Ibu kerap sangat suruh layan tetamu terutam pakcik-pakcik tu. Aku dah tak tahan sampai aku hamun ibu aku dekat situ juga

Aku Suhaida. Umur 35 tahun. Berkahwin anak 1. Bekerja sebagai kerani pejabat guaman di Selayang.

Seorang socially awkward, tak pandai bergaul dan tak pandai bersembang. Depan orang pandai “oooo” dan sengih sengih je.

Malam minggu dua minggu yang lalu, aku bergaduh dengan ibu. Dan hingga ke hari ini aku masih tak boleh tidur malam. Aku rasa bersalah.

Rasa bersalah yang takkan padam sampai bila bila. Untuk pertama kali aku tengking tengking ibu dengan suara tinggi setelah diprovokasi.

Aku yang ibarat retak menanti belah, dah lama pendam amarah atas sikap ibu yang suka berat sebelah.

Tiap kali gaduh dengan adik especially adik lelaki, memang aku je lah yang salah tak kira lah siapa yang mulakan pun.

Dan ibu kerap kali paksa aku untuk layan tetamu yang aku tak suka iaitu pak cik N dan pak cik A.

Dua dua makhluk ni aku tak suka nak bertembung tiap kali mereka datang rumah, aku akan lepak je dalam bilik

Aku ada sebab tersendiri. Ada sebab aku tak suka dua orang tu. Tak payah paksa paksa lagi.

Tapi ibu asik provoke katanya sikap aku teruk dan perangai tak elok. Aku hangin betul. Sepatutnya aku tak payah hangin sangat tapi aku betul betul trigger malam tu.

Aku ni hodoh. Aku ingat lagi kecik kecik dulu, bila ada tetamu datang, aku akan keluar duduk tepi tersengih sengih macam kerang busuk sebab suka orang datang, suka orang nampak kewujudan aku. Suka orang pandang aku dengan senyuman.

Sebab dah lama rasanya takda orang senyum dengan aku. Dalam rumah tu semua muka macam singa nak makan orang. Aku bahagia kalau orang datang. Aku nak show off, hey its me, im exist! Hello?

Tapi lepas je tetamu balik, aku selalu dihambur ibu, “ko mengada kan, tiap kali orang datang, sebok nak tunjuk muka. Kalau muka lawa takpe jugak, muka macam beruk”.

Ataupun tak sempat tetamu balik ibu akan bisik dekat aku, “ko tunggu la orang balik nanti tau la nasib kau”. Sambil jegil mata.

Sampai sekarang aku ingat. Kena hambur sekali dua aku masih degil. Sebab cepat lupa dan tak faham sangat.

Aku anggap itu biasa sebab ibu marah marah memang suka memaki. Jadi aku tetap tadah muka tiap kali tetamu datang.

Tapi semakin meningkat dewasa, aku percaya yang aku beruk, dan sepatutnya menyorok saja kalau orang datang.

Sejak dari itu kalau nak hantar minuman ke ruang tamu pun, aku akan hantar sampai tangga dapur je dan pass kat orang lain.

Aku kan beruk? — Jadi kenapa ibu marah sangat aku tak tunjuk muka sekarang ni bila tetamu datang lagi lagi pakcik dua ekor tu?

Fast forward, aku masuk asrama, masuk matrik, masuk U, kerja dan berkahwin. Aku kahwin agak lambat.

Ye lah, beruk kan? Susah cari jodoh. Sekarang alhamdulillah dapat suami soft dan penyayang.

Berbalik kepada malam tu, suami aku kata pertama kali sejak kawen dia nampak aku naik angin, naik suara gegak gempita macam nak runtuh rumah ibu aku.

Aku lepaskan perasaan yang aku pendam bertahun tahun.

Aku terlupa sekejap yang didepan aku ni, ibu… bukan kawan kawan…

Aku terlupa syurga aku ada padanya. Aku terlampau marah. Aku dah banyak bersabar. Aku dah banyak makan hati.

“Orang lain punya susah je nak kira? Habis Ida punya susah ada orang lain tanya????!!! Korang je ke yang ada perasaan???!!! Ida ni apa??!! Kayu ke, batu ke, takde perasaan ke???!!!” —

Antara kata kata yang aku tengkingkan. Aku jerit sekuat hati macam orang histeria. Ada banyak lagi yang aku hamburkan tapi aku macam tak dapat ingat semua. Bila aku sedar je aku dah naik atas sambil suami tepuk tepuk belakang aku.

Yang aku rasa, penyesalan sebab meninggi suara. Tapi ada juga sikit rasa lega, apa yang aku simpan, dapat jua aku luah, walaupun cara luah aku salah. Tapi aku tetap tak sedap hati, hingga lah ke hari ini.

Kalau lah, aku sabar sikit je lagi malam tu, tentu semua ni tak perlu terjadi. Aku boleh terus jadi beruk yang menyorok dan melarikan diri, agar syurga aku tidak terluka demikian rupa. Kenapa lah aku tak sabar? Selama ni lebih 30 tahun aku mampu je sabar.

Lepas tu ibu masuk bilik. Aku tahu dia menangis. Aku pulak dah kekeringan air mata. Hidup aku penuh ranjau dari usia muda jadi aku dah banyak menangis.

Malam tu aku tak menangis langsung cuma rasa ringan dalam dada ibarat satu batu besar aku berjaya alihkan dari menghempap dada.

Tapi tidak bagi ibuku. Hari ahad tu kami nak balik, dia dah tak hantar kami ke depan pintu seperti kebiasaan. Malah nak salam pun dia tak mau angkat tangan.

Bila balik ke KL, hingga hari ni aku tak mampu tidur malam mengenangkan ibu yang terluka dengan kata kata aku malam tu.

Aku cakap dengan suami, aku dah jadi anak derhaka. Beruk buruk ni dah dijamin neraka.

Suami peluk aku erat erat, dia pesan, “Jangan risau sayang syurga awak sekarang pada abang dan abang redha seredha redhanya dengan awak dunia dan akhirat” – malam tu baru aku menangis teresak esak. Setelah sekian lama air mata tak gugur…

Buat ibu,

Aku dah cuba jadi anak yang baik. Aku dah cuba sehabis baik. Aku nak layan ibu sebaikk mungkin.

Tapi aku dah tak tertanggung segala tohmahan dan kesilapan yang tertuju hanya pada aku sorang. Tak kira betapa aku mencuba, adik adik jugak yang sentiasa betul di mata ibu.

Aku cuba abaikan dan maafkan seperti pesan suamiku selalu, “maafkan masa lalumu… maafkan masa lalumu”.

Aku cuba bu… Tapi aku kalah bila diprovok.. Aku kalah bila dituding tunding jari ke arah aku bertali arus…

Paling aku marah, adik yang cari pasal dengan aku. Hantar wasap kurang ajar, dan bila aku balas kurang ajar jugak, adik bagitau ibu yang aku ni biadap. Dan ibu sebelahkan adik, tanpa tanya aku apa sebenarnya yang jadi..

Bukan sekali dua macam ni, selalu. Tiap kali macam tu lah endingnya. Aku penat bu, penat… aku balik, bagi wang belanja, nak tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak je…

Kenapa ibu perlu complicatedkan keadaan ni. Kenapa ibu nak uji hati yang dah lama tahan sabar ni..

kenapa ibu nak uji anak beruk ibu yang buruk ni? Sampai bila baru ibu puas hati? Sampai anak perempuan buruk ni masuk neraka ke ibu? Macam tu ke?

Buat ibu ibu di luar sana,

Mudahkan lah urusan anak anakmu yang nak berbakti. Jangan ditambah bara yang tersimpan.

Kalau kau memang tak mampu sayang anak berukmu yang sorang itu, jangan lah ditambah derita dia.

Dia pun banyak masalah hidup cuma dia tak semurah adik lelaki yang lembik semua benda nak cerita. Kalau ceritanya betul tak apa juga..

Buat pembaca,

Doakan ibu saya sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan hidup bahagia hingga akhir hayat dengan anak anak yang dia sayang… aamiin.. dengan ini baru lah saya lega untuk bawa diri jauh jauh selepas ini…

Saya luahkan kat sini bukan nak minta simpati suka suka nak adu domba, tapi saya nak lepaskan beban di dada…

Saya dah minta maaf dengan ibu sebelum balik, tapi saya kenal ibu saya macam mana..

Dia keras hati, kuat berdendam dan tak kan semudah itu maafkan saya… Begitupun, saya dah maafkan semua orang, dan saya harap pembaca tolong doakan ibu saya lembut hati untuk maafkan saya anaknya ini dari sejak lahir hingga ke hari ini.

(Tolong gais). Saya tahu saya juga banyak salah silap. Saya jauh dari sempurna. Dan saya boleh faham tak semua orang akan suka kita walaupun ibu sendiri.

Saya akan berhenti membeli jiwa, berhenti ambil hati, dan saya akan hentikan semua usaha saya sebab saya tahu, kalau dah tak suka, buat apa pun tetap tak suka..

Ibu saya baik, ramah dan penyayang je. Cuma maybe sebab saya beruk, jadi dia tak mampu sayang saya.

Ibu saya tak salah. Saya yang salah kerana mahu lahir ke dunia (saya dengar ceramah dr zakir naik yang setiap roh sebelum lahir ada dialog dengan Allah swt dan telah ditanya samaada kita betul betul mahu lahir ke dunia sebagai manusia? Dan kita setuju sebab itu kita semua ada didunia ini hari ini)

Maybe ibu saya pun dah lama tahan malu dengan rupa dan sikap ke-berukan saya selama berpuluh tahun ni.

Semoga Allah lepaskan ikatan kami berdua didunia ini dengan mengambil nyawa saya secepat mungkin, dan semoga Allah sentiasa bahagiakan ibu saya dunia akhirat.

Walaupun saya beruk, saya bersyukur ibu ayah masih sudi membesarkan saya dan memberi pendidikan pada saya. Saya dapat berdikari hari ini pun kerana ibu ayah. Itu tak mungkin saya dapat lupa.

Saya juga doakan pembaca semua tak hadapi seperti mana beruk ini lalui selama ini… saya minta maaf yang khilaf semua dar isaya…