Sy terus masuk bilik berselimut sebab menggeletar. Lepas 10 minit sy bangun bawa kereta, suami pula kejar

Saya An. Berusia 30-an. Telah berumah tangga hampir 9 tahun dengan 3 cahaya mata penyeri hidup. Ini kisah keluarga saya.

Agak panjang dan ala ala kisah KRT. Thanks admin kalau publish kisah saya dan thanks kepada semua yang sudi baca.

Saya nak cerita kisah perkahwinan saya dengan suami, Is. Kami berkenalan di facebook. Setelah masing masing putus cinta.

Perkenalan sangat singkat. Dalam 6 bulan Is ajak tunang. Is kata dia tak mahu menunggu lama sebab kekasih dia yang sebelum ni tinggalkan dia. Saya sudi. Tambahan umur pun bukan muda lagi.

Hampir 30 tahun, tapi keluarga membantah. Sebabnya saya baru habis belajar dan belum bekerja lagi. Tapi saya berkeras nak nikah dengan Is.

Kemelut yang melanda agak teruk. Sampaikan ibu halau saya dari rumah. Mujur ada nenek tenangkan keadaan.

Nenek berkenan dengan Is. Tapi satu saja isunya, kerana saya belum kerja. Mak dan ayah saya bercerrai. Seorang kakak jugak pernah bercerrai. Jadi keluarga sangat risau jika anak perempuan berkahwin tanpa ada pendapatan sendiri.

Is mengalah. Katanya mungkin tak ada jodoh. Saya merayu rayu minta Is tunggu saya. Kenapa? sebab Is satu satunya lelaki yang betul betul serius dengan saya.

Saya pernah bercinta 7 tahun dengan orang yang tak pernah berusaha menghalalkan saya. Is lain. Dia tak suka berdating. Dia kata berdosa tapi hati masing masing asyik teringat.

Pendekkan cerita, selepas hampir setahun perkenalan, keluarga akhirnya terima. Cemuhan masih ada. Tapi Is cool saja. Tetap balik kampung saya. Senyum dengan semua orang macam tak ada apa berlaku.

Awal perkahwinan kami PJJ. Saya akhirnya dapat kerja yang jauh dengan Is. Satu masalah saya, saya jenis panas baran. Sekecil kecil perkara buat saya boleh mengamuk.

Mula mula Is sabar. Masa pregnant anak pertama, saya teringin nak ke Kelantan. Masa kandungan 8 bulan baru dapat ke sana. Perut besar, tau la sakitnya belakang macam mana. Saya mengamuk dalam perjalanan.

Is memujuk sampai menangis. Saya rasa saya pemenang. Dan sejak itu saya suka buat perangai. Setiap kali bertemu Is, saya akan buat hal.

Sampai la satu hari, saya rasa Is dah hilang sabar. Dia kata, dia tak akan lagi menangis untuk saya.

Sejak itu saya agak berlembut. Saya sedih sebab Is kata macam tu. Tapi perangai baran masih ada.

Selepas 3 tahun, kami dapat tinggal bersama. Anak dah masuk 2. Saya masih macam dulu. Mengamuk perkara biasa. Pintu rumah memang banyak pecah. Is tumbuk bila marahkan saya. Sebab?

Saya jenis suka provoke. Bila Is diam saya akan sakitkan hati dia. Setiap kali bergaduh, Is akan ambil anak anak. Is memang pendiam. Tapi dengan anak anak dia sangat lindung walaupn dia agak garang.

Is suami yang baik. Solat tak pernah tinggal. Kalau saya tak sempat masak, Is masakkan.

Anak anak Is urus. Kalau demam memang dia boleh berjaga malam. Tapi ada beberapa perkara saya selalu tak puas hati dengan Is.

Dia sangat suka tidur siang, sangat tak romantik dan cakap dengan suara yang keras dan tinggi. Macam tengah marah orang.

Kadang kadang malu dengan orang luar. Mak saya sendiri perasan perangai Is. Bila bersembang macam dengan kawan kawan saja saya dan Is.

Is jugak suka bertangguh kerana sayangkan tidurnya. Jadi bila saya minta buat sesuatu, akan lambat dibuatnya.

Anak anak susah tidur siang. Bila saya memasak, akan jadi kelam kabut. Bila lipat baju akan diselerak semua.

Saya panggil Is, dia kata nanti nanti la buat. Buang sampah pun bertangguh. Saya kan cepat marah. Bila benda bertangguh lagi cepat panas hati ni.

Sejak PKP, beberapa kali Is cuti tanpa gaji. sebab company tempat Is berkerja tutup. Saya pula penjawat awam. Bila PKP, Is jaga anak sepenuhnya.

Jadi dapat jimat upah mengasuh. Anak pun dah masuk 3. Tapi bila balik rumah, pusing kepala saya. Rumah berselerak.

Is hanya akan settle makan mandi anak anak, baju (mesin n dryer sahaja) serta memasak lauk simple.

Berkemas tak pernah. Rumah berpasir tu perkara biasa. Saya tak bersyukur. Saya balik marah marah. Is diam.

Setiap kali gaduh, saya akan minta cerrai. Is kata, sekali dia cerraikan saya, dia tak akan kembali pada saya. Saya takut.

Terlalu takut. Sebab saya sebenarnya sangat sayang Is. Saya hanya buat perangai dengan dia.

Dengan orang lain, saya sebenarnya seorang yang ceria. Is kata, jika sayang kenapa selalu cari pasal. Entahlah..

Kemuncak hubungan kami adalah pada malam 30 Oktober lepas. Saya bergaduh lagi dengan Is. Mulanya saya marah anak. Is masuk campur. Kami pula bergaduh. Dalam gaduh tu, Is tanya begini,

“Sayang boleh dengar cakap abang tak?”.

Saya balas, “Kalau aku tak nak?”.

Is kata.. “Ok, kita putus”.

Macam halilintar membelah bumi rasanya hati saya masa tu. Saya masuk bilik. Berselimut. Tangan menggeletar. Tak sampai 10 min.

Saya bangun, tukar baju dan start kereta. Is kejar, tapi tak sempat sebab saya dah gerak. Dia tak sempat nak follow saya sebab dia masih berkain pelekat dan anak anak semua sedang makan.

Saya plan nak check in hotel malam tu. Tapi terlupa bawa mask pula. 3 jam lebih saya memandu tanpa tujuan.

Telefon saya matikan. Tiada air mata. Tapi jantung berdegup laju sampai saya rasa sesak sangat. Akhirnya saya pulang. Tu pun sebab nak terkucil. Mask tak ada.

Nak singgah di pam minyak, risau kena saman nanti. Balik rumah, Is tanya saya ke mana. Saya masuk bilik lain, terus tidur. Selalu peluang macam ni yang saya tunggu. Seronok berperang mulut.

Tapi malam tu saya rasa kosong. Saya yakin talak dah jatuh ke atas saya.

Esok pagi, saya bangun macam biasa. Siapkan keperluan sekolah anak anak. Saya bertudung. Is bangun tanya kenapa bertudung.

Saya jawab saya yakin kami dah terputus sebagaimana lafaz dia semalam. Bila anak anak ke sekolah. Kami ke pejabat agama. Buka fail kes.

Esoknya masuk mahkamah. Tapi kes kami ditolak. Sebab lafaz yang kami tulis tak betul.

Mana la tahu kena tulis sebiji biji (saya dan Is just buat rumusan) macam mana yang dilafaz. Jadi kena betulkan. Esoknya masuk mahkamah lagi.

Dalam beberapa hari keluar masuk mahkamah tu saya dan Is beremosi. Kadang kadang boleh sembang dengan elok. Kadang kadang melenting dan bergaduh. Kadang kadang sama sama menangis.

Sepanjang kes berjalan, Is berkali kali pujuk saya untuk rujuk. Tapi saya tolak. Is terus memujuk dan menangis. Sesuatu yang dia kata tak akan berlaku lagi sebelum ni.

Hari sabtu malam Is lafaz. Hari rabu mahkamah putuskan talak satu jatuh kepada saya.

Saya keluar mahkamah dengan senyuman kelat kepada Is. Is balas senyum hambar. Kami masih tinggal bersama tapi berlainan bilik.

Ke mahkamah pun bersama dengan kereta yang sama. Keluar dari mahkamah Is bawa saya ke tepi laut. Kami meluah segala segalanya.

Berderai air mata kami. Sungguh banyak silap saya sebagai isteri. Dan Is juga mengaku kesilapan dirinya.

Akhirnya, 8 november kami rujuk semula. 9 hari kami terpisah. 9 hari Allah bagi kami sedar kesilapan kami terutamanya saya. Banyak salah saya.

Banyak dosa saya. Ujian 9 hari buat kami terduduk. Tak sangka ikatan yang dibina putus dengan satu ayat yang sangat simple.

Kami rujuk sebelum surat cerrai keluar. Banyak sikit prosedur. Tapi Is beria nak saya segera kembali jadi isterinya. Teringat dulu macam mana saya beria nak Is tunggu saya.

Kami sama sama salah. Salah saya kerana yakin Is akan terus bersabar dengan kerenah saya.

Salah Is pula, dia yakin saya tak akan sahut cabaran dia. Pegawai di pejabat agama geleng kepala bila tengok kes kami. Bercerrai dengan alasan remeh.

Harini sudah lebih 2 minggu selepas rujuk semua. Kami kembali bahagia dengan cara baharu. Is dah mula merendahkan nada suara dengan saya. Dah bangun awal pagi tolong saya.

Saya pulak dah kurang marah. Berleter tu masih ada. Kadang kadang bila merajuk manja, Is pujuk.

Dulu dia buat tak tahu dan tidur. Is kerap ucapkan maaf dan terima kasih. Dulu perkataan tu jarang keluar dair mulut Is.

Asbab perkataan macam tu, hati saya tak mudah panas lagi. Saya dah semakin banyak tersenyum.

Allah uji untuk sedarkan kami. Alhamdulillah. Kepada yang membaca sampai ayat ini, terima kasih saya ucapkan. Tolong doakan saya dan Is terus berbahagia sehingga syurga. Saya doakan kalian juga macamtu.

Pengajaran yang saya dapat sepanjang 9 hari pencerraian kami terlalu banyak. Terlalu dalam dan terlalu membuatkan saya benar benar insaf.

Saya harap pembaca tak buat kesilapan yang serupa macam kami. Kalau ada yang nak mengecam, saya terima. Sesungguhnya saya bukan isteri yang baik.

Akhir kalam, hargai sesuatu sebelum kita kehilangannya.