jadi anak anak saya selalu jumpa atok n tok mama mereka. Waktu takde cucu cucu lain, memang atok dan tokmama akan manjakan anak anak saya.

Berbeza keadaannya kalau cucu cucu dan anak anak lain balik. Kadang kadang anak saya akan dimarah marah. Rumah bersepah pun anak saya akan disalahkan. Padahal anak saya bukan jenis menyepah rumah. Bukan atok dan tok mama tak tahu.

Tapi, parents saya memang macamtu. Tanak marah marah anak anak lain. Apatah lagi nak marah cucu cucu lain. Sebabnya mereka jarang balik. Nanti merajuk pula kalau dimarah. Kalau lain kali tanak balik rumah parents langsung macamana.

Akhirnya, anak anak saya yang terpinga pinga dimarahi. Sekali dengan saya lah kena tempias.

Setiap kali adik beradik balik ke rumah parents, mereka akan mengkulikan ibubapa. Abah lah yang kena masak. Kemudian, mereka akan ajak abah dan mak shopping barang dapur untuk rumah mereka. Tapi abah dan mak lah yang kena bayarkan.

Mereka menyangka saya dapat kelebihan disponsor barang dapur setiap bulan. Padahal takde pun. Bila mereka timbulkan isu ni, ibubapa saya mengiakan je dengan kata kata “biasalah, parents” konon macam kehidupan saya sekeluarga dibiayai oleh mereka.

Bukan nak mengungkit, tapi kalau makan di luar bersama ibubapa, memang suami saya yang akan bayar.

Kalau ibubapa saya makan di luar dengan anak anak lain, abah saya akan bayarkan. Seterusnya, adik beradik saya akan cakap selama ni kalau makan luar, mesti abah akan bayarkan untuk saya sekeluarga.

Sewaktu majlis persaraan mak saya, bersusah payah saya arrange dengan rakan mak saya untuk membantu mereka buat majlis. Waktu mak saya buat ucapan, dia cuma berterima kasih kepada anak anak lain sebab susah payah balik untuk sama sama meraikan majlis persaraannya.

Kemudian, waktu nak ambil gambar keluarga di atas pentas, mak saya tiba tiba nak suruh saya cek sesuatu. Tak bagi langsung saya bergambar bersama padahal ambil gambar tu cuma seminit dua je. Mak saya beria ia nak saya selesaikan arahannya. Akhirnya saya tak ada dalam gambar keluarga.

Kemuncaknya pada tahun lepas, disebabkan adik beradik yang lain, bapa saya halau saya dari rumahnya dan berulang kali kata saya ni anak derhaka. Sampailah saya keluar dari rumah mereka. Siap dengan adengan baling kusyen kepada saya yang dah di luar rumah (marah sangat la tu).

Dari situ, saya berazam untuk tinggalkan semuanya. Tinggalkan ibubapa saya. Tinggalkan adik beradik saya. Saya anggap saya tinggal di tempat yang jauh dari ibubapa dan susah nak balik.

Sekali sekala saya akan call mak bertanya khabar. Mak memang selalu suruh saya ke rumahnya sebab sebelum ni, setiap kali lepas kerja saya akan ke rumah mak untuk lipat kain , picit picit mak, atau sekadar layan mak bersembang.

Mak saya tu needy. Kadang kadang waktu tengah kerja, mak call semata mata dia teringin nak minum air kelapa dan saya kena keluar dari ofis dan belikan air kelapa dan hantar kepada mak.

Kadang kadang, baru nak tarik selimut, mak saya call nangis nangis sebab badan lenguh dan nak saya datang untuk urut. Pun saya akan start kereta dan ke rumah mak.

Sejak sejak saya dah tinggalkan semua, ibubapa saya yang akan selalu ke rumah anak anak lain. Nak harapkan anak anak balik rumah ibubapa, memang tak lah. Ibubapa yang kena terhegeh hegeh pergi rumah anak anak.

Waktu PKP ni, saya tak ada adik beradik frontliners, tapi takde seorang pun yang nak temankan ibubapa.

Saya kesiankan ibubapa saya. Tapi pada masa yang sama, saya rasa, cukup dah saya dibuli. Sampaikan anak anak saya pun terkena tempiasnya. Unfair sangat.

Apa sahaja achievement anak anak saya, dipandang sepi. Kalau cucu cucu yang lain, hari sukan tadika pun beria ia mereka attend. Anak saya jadi olahragawati sekolah, jadi pelakon utama teater, jadi tokoh murid harapan, tak dipandang langsung oleh ibubapa saya.

Anak anak saya pun tak bertanya pasal atok dan tok mama. Mereka pun faham apa yang berlaku.

Saya menjalani kehidupan dengan lebih gembira. Tak perlu rasa sakit hati dengan cemuhan dan perli dari adik beradik. Tak perlu lagi dibuli jadi bibik di rumah parents.

Saya tak pernah rasa menyesal tinggalkan mereka sebab saya tahu, dalam hidup saya ni, ada 3 orang yang betul betul ikhlas sayangkan saya. Suami, dan anak anak saya. Cukup dah kasih sayang dari mereka untuk saya.

Jangan takut tinggalkan kehidupan yang t0ksik. Setiap orang berhak mendapat kebahagiaan.