Aku kadang tersepit sebab ibu selalu ingatkan jangan kedekut. Ibu kata dia selalu bg nenek RM50

Ceritanya macam ni, In Shaa Allah kalau ada rezeki Allah nak bagi mungkin awal tahun depan aku dah start kerja sebab surat lantikan dah dapat cuma penempatan tu tak tahu kat mana.

Of courselah excited kan, banyak benda nak dicapai terutama gembirakan parents, beli itu ini untuk mereka. Mereka pun mesti excited nak merasa gaji anak pertama dorang ni.

Cuma yang menjadi konflik kat otak aku sekarang ni bila mak aku ada mention pasal suruh buat loan untuk habiskan bayar bangunan kedai yang dia beli.

Dulu mak aku ada business tapi tulah business kan ada pasang surut so sekarang agak sesak juga nak habiskan bayar kedai tu bulan bulan.

Mak aku memang nak jual kedai tu cuma ayah aku pula cakap sayang kalau nak jual sebab mak aku dah bayar deposit kedai tu quite high which was RM200k macam tu.

Dan bukan senang nak beli kedai, who knows maybe in future kedai tu boleh digunakan untuk business.

Aku bukan nak kedekut dengan parents tapi let say kalau aku buat loan juga, bayaran bulanan kedai tu makan separuh gaji aku.

Yang lucunya mak aku cuba sedapkan hati aku dengan kata, “kalau kau sewa RM1600, sebulan bayar bank RM1300 lagi RM300 kau ambil lah.

Untung tu, banyak mau sewa kedai tu.” dengan yakinnya mak aku cuba influence aku hahaha.

Aku tahu aku ni jenis patuh arahan parents ibarat robot yang ada controller tu tapi aku tak lah bdoh sangat (tersengih).

Dari mak aku beli kedai tu sampai sekarang lagi lagi PKP ni, belum ada lagi yang pernah sewa kedai tu. Kedai tu kosong (facepalm).

So macam mana aku nak ambil risiko nak buat loan yang besar tu? (nak nangis). Dahlah aku baru nak start kerja.

Aku nak beli kereta pun ingat nak ambil axia je sebab bulanan and maintenance murah (walaupun aku mampu ambik si H ibarat suggestion ayah aku), Tapi aku tak suka ada bebanan hutang yang besar.

Aku tak suka duit aku dihabiskan untuk kebendaan yang aku rasa benda tu tak penting untuk aku.

Like axia dengan honda, dua dua sama je function boleh berjalan cuma maybe in terms of cc and safety aspects memang honda la menang cuma aku bukan jenis suka drive laju laju jadi honda tu nantilah kalau gaji aku dah RM5k above ke.

So kalau kereta pun aku berkira nak bayar yang tinggi, apatah lagi loan untuk kedai yang tak tahu future nya (penat). Kalau loan tu RM200-RM300+ ke tak kisah juga cuma it’s RM1300 (nangis dalam kesepian).

Aku betul betul tersepit sebab parents aku keep reminding, “jangan kedekut dengan ibu bapa, dulu kami pun bagi atuk nenek duit tiap bulan biar RM50, janji ada. Tengok rezeki kami tidak pernah kurang. Sentiasa cukup.”

Aku tak kisah tau kalau gaji aku level pengarah tapi ni aku baru nak start. It’s like RM3k+ maybe… Kedai pun takda orang sewa lagi.

Adakah aku berkira sangat dengan parents aku? And takkan loan tu je aku nak spend untuk dorang?

Mestilah duit poket ke apa aku kena bagi juga. Dah kalau tinggal separuh gaji aku apa aku nak bagi, nak survive lol.

Yes, I know aku boleh je terus terang cakap AKU TAK NAK. Tapi kan seandainyalah dialog itu mampu diungkap semudah macam dalam drama, tapi hakikatnya rasa bersalah tu terasa sangat sangat di dada.

Yelah, aku berjaya sampai dapat kerja ni pun semua jasa mak ayah. Bukan aku besar besar macam tu je. Benda ni complex sebenarnya seolah olah kau nak tarik rambut dalam tepung.

Jadikan, korang ada suggestion tak macam mana, “nak tarik rambut tu tapi tak nak tepung berselerak juga”? Aku nak happykan dorang tapi bukan cara macam ni.

Tapi aku risau juga kalau aku tolak nanti dorang dah tak ikhlas nak terima pemberian aku yang lain.

Pasal parents aku ni, aku faham mungkin dorang prefer “kebendaan” ni sebab masa kecil dorang orang susah. Jadi sekarang they really treasure it.

So tu jelah citernya. Hopefully korang boleh bagi suggestion and terima kasih sudi baca.