Hati aku hancur bila dpt tahu mak terkantoi sebab aku pandang tinggi pada mak.

Aku anak tengah dari lima beradik, dalam perjalanan nak kahwin tak lama lagi. Aku masih lagi tinggal dengan parents bersama adik aku sorang sebab kami berdua bekerja berdekatan dengan rumah family.

Adik aku baru awal 20an, masih berperangai remaja, hidup dia adalah dengan kawan kawan kebanyakkannya.

Luahan ni berkisar tentang mak aku. Mak yang aku sayang sepenuh hati, mak yang aku sangat hormati. Mak yang aku sanggup buat apa je untuk dia bahagia. Mak permaisuri hati kami.

Kami sekeluarga asal dari hidup yang susah, berpindah randah. Adik beradik pernah dipisahkan sementara sebab parents aku terlampau susah untuk tanggung kami waktu itu.

Beberapa orang terpaksa dihantar untuk tinggal dengan saudara mara yang lain selama beberapa bulan.

Mungkin disebabkan perpisahan sementara itu kami adik beradik jadi tak rapat. Handphone pun kami tak ada untuk bertanya khabar masing masing sepanjang dipisahkan.

Saudara mara yang menjaga kebanyakkan melayan kami macam orang gaji je di rumah mereka. Yelah mereka terpaksa jaga anak orang kan, kami faham walaupun masih kecil.

Bila keadaan dah stabil kami dikumpulkan semula tapi hubungan dah tak seperti dulu sebab masing masing melalui kepedihan hidup menumpang. Adik aku rasa mak dan ayah dah tak sayang kami sebab itu kami dihantar rumah orang.

Abang kakak aku sejak balik mereka dah tak bergurau senda dengan kami adik beradik, lebih banyak menyendiri terutama abang aku.

Menjelang dewasa, abang dan kakak masing masing sudah berkahwin dah beranak pinak dah. Alhamdulillah walaupun sederhana, aku nampak mereka bahagia.

Aku yang tengah masih dirumah. Adik aku sorang penjawat awam posting di utara, dan adik bongsu sudah bekerja di syarikat tempatan.

Dipendekan cerita tentang family aku, kami tak rapat seperti family family lain. Mak dengan ayah aku pun kadang kadang baru bercakap dengan kami sebab mereka busy cari rezeki.

Jadi kami memang banyak habiskan masa dengan aktiviti sendiri. Aku teringin nak jadi macam family orang lain, rapat boleh bergurau senda. Tapi ujian yang tuhan bagi adalah ini, dan aku pasrah seadanya.

Berbalik tentang mak aku, mak dan ayah sudah mencecah 50an. Mak aku kalau nak describe adalah orang yang sangat kuat, dialah idola aku. Aku sanjung tinggi mak aku selama ni.

Ayah pula jenis cepat berputus asa. Kalau tak sebab mak mungkin sekarang kami masih ditakuk kemiskinan.

Mak lah yang banyak berkorban untuk ubah hidup kami. Aku berazam bila aku banyak duit simpanan nanti aku nak bawak mak jalan jalan luar negara, sebab itu impian mak dari dulu.

Tapi tulah, Allah tak habis lagi uji keluarga aku. Satu hari aku nampak mak berbual manja dalam handphone dengan seseorang. For sure bukan ayah sebab ayah aku sedang solat waktu tu. Aku dah tak sedap duduk.

Lama lama aku mula mengesyaki mak ada hubungan lain, sebab perilaku mak berubah banyak.

Dan takdir tuhan, Allah nak tunjuk kebenaran, aku ternampak WhatsApp mak dengan lelaki lain bersayang sayang. Allah, jantung aku bagai nak luruh waktu tu.

Aku sayang sangat dekat mak, aku pandang tinggi dekat mak. Bila benda ni jadi hati aku hancur yang teramat sangat.

Menangis aku malam tu mengadu dengan Tuhan kenapa aku diuji sebegini. Aku sedih sampai sesak nafas, menggigil gigil badan. Mungkin kerana aku terlampau terkejut.

Dan aku sorang je yang tahu hal ni, esoknya aku confront mak aku. Mak aku mula deny apa yang aku cakap sampai aku tunjuk bukti.

Sepanjang aku confront aku tak boleh tahan air mata, berjujur jujur menangis macam budak kecik. Tapi mak aku, diam je.

Bila aku dah tunjuk bukti dia diam. Sikit pun dia tak sedih tengok aku yang dah separuh nyawa menangis.

Lepastu ayah aku pulak, dia kata dia dah lama syak ada something yang mak sorokkan. Tapi ayah aku jenis passive tak suka bergaduh. Dia maafkan mak.

Hal ni cuma aku mak dan ayah je yang tahu. Aku cuba sorok dari adik beradik yang lain sebab tak nak mereka pandang rendah dekat mak, demi menjaga aib mak.

Tiap malam aku menangis dekat sejadah. Hari hari aku tanya tuhan tak cukup ke ujian aku dari kecik sampai besar. Bertalu talu ujian datang.

Aku bila mak aku kantoi aku jadi hilang arah.

Mak aku minta maaf, dia kata dia dah tak buat lagi. Susah sangat untuk aku percaya, tapi rasa sayang tu lagi tinggi untuk dia.

Mak yang aku sayang. Aku cuba fahami mak, mungkin dia sunyi. Ayah banyak habiskan masa dengan hal dia. Kami anak anak ramai bekerja jauh.

Aku kerja kilang balik malam penat terus tidur, adik aku suka melepak dari balik rumah. Mak aku sunyi. Dikala sunyi la syaiitan datang berbisik.

Aku maafkan mak, aku cuba luangkan masa dengan mak tapi urusan kerja tak mengizinkan kadang kadang. Mak tone down main handphone.

Aku pun dah mula capai ketenangan aku. Tapi Allah maha besar. Tiba tiba selepas beberapa bulan kejadian tu berlaku mak kantoi lagi.

Kali ni kawan aku sendiri nampak mak berjalan dengan lelaki lain dekat pasar. Allah Allah Allah, tak tahu nak cerita betapa hancur leburnya hati aku.

Aku confront mak lagi, mak taknak mengaku. Aku bincang dengan ayah. Jawapan ayah aku sama mengecewakan. Ayah seolah membiarkan je benda tu sebab dah tak mampu nak halang.

Ayah aku memang bukan orang yang garang. Yang rosak aku, aku terlampau sedih sampai demam. Kepala aku hari hari migraine. Aku dah kurang makan, kerja aku merundum tunggu masa nak kena buang je.

Allah apa ujian ini. Mak tak kesian ke tengok aku. Hari hari aku doa dekat Tuhan, tarik lah ujian ini. Hari hari aku sedih sampai rasa nak mati. Aku lebih rela mati.

Wahai pembaca, tolong aku. Macam mana nak buat. Aku tak boleh bagitahu adik beradik yang lain. Mereka masih menghormati mak dan aku taknak perkara itu berubah.

Aku dah tak boleh nak marah mak. Mak dah bukan mak yang dulu, sekarang hidup mak hanya handphone. Aku rindu mak aku, aku yang berdosa terlampau kejar dunia sampai abaikan mak aku.