Jam 4 pagi dah mula ketuk pintu hantar anak. Ambil pula jam 9 malam nanti. Cakap tak nak jaga. Dia tinggal je anak dia

Aku seorg pengasuh. Aku jaga anak-anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pkul 3 pagi hingga 9 malam. Jadi sekiranya yang kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja aku dengan menguruskan anak-anak sendiri dan anak-anak orang ni macamana penatnya.

Terima kasih Min sebab siarkan. Aku sudahpun berkahwin dan anak 3 orang anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keluh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni.

Aku tak kisah sekiranya bayaran dibayar pada masa sebab tujuan aku bekerja pun memang perlu duit. Tapi kebanyakan mereka ini,da la bayar 2 bulan sekali, tu pun buat2 lupa yang bulan lepas tak bayar.

Memekik macam aku berkira duit. Tp pkul 3 pagi dah ketuk pagar rumah macam nak bagi runtuh alasan kena masuk ofis awal dan takut tersangkut jem. Tapi amik anak boleh terlupa sampai pkul 9 malam baru nak amik.

Setiap hari pula tu. Ingat aku tak ada suami ke? Tak ada anak ke? Pastu buat2 muka b0doh bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan.

Tapi bila minta pun tak nak bayar juga. Bila kata aku da tak nak jaga anak dia, boleh pulak pkul 7 pagi tinggal je anak dia di masa aku tgh sibuk layan budak2 makan pagi, di depan pagar rumah aku dan memecut kereta lari.

Aku pun bukan jahat nak suh budak tu dok luar. Tu belum lagi yang langsung xde bekal susu dan pampers anak. Dalam beg anak ada baju salinan je. Bila kol, selamba je suruh aku amik susu anak orang dan pampers anak orang.

Aku sampai pakai pampers anak dan susu anak aku kot. Tak kan aku nak amik hak orang lain. Bukan sekali dua buat, kadang-kadang sampai tiap-tiap hari lupa nak bekal susu dan pampers anak. Ni apa nama mak bapak mcm ni?

Ni da nama bukan terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah aku rumah kebajikan. Belum lagi kes yang amik anak pkul 9-10 malam. Aku siap suap makan malam kami anak beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap-siap, baru datang buat muka bodh ambik anak yang menunggu berjam-jam yang da tidur.

Pastu hantar anak pagi buta pkul 4 pagi dengan baju yang sama aku pakaikan malam semalam dengan pampers bocor. Tahu tak tekanan para pengasuh ni macamana?

Ni baru kt rumah sendiri. Klo di taska, lebih teruk rasanya. Aku nak kena jaga 11 budak yang perangai macam-macam dengan perangai mak bapak macam ni. Dengan anak-anak aku pun da jd macam pengasuh da sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari sabtu ahad sedangkan aku da bagitau awal-awal aku cuti sabtu ahad minggu ke dua dan ke empat.

Aku tak kisah jika ber bayar, tapi meleleh airmata bila nak minta duit pun dah rasa diri macam pengemis. Jgn kata awak yang keje ofis penat jaga anak yang 2-3 orang, sedangkan awak keje office kot. Sempat ada masa nak bersendiri.

Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dengan kawan ofis. Aku yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak abis sebab takut ada budak cederra kat luar tu macamana rasanya? Kalau awak boleh kemurungan, jangan kata para pengasuh tak boleh murung.

Kami manusia kot. Ada masa kami terpaksa naik suara juga. Berpada la. Fikir penat sendiri je tapi buat kami macam robot yang nak anak awak sentiasa dibuai dan dibelai.

Anak aku pun aku tak sempat nak belai. Aku bukan minta banyak. Aku minta di layan seperti manusia. Bukan sebab aku tak da pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sebab nak bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri.

Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dengan anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lg kami. Cuma xpernah nak naik tangan sebab anak sendiri pun kami tak pkul.

Dan tahu rasanya jika orang pkul anak kita tanpa sebab. Jgn kata “siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana aku kata aku penat”.

Apa pula perasaan jika orang kata kat awak “lenakali berhenti jadi mak budak” hanya kerana awak ngadu kata penat jaga anak? Sama je kan? Aku cuma minta difahami yang aku nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri. Sebab aku tak boleh suka-suka nak minta MC atau buat-buat sakit atau apply emergency leave mcm ibu kerjaya boleh buat diluar sana hanya nak waktu rehat.

Kalo cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh panggang dari api la. Jadi, tolong la. TOLONG.

Masalah rumahtangga aku adalah aku tiada waktu da untuk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.