Tak sampai sehari tingal bersama suami curangg lagi dgn lelaki. Sian tgk suami mcm dia tgh lawan diri dia sendiri

Assalamualaikum dan hi semua. Saya Anne, berumur 30 tahun, seorang penjawat awam nun jauh di Borneo.

Saya masih belum bersedia ceritakan masalah saya kepada keluarga atau kawan kawan saya.

Saya baru berkahwin 3 bulan. Tempoh perkenalan kami selama 2 tahun sebelum akad nikah.

Saya di approach suami yang merupakan senior saya di universiti. Suami nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya dan perlukan dua tahun untuk kumpul duit belanja perkahwinan.

Selepas istikharah, saya bersetuju untuk tunggu suami selama 2 tahun di samping saya juga merasakan ini peluang untuk saya terus berkhidmat kepada ibu dan keluarga saya sebelum menamatkan zaman bujang.

Sepanjang perkenalan kami cuma berhubung melalui whatsapp. Perjumpaan kami selepas zaman universiti hanyalah semasa merisik, bertunang dan dalam tempoh persiapan perkahwinan.

Mimpi ngeri saya bermula 4 hari selepas nikah. Semasa memegang telefon bimbit suami, satu panggilan telefon dengan nama yang mencurigakan masuk, saya cuba angkat tapi tiba tiba suami jadi marah.

Tapi semasa kejadian itu, suami sedang sibuk bercakap telefon atas urusan kerja menggunakan telefon bimbit saya, dan meminta saya google maklumat menggunakan telefonnya.

Dengan berbekalkan skill FBI saya, dalam tempoh yang singkat itu saya buka aplikasi whatsapp suami dan dapati suami saya bahasakan diri Abang dan Sayang dengan nama yang mencurigakan itu.

Hati saya berdegup kencang, hampir luruh jantung saya. Suami saya bahasakan Abang Sayang dengan seorang LELAKI.

Hari yang sama saya bersemuka dengan suami saya, saya cakap dengan suami.”Rupanya sebelum saya, Abang dah bahasakan Abang Sayang dengan orang lain.”

Suami berlagak tenang dan cakap, itu aib dia dan Allah. Dia beritahu saya dia sudah bertaubat sebelum berkahwin dengan saya.

Dipendekkan cerita, tidak beberapa lama selepas berkahwin kami PJJ. Kami hanya berhubung melalui Whatsapp dan panggilan telefon.

Kadang kadang kami akan bergaduh kerana saya sudah tidak percaya kepada suami saya. Tetapi suami selalu beritahu saya dia sudah bertaubat.

Tempoh PJJ kami hanya 2 bulan kerana dengan takdir Allah saya dapat berpindah mengikut suami. Saya niatkan perpindahan saya semata mata kerana Allah demi menjadi isteri yang baik.

Namun, mimpi ngeri saya berulang sekali lagi. Baru beberapa hari tinggal bersama sama, suami saya curang lagi dengan lelaki.

Lebih dahsyat, suami mencari pasangan songsang melalui aplikasi dan mengajak lelaki asing untuk ‘have fun’ dengannya di rumah sewa kami semasa saya ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah.

Untuk makluman pembaca sekalian, jadual kerja suami saya lebih fleksible. Dan bagaimana saya mengetahui kecurangan suami saya, biarlah rahsia (Walaupun saya tahu pembaca dapat meneka modus operandinya)

Suami saya sebenarnya mempunyai terlalu ramai kenalan lelaki yang dikenali melalui aplikasi songsang itu untuk memuaskan nfsu songsangnya.

Suami juga masih berhubungan dengan ex-nya. Suami saya tahu yang saya juga tahu dia masih berhubungan dengan ex-nya.

Dia katakan kepada saya itu “man’s nature” untuk terus berhubungan dengan ex-nya walaupun telah berpisah beribu batu.

Kadang kadang saya pandang suami saya semasa tidur, hati saya jadi kesian. Adakah suami saya sedang berperang dengan diri sendiri?

Ingat lagi semasa dalam tempoh perkenalan, saya ajukan soalan kepada suami. Kenapa dia pilih saya menjadi calon isteri, suami beritahu kerana dia ingin lebih dekat dengan Allah.

Namun perilaku suami sekarang tidak menggambarkan kata katanya. Bukan sekadar curang dengan saya, solat 5 waktu pun suami culas (tidak solat subuh dengan alasan belum mandi wajib), dan belum pernah sekali saya lihat dia membaca Al-Quran.

Namun bila saya ajak suami solat berjemaah, mahu pulak dia. Persoalannya sekali lagi, adakah suami sedang berperang dengan dirinya sendiri?

Sejujurnya hati saya telah tawar dengan suami.

Tetapi memikirkan yang hanya selepas 2 tahun baru dapat saya mohon pindah ke Semenanjung, saya berhasrat untuk meneruskan perkahwinan ini buat sementara waktu. Sekurang kurangnya selama 2 tahun ini.

Adakah saya bodoh?

Saya sedang berperang dengan diri sendiri dan iman saya. Inilah ujian terbesar yang Allah berikan sepanjang saya di dunia ini.

Baru saya tahu betapa lemahnya saya sebagai manusia. Saya ‘struggle’ untuk redho dengan ujian ini tanpa mempersoalkan dalam hati bahawa saya manusia, sudah semestinya saya layak untuk diuji.

Saya mencari redho dan syurga, dan dapati ujian kali ini besar sekali. Mungkin semahal harga syurga yang saya impikan itu.

Adakah ini jalan untuk saya ke syurga jika saya berjaya mengubah suami saya ke jalan yang Allah suka andai saya bersabar dan menjadi isteri yang taat?

Namun, hidayah itu milik Allah, siapalah saya untuk harapkan suami saya berubah? Adakah patut saya akhiri perkahwinan ini sekarang?

Patutkah saya beritahu keluarga saya masalah yang saya hadapi sekarang?