Saya hampir-hampir meroyan masa brpantang. Sbb kesian suami aku bagi pinjam 40k

Aku berusia 28 tahun. Baru setahun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 5 bulan.

Nak dijadikan cerita, sebelum dan semasa aku mengandung, kehidupan aku dan suami agak bahagia, masih bulan madu. Suami ada business sendiri, dan aku pula kerja swasta dengan tangga gaji yang agak selesa untuk mulakan hidup bekeluarga.

Namun, dugaan mula datang masa aku nak melahirkan anak. Rupa rupanya selama aku sarat mengandung, business suami aku tak berapa nak baik. Dia ditipu oleh pekerja dia sendiri dan kerugian beratus ribu RM.

Aku dapat tahu hal ini pada malam sebelum aku nak beranak. Alasan suami taknak bagi aku risau dan jejaskan kandungan aku. Fine. Aku terima.

Masa berpantang pada awal 2 minggu, kami sangat sangat stress. Disebabkan husband kerugian banyak, jadi dia tak dapat bayar gaji pekerja pekerja dia. Dan hampir setiap masa handphone dia berbunyi setiap minit orang call nak minta gaji, duit dan supplier minta bayar hutang.

Aku hampir meroyan masa berpantang disebabkan benda ni. Aku kesiankan suami jadi aku pinjamkan dia rm 40k untuk bayar hutang. Aku gadaikan barang kemas hantaran aku semua juga.

Sedih, memang sedih. Tapi itu pun tak cukup nak bayar hutang. Rupanya makin bertambah tambah hutang.

Sekarang husband dah stop buat business. Masih terkapai kapai mencari duit nak bayar hutang hampir setengah juta. Nafkah berbulan tak berbayar, sampaikan aku paksa dia bagi, sebab itu kan wajib? Aku cakap, bagi rm10 pun cukup asalkan dia lepas tanggungjawab dia.

Mujur aku work from home. Dapat jimat duit nak pergi kerja. Dan dapat jaga anak sambil bekerja.

Tapi masalah besar yang lain pula, husband aku ni seorang yang PEMALAS. Dia cuma tahu mandikan anak dan jaga anak sekejap je. Masa lain sibuk nak main game. Disebabkan ini, kami bergaduh banyak kali.

Aku rasa dia sangat useless sebab gaji aku bekerja 3/4 untuk bayar komitmen, bil bil semua. Aku macam bela biawak hidup. Aku boleh hidup tanpa dia sebenarnya.

Kalau aku tak masak sebab betul betul sibuk bekerja, memang tak ada dia nak masuk dapur masak lah jawabnya. Dia sanggup tahan lapar.

Sambil bekerja dari rumah, terpaksa aku curi masa bekerja dan terkejar kejar nak masak apa semua. Kerja rumah yang lain, tunggu aku bising membebel, baru terhegeh nak buat.

Aku penat nak membebel. Takkan semua benda aku nak suruh baru buat?

Aku sibuk bekerja dari pukul 9 pagi – 6 petang, kadang kerja sampai ke malam, walaupun work from home. In between, aku kena menyusu badan untuk anak lagi. Itu belum masuk anak meragam dan menangis.

Dah pernah slow talk – harsh talk dengan husband. Aku explain aku penat dengan perangai pemalas dia ni. Tapi masih, tiada common sense.

Rumah bersepah, pinggan cawan tak basuh, sampah merata tak buang. Penat bekerja, sakit mata tengok rumah semak. Penat, tau penat?

Aku seriously penat nak nasihat suami aku sendiri. Banyak kali bergaduh benda benda remeh. Aku siap suruh dia cerraikan aku, banyak kali dah. Punca sebab dia PEMALAS. Ya, PEMALAS ya.

Aku perasan, family dia memang pemalas juga. Lepas makan, masing masing cuma letak pinggan dekat sinki. Tunggu orang gaji basuh. Kalau makan, orang gaji kena siap hidangkan, mereka cuma duduk dan makan dan basuh tangan saja.

Itu belum bab basuh dan lipat baju. Kemas katil, vacuum rumah, buang sampah. Memang takkan buat sendiri kalau tak bersuruh.

Tapi lantaklah, tu family dia kan. Masalahnya sekarang ni suami aku bukan duduk dengan family dia. Aku ni ada anak kecil, takkan nak membebel setiap masa.

Aku penat. Burned out. Sangat stress. Aku nak keluar rumah bawa lari anak aku.

Dengan duit tak cukup, lepas tu husband nak berlagak jadi king. Aku lah ibu, aku lah maid, akulah banker, aku lah tukang baiki kalau barang rosak. Semua AKU LAH.

Aku harap ibu ibu yang ada anak lelaki, tolonglah didik anak anak lelaki kalian menjadi anak yang rajin. Jangan dah besar nanti tahu menyusahkan isteri saja. Kesian menantu perempuan dan cucu cucu kalian yang bersuamikan atau berbapakan seorang lelaki yang PEMALAS.

Kepada lelaki lelaki kat luar sana, minta tolong, kalau jadi suami jangan jadi PEMALAS sangat. Kalau kau kaya dan mampu gajikan maid, sila teruskan sikap PEMALAS dan bossy.

Kalau setakat tahu menyuruh sana sini, bila isteri minta tolong buat pekak, kau jangan sembang kata isteri suka membebel dan berangan nak kahwin lain. Isteri takkan membebel atau marah marah kalau si suami rajin bantu isteri.

Semoga aku masih dapat bersabar dengan ujian bersuamikan lelaki yang PEMALAS dan dikelilingi hutang. Semoga dia dapat bayar balik hutang hutang dia dekat aku juga.

Sekiranya jodoh kami masih berpanjangan, aku harap suami aku dapat berubah menjadi seorang suami dan ayah yang rajin. Dan semoga aku dapat mendidik anak lelaki aku menjadi seorang manusia yang rajin.

Sekiranya kalian ada tips yang aku dapat amalkan, mohon share sebab aku sebenarnya dah tak larat nak menjadi seorang isteri yang solehah, taat dan hormat kepada suami yang PEMALAS.