Aku ambil ayam masa makan dgn suami, tiba-tiba mak mertua ambil balik ayam tu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku dengan suami dah 7 tahun kahwin. Alhamdulillah kehidupan kami bahagia, dan kami dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Aku anak bongsu dan aku dari keluarga yang agak berada. Tapi abah aku dah meninggal 4 tahun lepas. Suami aku pulak anak ke 9 dari 13 bradik dan bukan lah dari keluarga berada.

Tapi kehidupan kami terganggu dengan masalah orang lain. Suami dengan aku gaji tak lah besar sangat. Cukup cukup makan je, sebab buat bisness sendiri.

7 tahun aku kawin ni aku banyak makan hati dengan family suami aku.

Ye suami aku tak mampu nak bagi duit cash macam anak anak lain setiap bulan, tapi setiap kali kiteorang pergi rumah mak mertua mesti suami aku bagi 30 ke 50. Kiteorang pergi pulak dalam 4 hari sekali sebab jarak rumah dekat je.

Tapi diorang tak nmpak tu, still kutuk kutuk suami aku dari belakang. Sebab jenis suami
aku, bila bagi pun diam diam je.

Tak kecoh dalam group family. Bila kiteorang takde duit pun kiteorang diam, tak minta dengan sapa sapa pun.

Masalah sekarang, kami tak meminta minta pun salah. Family suami aku ingat kan bila kiteorang tak mintak mintai tu kiteorang bnyak duit tapi saja tak nak bagi dekat mak mertua aku.

Diorang ingat hidup kami mewah sebab tengok aku beli mainan macam macam dekat anak anak aku, dapat beli makanan yang sedap sedap. Dan tengok kehidupan kami takde apa apa msalah.

Sebenarnya kami ada je masalah. Cuma kami tak tunjuk, yelah manusia mana yang takde masalah kan.

Ni suami aku sakit kepala sangat. MIL aku suruh kiteorang support 3 orang adik dia nak kahwin tahun ni dan tahun depan.

Siap suruh sponsor dalam 8k untuk renovate rumah tambah bilik untuk diorang yang nak kawin tu. Suami dah cakap nak kawin biarlah diorang usaha sendiri.

Sampai bila nak kena tolong. Nanti nanti dah kawin ada anak takkan suami aku jugak kena tanggung. Lpas suami cakap macamtu mak mertua aku trus tak layan kami dengan mesra dah.

Padahal selama ni sepanjang aku kawin suami aku tak ada duit ke tak cukup apa apa ke tak pernah mintak dengan mak mertua aku.

Adik beradik suami yang lain lepas bagi duit seminggu dua, lepas tu mintak pinjam balik dengan mak mertua aku. Tu yang mak mertua aku cerita sendiri dekat aku dengan suami.

Dan setiap kali rumah MIL aku rosak ke ape ke memang suami aku yang akan tolong repair. Ye la dah tak dapat tolong dengan duit, tolong dengan tenaga.

Suami aku ada sorang abang dekat rumah mak mertua aku yang reti tido makan mintak duit, mengarah je.

Dia la yang termasuk 3 orang nak kawin tu. Abang suami aku tu suka marah marah mak mertua aku, bila mak mertua aku masak.

Kalau tak kena dengan selera dia memang dia membebel tak berhenti. Ada dekat rumah tapi takde function, ada hati pulak nak kawin. Tapi walaupun prangai macam tu MIL aku tetap sayang dia.

Pernah sekali tu masa kiteorang makan sama sama, suami aku ambik ayam bahagian yang abang ipar aku suka.

Tapi mak mertua aku ambik balik ayam tu dari pinggan suami aku dan cakap. “ni bhagian abang” dan simpan.

Bila suami aku mintak mak mertua masakkan makanan kesukaan dia, macam macam alasan mak mertua aku bagi tak nak buat. Kadang kadang anak rindu masakan ibu sebab tu suami aku requst.

Sekarang dah seminggu tak pergi rumah mak mertua. Last pergi baru ni dia nak layan tak layan je kiteorang min.

Salam pun tak disambutnya, bila bercakap dia sindir sindir je sebab suami aku tak nak support anak anak dia nak kawin. Suami aku sedih sangat. Dia cakap dia berdosa kecikkan hati mak dia.

Semalam dia nangis sambil peluk aku. Dia cakap dia dah tak mmpu nak puaskan hati mak dia. Dari kecik lagi dia tak disayangi macam anak anak lain sebab dia gelap sikit dari adik beradik dia yang lain.

Kalau makan ke apa memang dia yang dapat last. Kuat dia nangis masa tu, aku sendiri pun terkejut tengok suami aku nangis macam tu sekali. Dengan aku aku sekali pun nangi.

Suami dah ajak aku pindah duk luar negeri biar jauh. Boetul orang cakap, dekat bau busuk, jauh bau bunga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *