Tak sanggup hilang anak, aku berpura-pura jadi wali walaupun aku tahu salah dalam agama

Ceritanya begini, apabila dengan mudahnya ber BINTI kan bapa bi0logi (bukan bapa kandung yang sah), secara tak langsung telah mengaburi status anak tersebut sebagai anak tak sah taraf menjadi anak sah taraf.

Kesannya apabila si bapa berani hendak menanggung dosa untuk menjadi wali kepada anak tersebut sedangkan dia tahu bahawa dia tidak layak menjadi wali walaupun berjaya memBINTIkan dirinya sendiri.

Al-kisahnya ada sebuah kampung di dalam negara kita, hendak melangsungkan perkahwinan antara dua adik beradik ini iaitu kakak dan adik lelaki.

Semasa sedang membuat persiapan perkahwinan, dipendekkan cerita ada seorang penduduk kampung bertanya kepada nenek dua adik beradik yang hendak berkahwin ini dengan soalan berikut,

“Eh nanti siapa jadi wali kepada anak si Abu (bukan nama sebenar)?” .. Nenek mendiamkan diri dan tidak menjawab pun soalan tersebut.

Kebetulan pula semasa soalan diajukan kepada nenek, adik kepada dua adik beradik yang hendak berkahwin tersebut terdengar perbualan mereka lalu meragui soalan tersebut dan terfikir apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh makcik tersebut.

Apakah benar kakaknya “anak angkat”? itu sahaja yang mampu difikirkan..

Adik tersebut cuba bertanya kepada mak long mereka iaitu kakak kepada ibu kandung dua adik beradik yang hendak berkahwin nanti dengan soalan,

“Kenapa makcik Senah tadi tanya soalan tentang wali ya? Sedangkan abah masih ada, mestilah abah yang akan menjadi wali kepada kakak nanti”..

Untuk pengetahuan pembaca, ibu kandung dua adik beradik itu telah meninggal dunia pada 10 tahun lalu. Mak Long terus mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan tersebut. Bertambah bingunglah si adik ini apabila sudah dua orang mendiamkan diri dengan soalan begitu.

Dengan tidak berputus asa, adik tersebut cuba bertanya pula kepada datuk mereka berkenaan dengan wali, tetapi datuk mereka hanya membalas “jangan masuk campur urusan orang tua, ini hal abah kamu”..

Pada keesokkan paginya, kecoh di luar rumah apabila bapa bi0logy (bukan bapa kandung) itu mengamuk kepada orang kampung semua,

Apabila terus langsung bercerita hal perwalian keluarga mereka menyebabkan kakak yang hendak berkahwin ini telah mengetahui bahawa dia sepatutnya bernikah dengan menggunakan wali hakim dan tidak sah jika menggunakan wali bapanya kini.

Kakak dengan lebih yakin lagi apabila bapa saudara sebelah bapanya berceritakan kejadian sebenar apa yang telah berlaku pada 24 tahun yang lalu.

Bapa saudara tidak mahu bersubahat dengan mengiakan sahaja apabila bapa bi0logy tersebut menjadi wali. Setelah itu, Kakak tersebut pergi berurusan semula dengan pihak pejabat agama tentang borang pernikahannya.

Malangnya memang tidak boleh diproses (KIV) disebabkan isu keraguan sijil lahir,

Dan sijil pernikahan ibu bapanya yang mengatakan kakak perlu berurusan pula dengan pihak mahkamah syariah untuk mendapat kebenaran menggunakan wali hakim disebabkan status anak tak sah taraf.

Apabila pulang ke rumah, kakak lalu menangis kenapa bapanya sanggup menyembunyikan statusnya sedangkan dia tidak tahu langsung bahawa dia anak tak sah taraf.

Dan dia malu dengan keluarga bakal suaminya, bagaimana hendak menjawab isu ini dengan bakal mentuanya.

Kakak berasa bingung dan malu untuk berhadapan dengan bakal suami, orang kampung dan kawan kawan apabila kenduri hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi.

Bapa tersebut masih mengamuk sekeliling kampung dengan mengulang ulang percakapan,

“AKU SANGGUP TANGGUNG DOSA DUNIA AKHIRAT DENGAN MENJADI WALI DARIPADA AKU KEHILANGAN ANAK AKU. ORANG KAMPUNG JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN NIKAH ANAK AKU! ”..

Kesimpulannya di sini sahabat saya, berterus teranglah kepada anak anak berkenaan dengan status anak anak tersebut.

Janganlah menunggu sehingga sampai waktu diperlukan, baru hendak berterus terang. Pada waktu itu, anda sudah terlambat. Pentingkan HUKUM.

Matlamat tidak menghalalkan cara apabila kita cuba menyembunyikan hal yang sebenarnya dengan alasan “hendak menutup malu” sedangkan hukum perwalian bukan perkara REMEH DAN ANAK WAJIB TAHU STATUS MASING MASING.

Semoga menjadi ikhtibar kepada sahabat semua.