Masa aku dalam perut. Atok nenek ada hantar mak dekat bomoh dam suruh minum air penuh dengan lada

Assalamualaikum. Aku nak luahkan perasaan hati aku yang teramat dalam. Sebenarnya nak luahkan pada adik adik tapi risau mereka tak dapat nak terima.

Ada sorang adik yang amat aku percayakan. Tapi tak sanggup nak aku ceritakan isi hati ni pada dia. Rasa malu teramat sangat sangat.

Aku seorang anak yang dihasilkan dari r0gol. Anak h4ram. Masa mak aku mengandungkan aku, nenek dan atok pernah hantar mak dekat sorang bomoh.

Bomoh tu cakap mak aku busung. Jadi dia bagi lada hitam suruh mak aku minum 1 gelas penuh dengan lada hitam. Nenek dengan atok aku minum sikit buat rasa untuk mak aku minum.

Mak aku yang minum segelas air penuh lada hitam elok tanpa ada apa apa masalah dan aku dalam perut mak aku elok sahaja.

Sedangkan atok nenek aku melecur mulut sampai seminggu tak boleh makan nasi dapat makan bubur jer.

Nampak kelakar tapi dari cerita tu aku asyik terfikir memanjang kenapa aku tak mti dalam kandungan mak aku masa mak aku minum air lada hitam tu?

Masa aku membesar aku pernah di rgol. Waktu kecik takde siapa nak sudi mendengar kata kata seorang kanak kanak.

Aku jadi seorang kanak kanak yang pendiam, tak suka bergaul. Aku betul betul rasa loser sangat sangat jadi manusia. Masa sekolah pun aku tak pernah ada kenangan yang indah indah nak aku kongsikan.

Dalam usia aku remaja mak aku cerita, siapa diri aku sebenarnya dan mak aku mengaku yang dia teramat amat benci bila tengok muka aku sebab aku ni mirip wajah si pergol tu.

Mula mula aku terkesima dan sedih ya amat mendengar kata kata dari mak aku sendiri. Lepas tu rasa rendah diri, aku tak taulah nak cakap apa.

Low sangat sangat. Aku menjadi seorang gadis yang sangat sangat pemalu, malu nak berdepan dengan orang ramai, rasa berpeluh peluh bila ramai orang yang aku tak kenal.

Bapak adalah ayah tiri aku. Bapak seorang baik yang sangat sangat baik, susah aku nak gambarkan sikap dia macam mana. Dia tak pernah rasa aku ni anak tiri dia.

Dia terima aku seadanya. Cuma dia tak boleh terima perangai aku yang pemalu sangat. Dia pernah marah aku cukup cukup dengan sikap aku tu.

Atas sebab marah bapak tu aku tak jadi lagi seorang yang pemalu. Aku usahakan diri untuk menjadi orang yang boleh berdepan dengan orang lain.

Aku berterima kasih banyak banyak dengan marah bapak tu sebab marah bapak akan sikap aku macam tu aku berubah jadi lebih elok. Confident aku lebih tinggi dari sebelumnya.

Lepas sekolah aku bekerja. Bagi aku tahun 1999 memang tahun yang mulanya dari keperitan dan akhirnya ada kebahagiaan. Awal tahun 99 aku di buang sekolah sebab aku tak mampu nak bayar yuran.

Cikgu pun tak nak membantu agar di panjangkan. Dan adik aku sorang kemlangan. Sangat sangat menyakitkan masa tu.

Bulan 7 aku dapat kerja dengan mak aku kat 1 kilang. Kami di fitnah oleh sedara sendiri. Mak aku di fitnah oleh adik dia sendiri. Di katakan mak aku jual aku untuk mak aku dapat beli motor.

Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Masa harijadi aku pada akhir tahun tu aku bahagia sangat aku di belanja makan oleh sahabat aku kat tempat kerja. Sahabat aku tu yang sekarang jadi suami aku.

Panjang sebenarnya cerita aku nak luahkan ni. Tapi masalah yang aku tangung sekarang ni sangat sangat pedih. Aku tak tahu nak cerita macam mana.

Mak aku dah pergi tahun lepas. Masa sebelum mak aku pergi aku tak dapat nak grab pahala yang sepatutnya aku buat. Sungguh aku cakap aku ni lah anak derhaka.

Kalau dulu aku cakap pakcik, atok sedara aku tu anak derhaka dan sekarang aku boleh claim diri aku ni adalah anak derhaka. Anak paling derhaka.

Aku tak pernah senangkan hidup mak aku masa mak aku ada. Aku lebih pikirkan kehidupan anak anak aku dari mak aku.

Sungguh aku tak mampu nak bagi mak aku duit. Aku sekadar cukup cukup hidup aku. Tapi aku anak yang paling bodoh sebab tak mampu nak bahagiakan mak aku. 1 penyesalan yang amat amat sangat aku kesalkan dalam hidup aku.

Tapi sejak 2 menjak ni tetiba hati aku asyik teringat kenangan yang menyakitkan hati aku bila teringatkan mak. Aku berlawan dengan diri aku sendiri. Kenapa aku jadi macam ni?

Ya betul aku lah anak derhaka. Aku anak derhaka. Mak ampunkan dosa orang mak. Mak. Orang ni kenapalah tak mti masa mak minum air lada hitam tu masa orang dalam kandungan mak. Ya Allah…

Kenapa aku macam ni? Derhaka sungguh aku ni. Aku anak derhaka. Mak maafkan orang mak sebab tak bahagiakan mak masa mak ada. Mak ampunkan orang mak.

Sebab tak mampu nak bagi mak kesenangan. Orang anak derhaka mak. Ampunkan orang mak.