Tgh mengandung suami cubit aku dekat hospital sbb tak boleh brsalin secara normal

Hi semua. Aku Bunga, berumur akhir 30 an, seorang suri rumah tangga sepenuh masa, tiada pendapatan dan tiada perniagaan online. Hanya menanti KWSP.

Aku sudah berkahwin hampir 5 tahun, sepanjang 5 tahun, Alhamdulillah semua cukup, makan dan pakai. Suami rajin bekerja 24/7. Oh lupa, kami ada anak lelaki seorang.

Berbalik pada tajuk, suami suka mencarut, dia suka mencarut kat aku. Kalau dia marah mesti si4l b4bi anjing cel4ka perempuan tak kenang budi.

Kadang kadang hal kecil pun boleh menyebabkan dia mencarut. Yang peliknya dengan aku saja, orang lain tak. serius.

Kalau dia berkumpul dengan adik adik abang dan kakak, kalau dorang gurau kasar macam mana pun. Paling jahat babi saja aku dengar, sambil gelak. Tapi kalau aku, sikit saja aku merajuk,

Contoh: “dah lah, takde selera la, abang habiskan lah makanan ni”

Berdesup, “eh b4bi si4l la kau ni”

Sedih, sedih sangat….

Dia sebelum aku kahwin dia cuma kawan biasa. Karakter dia sangat sangat la baik, pijak semut tak mati.

Sampai aku pun setuju bila dia ajak kahwin walaupun kami cuma kawan saja sebelum tu.

Aku nak kahwin dengan dia sebab aku rasa dia dengan mak ayah dia sangat la baik tapi lepas saja aku kahwin semua lain. Sangat lain.

Awal aku kahwin, 3 bulan pertama, aku dah kena tumbuk bertalu talu dimuka. Tu belum majlis belah lelaki lagi tau. Sebab jarak majlis lelaki dengan perempuan kita buat 3 bulan kemudian.

Lepas tu dia pernah cekik aku sebab aku tengok hp dia. Memang tak ada perempuan lain tapi dia rasa aku tak percaya dia sebab aku check hp dia. Dan dia sangat sangat marah dan pukul dan cekik aku.

Masa aku pregnant dia pernah cubit aku di hospital sebab aku tak boleh beranak normal, bukan cubit semut tau, cubit sekuat hati dia.

Cubit sorok sebab depan kami ada orang, sampai aku menjerit sakit baru dia lepas.
Masa tu dia tak follow aku masuk bilik pakar O&G. Aku masuk sorang sorang, dia duduk luar. Doktor explain dia tak nak dengar.

Masa aku masuk bilik doktor, doktor dah cuba pusing kedudukan baby, tapi sakit. Sebab kedudukan uri depan kepala baby, kalau paksa boleh jadi bleeding.

Itu yang doktor explain. So aku follow saja dengan saranan doktor untuk pilih tarikh bersalin minggu ke 38. Dia suami aku kata aku mengada ngada tak bersalin normal.

Sekarang episod pukul dah hampir tiada sebab aku da ugut kalau sekali lagi dia pukul, aku akan report polis dan emailkan semua bukti aku kena pukul kat ofis tempat kerja dia supaya dia malu. Sebab kawan kawan ofis dia 3-4 orang kawan kawan sekolah kami.

Bila tiada episod pukul, episod carutan masih ada. Terkadang aku sedih betul la, macam tak berguna bila dipanggil perempuan si4l, baik kau mati cepat, eh b4bi, bla bla bla.

Bukan aku kata aku ni betul sangat, cuma dia akan marah benda yang tak logik, macam aku bergurau main mati lampu,

Ye lah kan kerja 24/7 kadang saja saja nak bergurau, mati hidup balik dalam sesaat macam tu lampu tu mati, dia punya makian melampau lampau. Lepas tu aku da malas nak bergurau.

Tapi dengan orang lain pijak semut pun tak mati. Siap gelak gelak lagi, gurau la kasar macam mana pun.

Dengan orang pengecut, dengan isteri sendiri terlepas semua setan setan dalam diri.

Bukan aku tak nak bercerrai, dia ugut akan ambil anak aku dari aku kalau bercerrai, lagipun dia tahu keluarga aku macam mana, berantakan, anak yatim lagi tak berduit.

Dia rasa dia ada kuasa, duit dan mampu, aku pula suri rumahsaja yang poket kosong keluarga porak peranda.

Kalau nak kecam boleh tapi sikit sikit saja la ye, sebab dah la aku ni asyik kena maki dengan suami.

Aku menulis untuk keluarkan rasa yang aku pendam sendiri. Nak share dengan siapa pun aku tak tahu kadang aku menangis saja sebab itu saja yang aku boleh buat, cuma hari ni aku nak luah versi tulisan.