Itu lah mak cakap sampai dia kaitkan dengan Esah yang bela kucing pun punca jadi mandul tak ada anak

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua pembaca. Terima kasih admin atas sebab sudi terbitkan luahan hati aku nie.

Aku tak tahu nak luah dekat mana dan dekat sape. Sebab benda nie umpama aku buka aib sendiri. Jadi biarlah aku luahkan dekat sini supaya takde sape yang tahu siapa aku sebenarnya.

Aku bahasakan nama aku Sara ye (bukan nama sebenar). Sara dah berkahwin 5 tahun dengan Mat (bukan nama sebenar), dan kami masih belum dikurniakan zuriat lagi.

Pernah mengandung tapi keguguran tak sampai 2 bulan, dan sekarang masih berusaha buat rawatan dekat sebuah hospital.

Kisah nie bukan berkaitan dengan keluarga mertua, biras or orang luar tapi kisah Sara dan Mommy sendiri.

Setengah orang bermasalah dengan keluarga mertua kan? Tapi mertua Sara sangat baik. Alhamdulillah.

Dan Mat pula jenis yang memang penyayang dan bertanggungjawab. Dia sangat suka kucing tapi disebabkan Sara jenis tak suka bela binatang so dia terpaksa abaikan. Huhu

Suatu haritu, ada sekor kucing beranak depan rumah kami. Dan Sara rasa sangat kesian, suruh Mat ambil bela sementara tunggu dia besar dan boleh survive. Nanti boleh lepas dekat luar jer.

Lepas tu, Sara cerita la dari A – Z dekat Mommy pasal Mat bela kucing. Bermula dekat situ la, tiap kali call mesti dia cakap,

“Bela kucing nie boleh buat kita mandul tau. Tu bukti Kiah (bukan nama sebenar) duk bela kucing mandul, Esah pun bela kucing mandul jugak. Selalu sangat sebut benda tu sampai la kucing Sara dah besar.”

Allahu, terasa seperti Mommy sendiri doakan anak dia mandul. Huhu yang paling Sara terasa hati bila dia cakap, “keturunan mommy takde yang mandul, taktau la kot keturunan Mat.” Ya Allah, sedih sangat bila mommy Sara sendiri yang ucap benda tu.

Sara ingat, bila kita luahkan dekat Mommy, mungkin dia mampu tenangkan hati kita sebab kami sama sama wanita dan Sara nie anak dia tapi ermm. Sampai dalam solat time sujud pun Sara boleh menangis, huhu

Sara pula jenis yang tak boleh nak membantah apa yang orang tua cakap. Memang jawab pun, just keluar “mana ada mommy, bukan semua yang bela kucing mandul” atau paling teruk Sara diam saja.

Bila Sara bagitau macam tu, dia akan tegaskan jugak mitos tu dan Sara hanya mampu diam sediamnya.

Cerita dekat Mat dan dia hanya pesan satu saja dekat Sara sambil senyum,

“Sayang kena ingat tau, benda tu mengarut dan syiirik. Rezeki kita belum sampai lagi, sabar ye. Lagipun Kucing binatang kesayangan Nabi Muhammad saw dan pembawa rezeki untuk kita insyaAllah”.

Itulah ayat Mat tiap kali Mommy cakap macam tu dekat Sara. Tapi Sara takde la sampai nak bergaduh dengan mommy, just buat cool depan dia walaupun dalam hati kecewa teruk.

Tak boleh nak lawan, nanti mommy sedih lagi Sara tak senang duduk. So makan diri jela huhu.

Terbalik pula dengan keluarga mertua, diorang selalu berdoa depan kami, “papa dan mama doakan semoga Sara Mat dapat zuriat insyaallah.”

Papa selalu cakap, “tiap hari bangun solat Tahajud dan Hajat, papa akan buat untuk korang juga”. Sebak dan Pelikkan?

Kadang Sara terfikir, Sara nie bukan anak Mommy dengan Ayah ke sampai macam tu sekali dia ucap. Kenapa diorang tak jadi macam mertua Sara, just doakan dan ucap yang baik baik saja untuk kami. Huhu.

So Korang doakan kami dan yang tengah menanti zuriat jugak ye, semoga Allah swt kurniakan kami zuriat yang baik dari sisinya.

Sara nak sangat buktikan kuasa Allah swt tu sangat hebat, bela kucing tak jadikan Sara mandul. Sara nak buktikan dekat Mommy, tak salahkan?

Kami nak bela kucing nie sampai hujung hayat, dah rasa sayang sangat dekat diorang.

Terima kasih banyak banyak sebab sudi baca luahan hati Sara. Taknak tulis panjang panjang, nanti korang bosan, hehe. Doakan kami disini. Assalamualaikum wbt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *