Balik rumah mertua. Nurse tegur nape muke pucat dan tekanan drah tinggi, saya pun cerita sambil teresak-esak

Assalamualaikum semua. Saya Mak Cik Kertu dan umur awal 40an. Sekarang tengok ramai yang post pasal d3pression semasa dalam pantang. Terutamanya anak sulung. Pendek kata Mak Cik pun salah seorang darinya.

Masa bersalin anak sulung Mak Cik punya anak ni cucu sulung belah mertua. So jadi macam rebutan nak jaga pantang.

Masa ni suami pujuk suruh pantang dengan mak dia. Hati Mak Cik ni berat betul. Akhirnya Mak Cik buat keputusan ikut cadangan suami. Mak Mak Cik kecik hati betul dengan Mak Cik.

Dipendekkan cerita Mak Cik terus ke rumah mertua lepas keluar hospital. Dua hari pertama okay lagi.

Tapi Mak Cik dah nampak mertua ni sebenarnya tak peduli dengan Mak Cik. Yang dikisahkan hanya cucu sahaja.

Mak Cik tak mandi air herba. Tiada minta tolong suami untuk cari daun herba untuk mandian.

Padahal ada dia tanam pandan kot. Berurut setakat dua hari ja. Paling sadis anak diberi minum air masak.

Lepas tu suami dah masuk kerja. Dia kerja jauh. Luar dari negeri mertua duduk. Sedih sangat masa tu.

Sebabnya kebetulan sebelum suami nak balik ke negeri tempat dia kerja Mak Cik minta hantar balik rumah mak sendiri. Tapi mertua tak bagi. Dia bagi tinggal dua hari ja. Masa ni masih lagi sabar.

Balik dari rumah mak kita yang tak sampai pun 15 minit anak Mak Cik menangis masa tu. Biasalah budak nak tidur.

Mak Cik try bagi susu badan. Boleh dia cakap budak ni sesak nafas bawa pergi hospital cepat. Ayah mertua boleh cakap parents kita tak reti jaga budak.

Masa ni Mak Cik dah meletup. Mak Cik kata la mak Mak Cik dah jaga 5 orang cucu banding diorang. Sapa sebenarnya yang tak reti jaga budak.

Bila bawa pergi hospital tiada pun sesak nafas. Drama saja diorang. Bayang kan hari 5 dalam pantang kita dah basuh baju sendiri ya pakai tangan.

Orang dalam pantang kena rehat kita tak rehat. Makan pulak nasi dengan lauk sejuk yang masak pagi. Cannot brain la.

Memang dia hanya nak cucu bukan menantu. Kemuncak mintak juga dengan suami nak balik rumah mak sendiri lepas kena tinggal dua minggu tu.

Elok lepas anak cucuk sebulan terus balik rumah mak kita. Nurse tegur kenapa muka pucat tekanan drah tinggi. Kita pun menangis ya ya depan nurse. Cite segala mertua buat.

Punca meroyan sebab susu badan kita dia kata tak ada. Pastu bagi anak susu fm sampai anak sembelit.

Boleh pulak dia yang beli fm tanpa bincang dengan kita. Sedih sangat sebab susu banyak kot.

Pastu sepanjang malam tidur anak kita kena rampas. Dia kata cucu nak tidur dengan nenek atuk. Macam mana Mak Cik tak meroyan.

Lepas balik duduk rumah mak kita sambung berurut. Hari hari nangis. Sampai tukang urut tu bagi air penawar untuk hilangkan rasa sedih Mak Cik. Rasa tu berkurang juga tapi benda tu memang Mak Cik tak lupa.

Mak Cik tekad tak mau dah pantang rumah mertua. Mak Cik ada enam orang anak. Yang kedua saja Mak Cik pantang dengan mak sendiri sebab anak kebetulan rapat pulak. Mak kesian dengan Mak Cik.

Jadi untuk yang seterusnya Mak Cik pantang sendiri dan amalkan penjarakan dengan merancang.

Yang lekat anak kedua cepat tu gara gara mertua juga la. Dia kata dekat suami nanti Mak Cik gemuk kalau pakai perancang. Anak jangan rancang rancang.

Nah sekali 3 bulan yang sulung pregnant yang kedua. Meroyan Mak Cik bersambung ya. Sebab emosi masih tak stabil. Hari hari nangis.

Mak Mak Cik marah dah. Dia pesan suruh ambil dah perancang. Nak jadi isteri solehah konon. Sekali suami pun tak ketahuan bila Mak Cik mengandung yang kedua.

Dia dah tak layan Mak Cik macam mengandung anak pertama. Nasib Mak Cik kerja. Apa keinginan Mak Cik pi cari sendiri ataupun dengan kawan.

Masa ni Mak Cik memang dendam dengan suami dan keluarga mertua. Setiap hari lepas solat Mak Cik doa ipar Mak Cik masa tu kebetulan mengandung juga anak dia langsung tak nak susu badan. Biar dia rasa apa Mak Cik rasa masa pantang dengan mak dia.

Cut story Allah perkenankan doa Mak Cik. Effect anak Mak Cik langsung tak suka ayah dia dengan family mertua. Tengok muka pun nangis.

Adik ipar pun anak dia alergiik susu badan. Tak tahu dia makan apa sampai anak dia boleh alergiik susu badan. Lepas tu dia cakap mak dia nak rampas anak dia.

Pengajaran dekat sini yang Mak Cik nak tekankan suami tolong dengar cakap isteri. Kalau isteri nak pantang rumah mak dia biarkanlah. Lebih afdal jaga sendiri.

Bab perancang pulak. Kalau mental masih tak sedia nak terima anak baru bagi isteri merancang. Jangan kau dah sedap bini mengandung kau boleh buat tak heran.

Untuk isteri pulak. Kalau suami tak kasi merancang pilihan di tangan anda. Mental dan badan anda diri sendiri sahaja yang tahu.

Sekarang Mak Cik dah bahagia. Awal dulu anggap sahaja ujian. Tapi bila ingat balik boleh sedih Mak Cik. Betul lah orang kata luka dah sembuh tapi parutnya tetap ada.

Anak Mak Cik yang sulung pun dah 15 tahun. Mertua Mak Cik pun dah meninggal. Al-Fatihah untuk kedua dua nya.

Seiring dengan tambah usia, benda lama taklah Mak Cik ungkit balik. Kalau kata Mak Cik ada cucu kelak Mak Cik harap Mak Cik tak jadi mertua yang jahat. Minta dijauhkan ya Allah.

Dari cerita Mak Cik ni mana yang elok ikut. Yang tak elok kamu rasa jangan pulak ikut. Setiap orang ada cerita mereka sendiri.