12 tahun dulu aku ada buat silap sehingga anak aku jjik dengan apa yang mengalir dlm badan dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nama aku, Hana. Dilahirkan dan dibesarkan di selatan tanah air.

12 tahun lalu, aku ada buat satu kesilapan yang besar. Semestinya aib yang paling dimurka Allah tapi jadikanlah ceritaku sebagai pengajaran untuk adik adik di luar sana.

Ibu bapa harus peka dengan siapa anak berkawan. Harap apa yang terjadi padaku tak berulang lagi pada adik adik dan anak anak sekalian.

13 tahun lalu, aku baru berusia 18 tahum disahkan mengandung anak tak sah taraf. Lelaki yang suka sama suka itu adalah seseorang yang dikenali oleh keluargaku, malah orang yang amat dipercayai untuk melindungi aku.

Disaat aku disahkan positif, maka disitulah aku mula tahu perangai sebenar lelaki itu. Aku suruh dia bertanggungjawab tapi dia enggan.

Akhirnya, aku buat keputusan untuk teruskan kandungan tanpa dia. Aku sayangkan kandungan itu walaupun aku tahu risiko yang bakal aku hadapi.

Aku ingin dia membesar seperti kanak kanak lain. Tapi sebaliknya bagi lelaki itu. Dia tak mahu kan anak yang tak berdosa. Dia paksa aku gugurkan kandungan. Dia bawa aku jumpa doktor.

Dia suruh aku makan pelbagai jenis makanan yang membolehkan aku gugur. Nenas muda, nenas tua, macam macam yang dia usahakan. Tapi aku tetap dengan kata putus. Aku inginkan baby ini.

Allah perkenan doa aku. Aku tak mahu jadi pembnuh. Cukuplah dosaku yang lampau. Genap 9bulan 10hari, aku melahirkan seorang baby yang cukup comey. Oh ya terlupa untuk aku ceritakan.

Seminggu sebelum aku bersalin, aku pergi ke sebuah hospital kerajaan di pantai timur ditemani si lelaki ini, yang berpura pura sebagai waris terdekat aku.

Keluarga aku belum tahu hal sebenar. Mungkin kerana badan aku kecil, jadi keluargaku tak perasan apa yang berlaku.

Aku bahagia jadi seorang ibu walaupun si anak berbinti salah satu nama Allah. Tapi disaat itu juga aku sedih kerana terpaksa lepaskan anakku pada satu keluarga yang tak mempunyai zuriat.

Bagaimana aku boleh lepaskan? Ketika aku menunggu masa di dalam hospital, pihak JKM ada menemui aku untuk siasat hal sebenar.

Menurut perundangan, andai kata aku bagi anak pada pihak JKM.. disaat itu maka terputuslah hubunganku dengan si kecil itu. Aku ingin jaga sendiri si kecil tu. Tapi keadaan aku masa tu belum stabil.

Kebetulan aku dapat sambung belajar di sebuah institusi. Akhirnya, aku menerima nasihat seorang salah seorang jururawat disitu untuk bagi dekat keluarga yang inginkan anak. Aku pasrah walaupun terpaksa.

Malam pertama selepas bergelar ibu, aku tatap sepuas puasnya muka anak kecil itu. Comel, sangat comel. Malam tu, dia meragam.

Menangis sampai aku sendiri menangis. Terasa pedih bila bersalin dengan keadaan macam ni. Tanpa ibu ada disisi, tanpa ayah yang cuba berzikir untuk cucu.

Hati aku menyesal sangat. Alangkah untungnya andai disaat itu aku adalah seorang ibu, yang melahirkan seorang anak yang sah taraf.

Tapi aku tetap sayangkan si kecil itu. Alhamdulillah ada seorang makcik yang anggap opah, datang menolongku. Dekat subuh barulah si kecil itu tidor lena.

Malam kedua, si anak kecil itu meragam dan jaundice tinggi. Maka dia diletakkan di bawah lampu. Perit. Melihat keadaan dia yang meniarap, mata tertutup dengan kapas. Hanya pakai pampers sahaja.

Malam ketiga sehinggalah cukup seminggu, aku menumpang berteduh di sebuah rumah saudara yang akan ambil anak aku.

Dihari terakhir, hari aku akan berpisah dengan si kecil, aku menangis sekuat hati. Hati aku sedih, perit hanya Allah saje yang tahu. Dan aku tetap melawat dia. Sampailah satu saat, aku lost contact dengan keluarga angkat anakku.

Sekarang, aku rindu dia. Alhamdulillah, baru baru ni aku pergi melawat dia. Aku bahagia dia membesar dengan baik sekali. Tapi aku sedih bila dia tak boleh menerima siapa aku, malah dia membenci aku.

Kata-katanya buat aku sentap teramat. Dia jiijik dengan drah yang mengalir dalam badan dia, adalah dari drah aku. Ayat dia umpama pedang. Sekarang, semua dihujung jari. Dia terlalu matang untuk luahkan ayat sebegitu.

Dia ibaratkan aku seperti perempuan placur. Aku sayangkan dia. Aku sanggup hadapi untuk pertahankan dia dalam kandungan. Aku akui, aku buat salah. Dan inilah pembalasan untukku.

Adik adik, anak anak. Janganlah ulangi kesilapan acik. Jangan gadaikan maruah demi lelaki. Andai ada yang terlanjur, janganlah letakkan kesalahan pada anak. Jangan bnuh anak. Jangan buang anak.

Andai untuk teruskan, berbincanglah dengan keluarga. Kalau boleh, jagalah si anak, besarkan si anak dengan kasih sayang. Insha Allah, takkan menyesal seperti yang aku alami sekarang ni.

Setiap malam, aku mimpikan dia. Mengharap sebuah kemaafan dari si kecil. Untuk aku perkenalkan dia pada keluargaku. Kerana dia tetap anakku, sampai ke syurga.

Dan kerana kehilangan si kecil, aku alami kemurungan.

Ibu sayang kamu, sayang.