Dia cakap aku lah punca hidup dia tak ada mak. Pastu ayah dia tak nak kawin dengan mak. Sejak tu aku nekad

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Y, umur awal 40an. Kahwin awal 20an, anak sendiri 3 dan anak tiri 3. Suami bercerrai dengan bekas isterinya atas pelbagai sebab.

Bekas isterinya kemudian kahwin lain dan tak lama selepas itu kami pula disatukan.

Sekarang anak saya dua di sekolah menengah, satu di sekolah rendah. Semua dah besar dan syukur sangat mereka menyenangkan hati.

Saya baca pasal Puan X dengan masalah anak tirinya dan suami yang tak memahami..

Saya sudah mengalaminya, dan akhirnya saya memilih memberi kata dua pada suami. Pilih saya atau anaknya. Melampau tak? Ada sebab, nanti saya ceritakan.

Selepas berkahwin dengan suami, ketiga tiganya saya pelihara. Pakaian, makan, buku, tuisyen semua saya yang urus. Cuma kadang kadang sahaja suami bantu hantar sebab suami bekerja sendiri, selalu outstation.

Kerja saya pula alhamdulillah fleksibel. Hari PIBG, ambil result peperiksaan, jumpa cikgu pun semua saya. Mungkin saya asal dari keluarga yang sangat pentingkan pelajaran, jadi saya memang tak pernah missed perkara tu semua.

Anak anak tiri saya waktu tu di sekolah rendah. Dan mereka jenis yang susah nak membantu apa apa hal berkaitan dengan kerja rumah.

Ada juga saya suruh, tapi bila mereka buat tak dengar, saya malas nak bising so saya buat semua.

Itu silap saya yang pertama. Sepatutnya bila mereka buat tak dengar, saya kena tegas dengan anak tiri.

Tapi masa tu tak kisah sangat sebab anak belum ada, saya tak penat. Bila saya bersalin kan anak pertama perkara ni berterusan.

Anak tiri bangun lewat expect makanan terhidang atas meja makan. Expect baju dicuci dan macam macam lagi lah. Penat nak tulis.

Masa tu cukup terasa dengan suami. Saya goreng ikan dengan dukung baby tengah fussy, dia cakap ikan goreng saja ke lauknya? Saya diam.

Masa tu anak tiri dah besar, dah remaja tapi kerja mereka main game tengok tv. Bapak mereka pun dengan rasa tak bersalah join sekali. Btw, anak tiri saya ni satu lelaki dua perempuan.

Pendek kata lepas makan memang bawa angkat badan basuh pinggan sendiri je. Lain lain semua saya yang buat.

Berlarutan keadaan tu bertahun tahun. Tapi saya masih boleh sabar. Bila 2 anak tiri saya sambung belajar, so mereka jarang balik. Time mereka balik saja stress semula sebab memang pemalas.

Tinggal sorang saja yang lelaki tu saya mampu handle. Tapi saya still senyum cakap pun baik saja walaupun dalam hati geram dengan perangai. Saya pujuk saja diri sendiri buat baik dengan orang akan dapat balasan baik.

Itu silap saya yang kedua. Terlalu baik, saya tak menjawab apatah lagi nak membebel. Btw umur saya dan suami berbeza jauh. Dia layan saya baik, nafkah sentiasa cukup. Cuma bila pasal anak dia takleh terima bila saya cuba slow talk.

Masalah besar timbul bila bekas isterinya bercerrai, dan seolah olah ingin rujuk semula dengan suami.

Di situlah mula kakak dua tu macam tunjuk muka dengan saya. Tak nak tegur saya bila mereka pulang bercuti semester. Bila saya buat nak borak, mereka buat tak dengar.

Tapi herannya bila saya masak, reti pula mereka makan hehe. Bila mention nak pergi bercuti, pandai pula mereka kata ala masa tu study week. Hehe lagi.

Masa tu anak sulung saya umur 11 tahun macamtu. Dah besar so dia cam heran. Selalu tanya kenapa Kak Long buat Mommy camtu? Saya bagi alasan kak long dia stress dengan belajar.

Pandai pula anak saya jawab, dia pun stress dah nak UPKK elok saja layan Mommy. Nak tergelak juga la dengan jawapan anak sulung saya ni.

Saya masih boleh bertahan dengan segala macam yang mereka buat. Sehinggalah satu hari tu, yang nombor dua tu menjawab saya depan anak anak saya, depan bapak mereka dengan kata kata yang sangat tidak menyenangkan.

Anak saya bulat mata terkejut kakak dia tu carut kan saya.

Kata saya punca hidup dia tak ada mak, ayah dia taknak kahwin semula dengan mak dia, punca masalah blabla.

Kak Long menyampuk sama marahkan saya. Yang paling kecewa, suami saya cuma kata Kak, tak baik kata Mommy camtu dengan lembut giler. Bukan marah.

Peristiwa tu buat saya terbuka mata. Benda buruk berlaku depan anak anak dan dibuat seolah tidak mengapa.

Saya didik anak saya untuk hormati saya, dengar kata Mommy tapi hari tu maruah saya dipijak depan mereka. Macam macam saya buat untuk mereka, weekend pergi hantar makanan kat asrama, celebrate bday mereka, treat mereka macam anak sendiri.

Akhirnya saya sedar mereka takkan berubah dan Suami saya memang takkan back up saya. Start on that day, saya dah tak layan mereka. Saya bawa anak saya dan anak tiri lelaki tu makan dekat luar.

Baju mereka saya dah tak cuci, saya letak bakul lain pandailah mereka fikir sendiri. Memang masa tu mereka jeling saya macam nak terbalik mata.

Saya kata dengan suami next cuti semester suruh mereka balik rumah mak sendiri. Saya sudah tak mahu menerima mereka lagi, kecuali anak tiri saya yang lelaki sebab dia memang tak ada perangai. Dia pun ok, mungkin tinggal dari kecil lagi dengan saya.

Suami mengamuk besar. Saya diam tapi saya tak berganjak dengan kata kata saya. Saya kata dekat suami, bercerrai pun bercerrai lah.

Dari saya sampai mati hadap perangai buruk anak dia sampai mati. Kalau mereka balik rumah ni juga, saya akan keluar bawa anak balik rumah keluarga saya.

Btw, keluarga saya tak pernah tahu masalah saya ni. Dan suami memang jaga hubungan dengan keluarga sebab ayah saya dulu memang tak berkenan dengan suami sebab dia duda anak tiga dan ayah takut saya dipergunakan.

So next cuti semester tu mereka balik rumah mak mereka. Ada juga mereka datang ambil adik lelaki mereka keluar jalan. Tapi saya tak layan, keluar pun tak.

Tapi saya tak larang anak saya jumpa kakak mereka walaupun mereka komplen Kak Long datang amik Aboi saja jalan, mereka tak kena bawak. Saya jawab la mereka mesti nak jalan dengan mak mereka, nanti awak pula tak selesa kan.

Tak lama lepas tu, suami kata anak dia nak minta maaf. Saya diam saja, saya ada juga terdengar anak dia call kata rumah mak mereka tak ada aircond, makan tak sedap, Internet connection tak kuat blabla.

Saya dah tak nak terima. Saya kata dengan suami, saya terima mereka nak datang minta maaf, tapi lepas minta maaf pun mereka tetap kena tinggal dengan mak mereka. Bukan lagi dengan saya.

Lepas tu tak ada pun mereka datang minta maaf ke apa. Saya pun tak ada nak fikir lagi dah. Saya rasa dah buat yang terbaik, pukul mereka pun tak pernah, tapi mereka layan saya camni.

Bohonglah kalau tak ada sweet memories tu, tapi saya tolak jauh jauh. Malas nak fikir lagi dah.