Sebab mak kami, Kak Ngah pernah bersuara yg dia xnak korbankan perkahwinan dia dengan A.Ngah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini cerita aku. Nanti jangan lupa kongsikan pandangan di ruangan komen ya.

Mak, semua orang ada mak. Mak aku Pengarah di sebuah jabatan kerajaan. Biasa dengan menjadi boss, di rumah pun boss juga.

Seingat aku sedari kecil abah sediakan mak pembantu rumah. Sampai aku besar mak ada pembantu rumah.

Tapi yang bagusnya mak aku tak benarkN pembantu masak. Kerja kerja rumah pun aku dan abang abang pun kena buat juga.

Bukan mengharapkan pembantu rumah semata mata. Mak dulu hari hari masak untuk kami sekeluarga.

Sejak mak jadi boss kat Putrajaya, aku amat jarang rasa masakan mak kalau balik ke rumah dia. Mak awal awal telefon tanya, “Dah makan? Kalau belum bawak suami dan anak anak makan dulu kat luar, mak tak masak”. Rindu masakan mak.

Tapi aku syukur sebab mak mertua aku selalu masak makanan kegemaran anak lelakinya setiap kali aku pulang ke Shah Alam. Boleh juga menumpang rasa masakan mak walaupun bukan mak kandung aku.

Menantu menantu mak memang sama lah juga, tak payah berangan nak makan masakan mak sangat kalau balik ke rumah mak.

Mak akan beli lauk lauk dan biarkan Kaklong, KakNgah dan aku kat dapur masak. Hanya hari raya je merasa masakan mak.

Abahku memang dari dulu suka tolong mak. Abah layan mak macam tuan puteri sebab kasih dan cintanya pada mak.

Tapi sedih bila tengok mak lepas pencen, dia tak layan makan minum abah sangat. Dia mantain masih macam boss besar.

Mak macam tak boleh terima yang dia dah pencen. Bila kena masak atau buat kerja rumah dia akan sakit badan, sakit kepala sakit lutut dan sebagainya.

Tapi sangat bersemangat kalau dapat keluar bermeeting dengan persatuan persatuan di luar. Dan amat suka keluar berjalan lepak lepak minum teh di restoran.

Rumah bersepah, kain baju tak lipat dan kadang kadang dibiarkan aje lauk basi di bawah tudung saji.

Aku dan adik beradik bersabar, asal balik ke Putrajaya aku akan kemas rumah mak betul betul.

Nampak muka abah seolah olah dah pasrah. Ya abahku dipencenkan awal kerana masalah kesihatan, tapi tak bermakna mak kena layan abah macam tu.

Pernah terfikir, abah ku sangat baik masih tunggu mak, kalau kena macam lelaki lain dah lama abah tinggalkan mak tu.

Sekarang pun abah masih segak, tinggi, tegap dan macho lagi walau di usia 70 an. Maklum lah bekas tentera udara. Kawan kawan aku pun selalu puji abahku segak dan nampak muda.

8 tahun aku berumah tangga, tahun ke 9 diuji Allah kena jaga mak dan ayah kerana rumah mereka jual untuk buat rumah baru di kampung. Ada lah tanah 2 ekar pemberian aruwah atuk.

Rumah abah masih dalam pembinaan dan aku bersyukur suamiku sangat baik. Sama sama jaga abah dan mak. Aku satu satunya anak perempuan, lagipun aku yang paling dekat dengan Putrajaya.

4 bulan tinggal bersama, suami akhirnya bersuara betapa dia berasa penat, siksa minda, tak tenteram hidup dalam rumah sendiri dan kasihan melihat abah.

Mak hanya busy dengan handphone, hanya tau bertanya kan ada apa makanan hari ni, apa masak? Dan hanya keluar bila untuk makan atau minum, gelas gelas berselerak atas meja tanpa dicuci.

Suamiku banyak membantu mencuci mengemas memasak dan sebagainya kerana aku selalu on call.

Aku sangat mengerti perasaan suamiku. Dan aku sendiri baru benar2 faham kenapa kakak iparku tersiksa dulu dan akhirnya bercerrai dengan abangku yang sulung.

Mak selalu cakap Kaklong tu tak suka mak sebab tu dia bercerrai dengan Abanglong.

Tapi sebenarnya Kaklong dah penat melayan perangai mak. Aku risau, kini suamiku selalu marah marah dan dia nak keluar dari rumah tu dia dah bosan dengan sikap mak.

Dulu Abanglong aku tersepit tanggunjawab anak sulung dan tanggunjawab sebagai suami. Abang Ngah aku pula dan isterinya awal awal lagi dah bagitau diaorang tak mau jaga abah mak. Lagipun Kak Ngah kena jaga bapak dia juga.

Kak Ngah pun pernah bersuara yang dia tak nak korbankan perkahwinan dia ngan Abang Ngah sebab mak kami. Kak Ngah tak nak dia pun kena jadi hamba abdi mak.

Kini suami aku pula menjadi mngsa seterusnya dan dah rasa sama siksanya biras dia dulu (Kaklong) masa tinggal bersama mak.

Hari mahkamah jatuhkan talaq, Kaklong (kakak iparku) peluk erat aku, dia cakap dia sayang Abanglong ku dunia akhirat, dia sayang abah tapi dia tak sanggup untuk hidup jadi hamba mak mertua.

Mak aku ni jenis tak banyak cakap sangat, dia hanya biarkan semua berselerak, bila masak mak akan biarkan semua kuali periuk belanga.

Itu belum kira kulit bawang yang bersepah sana sini bila mak masuk dapur. Dengan harapan Kaklong atau Abanglong akan mencuci dan mengemas semua benda.

Aku kini dilema, suamiku sudah mula pulang lewat ke rumah dan awal pagi sudah keluar. Hujung minggu, suamiku akan pulang ke Shah Alam rumah papa mamanya.

Aku ditinggalkan sendirian dengan anak kecilku. Aku juga kena kemas, masak dan sebagainya. Aku jadi sangat sangat tertekan dan tak tau nak mengadu pada siapa.

Abanglongku sejak ditinggalkan Kaklong dan anak anak, dia membawa diri ke Singapura bekerja di sana. Kenapa semua ini berlaku lagi teruk lepas mak pencen?

Aku sayangkan suami ku sangat baik, aku tak akan jumpa mana mana lelaki atau menantu yang baik untuk mak lagi. Tapi mak aku pula begitu perangainya.

Aku rasa nak menjerit dan nak keluar dari rumah aku tu, tinggalkan mak ngan abah biar diaorang survive sendiri.