Dari luaran kami berbeza, aku pakai baju kurung, jubah kadang kemeja dan seluar je. Aiza lain pula

Kisah ini tentang sahabat baik yang aku namakan sebagai Aiza. Aku kenal Aiza pada tahun 2007 ketika bekerja bersama di Desa Sri Hartamas.

Jika dilihat pada luaran, kami berdua sangat berbeza. Seperti langit dan bumi. Aku adalah tipikal staf Melayu yang simple, bermake-up nipis dan berpakaian menutup aurat.

Pakaian pejabatku selalunya baju kurung, jubah, atau kemeja dan berseluar panjang. Aiza pula seorang yang cantik.

Neneknya Melayu dan datuknya India. Ibunya pula campuran Cina. Jadi korang boleh bayangkan kecantikan eks0tik yang Aiza miliki. Seperti ratu cantik Venezuela. Aiza ni juga seorang yang suka bersiap.

Rambutnya lurus dan panjang, berlipstik merah lengkap berbulu mata panjang dan sentiasa bermedi pedi (medicure dan pedicure).

Pakaian kerja pula ialah skirt pendek potongan pensil dan kemeja panjang yang dilipat hingga ke siku.

Penampilan itu sesuai juga dengan personalitinya yang ramah dan mesra dengan sesiapa sahaja.

Dipendekkan cerita, aku dan Aiza akhirnya menjadi kawan baik. Kami breakfast dan lunch bersama setiap hari.

Sebab masing masing nak jaga badan taknak gemuk, kami akan makan setengah jam dan habiskan masa setengah jam lagi dengan berjalan jalan di sekitar Desa Sri Hartamas.

Biasanya semasa kami berjalan jalan, orang yang berselisih (selalunya lelaki) akan merenung atau menoleh berkali kali ke arah Aiza. Aku yang berjalan di sebelah dia pun rasa bangga ada kawan cantik.

Walaupun berumur 40-an, Allah beri rupanya seperti 20-an. Cantik dan awet muda. Aku yang tengok Aiza tiap tiap hari pun terpesona, apa lagi orang lain.

Tapi Aiza ni orangnya peramah. Kalau orang tengok atau tenung dia, selamba je dia kata “hai” sambil senyum lebar dan angkat tangan. Mana lah tak seronok orang tu. Berjalan sampai terteleng teleng kepala.

Aiza kata apalah salahnya bagi orang tu happy. Kan dapat pahala. Heeeee aku senyum saja lah nak kata apa.

Masa ni Aiza baru bercerrai setelah berkahwin hampir 20 tahun. Anak anak 3 orang semuanya perempuan bersekolah menengah, dan duduk dengan bekas suami.

Kenapa dan mengapa, jangan lah ditanya di sini. Sebab bagi aku, itu keputusan peribadi suami isteri.

Pasti itu yang terbaik untuk mereka. Selepas bercerrai Aiza selalu berkongsi kesepian hidupnya terutama ketika pulang ke rumah.

Dia kata pada waktu malam ketika terbaring memandang siling, dia selalu meratap ya tuhan…ya tuhan….

sambil memikirkan bila dia nak mati. Aiza juga risau dia akan maati sendirian. Jadi sebagai sahabat, aku pun betulkan supaya panggil nama Allah, bukan tuhan.

Allah pasti akan bantu mengisi kekosongan jiwa. Aku juga bergurau mengatakan, “Takpe Aiza, bila U rasa nak maati nanti, U call I. Nanti I datang ajar syahadah.”

Kami ketawa memandangkan jarak rumah kami agak berdekatan. Kadang kadang Aiza mengadu yang dia takde rasa nikmat hidup.

Semua kosong. Makan takde rasa, kerja takde rasa, berMua-Thai takde rasa. Aiza kata kan bagus kalau rasa ‘high’…. Macam ambil ddah. Stim je mata. Dan kami pun ketawa.

Aku pun sambung, “kalau nak m0rfin murah elok cari kat hospital. Minta nurse cucuk sekali, lepas tu stim. Haaa free you!” Ketawa lagi.

Untuk pengetahuan, Aiza ni bukan lah jahil dalam agama. Dia adalah lulusan UIA dan juga bertudung ketika ke kuliyah.