Suami ajak aku kapel balik. Aku terus rasa dah nape suami aku ni. Dah marah aku tengking aku ajak bercinta balik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya seorang stay-at-home mom yang punyai 2 orang anak. Baru berkahwin sudah hampir 7 tahun.

Pernah tak rasa, bila kita terlampau penat campur burnout.. kita hanya mampu fikir, cerrai.

5 tahun awal hubungan kami suami isteri, selalu bergaduh mulut. Walaupun tak gaduh fizikal, tetapi ia tetap menyakitkan. Hampir setiap hari, kami akan bertengkar.

Saya akan marah pada suami yang saya jaga anak anak 24/7. Penat. Bandingkan diri sendiri dengan mak mak lain.

Suami pula akan marah balik yang dia buat 2 3 kerja bukan sebab dia suka. Tapi untuk bagi nafkah pada keluarga. Dia juga penat.

Setiap hari keluarlah episod… saya penat.. Eh, saya lagi penat. Dia cakap dekat facebook orang share tanggungjawab isteri kena sabar. Saya share pula apa facbook cakap tanggungjawab suami. Gaduh. Never ending.

Pertandingan siapa lebih berkorban banyak, siapa lebih penat.

Saya duduk rumah buat itu ini tak berhenti. Saya keluar kerja hadap hujan panas kena maki dengan orang. Gaduh. Takde siapa menang pun.

Sampai lah awal tahun lepas, waktu itu anak anak demam. Saya tak tidur beberapa hari menjaga anak anak sendirian disebabkan suami kena kerja. Jadi dia perlukan tidur.

Saya meraung, menangis, burnout untuk dicerraikan. Masing masing ego, menjerit, baling barang, menangis. Anak anak kerap tengok mak ayah mereka bertengkar teruk macam ni.

Kalau orang luar tengok keadaan kami, orang akan suruh berpisah aje. Sebab dah terlampau toksik.

Toksik sangat sangat. Macam dah tak boleh diselamatkan. Tak nampak perasaan kasih sayang lagi dah.

Hari hari gaduh. Kami pun dah berapa tahun tidur lain bilik sebab suami balik kerja lewat.

Waktu tu, lepas kami setuju untuk ke pejabat agama. Kami masing masing termenung. Suami masih belum lafaz, kami hanya setuju untuk dapatkan nasihat lebih arif.

Anak anak bising, kami cuma diam. Penat bergaduh. Banyak yang difikirkan dalam kepala.

Akhirnya keluarlah persoalan dari mulut saya. Kenapa kita jadi macam ni?. Kenapa hubungan kita jadi toksik?.

Dekat mana rasa cinta yang kita ada dulu?. Suami hanya diam pandang saya. sambil angkat bahu tanda ‘entahlah’.

Saya pandang anak anak, dan saya cuba sekeras mungkin untuk selesaikan perkara ni. Tapi saya mesti tahu, apa punca. Apa akarnya.

Sebab saya tak rasa ni tentang burnout dan penat semata. Saya sayangkan keluarga saya. Tapi saya penat bergaduh.

Saya tanya suami lagi, soalan cliche.. kita ni betul ke bercinta?. Apa itu cinta?. Bukan ke, bila kita cintakan seseorang.. kita sanggup korbankan apa saja untuk orang tu?.

Bukan ke, bila kita tengok orang kita cinta tu titiskan air mata, kita rasa sedih?.

Bukan ke, cinta tu.. kita terasa nak bahagiakan dia? Bila dia sakit.. kita rasa nak jaga dia.

Tapi apa yang jadi pada kami, kami macam dah tak ada cinta. Mungkin burnout bukanlah isunya..

Kami masa tu dah bukan macam pasangan suami isteri, tapi lebih macam sayang satu sama lain sebagai family. Hanya keluarga tinggal sekali.

Suami cakap, jomlah kita couple balik. Waktu dengar ni rasa nak muntah. Geli. Kau buang tebiat ke? Giila.

Dah gaduh maki hamun jerit jerit nak suruh bercinta balik. Lepas berbincang sampai ke pagi, saya cakap oklah. Ini jalan terakhir. Kalau ini pun tak berkesan, kita proceed jelah untuk berpisah.

Antara apa yang kami bincangkan tu, kami setuju untuk buang semua apa yang kami baca dekat facbook.

Tak ada lagi ikut rules atau cara orang lain. Kami cuma fokus untuk jadi pasangan paling tersawit didunia ini.

Tak ada lagi banding kehidupan sendiri dengan orang lain, tanggungjawab itu, tanggungjawab ini, no no.

Sekarang dah nak masuk 2 tahun kami amalkan apa kami bincang pada malam buta tahun lepas. Bila makan, saya tak akan makan sendiri.

Suami akan ambil nasi double dan suap saya. Ya, cringe sangat. Tapi kalau tu boleh remind kami yang kami ni pasangan tersawit, apa salahnya? Kan.

Bila keluar jalan, lagi lah. Satu jalan tu kami punya sebab sibuk berpegang tangan. Anak anak pegang tangan sebelah lagi. Cuma, jalan sempit kami tak ada lah buat.

Selagi jalan luas, kami akan pegang tangan masing masing. Orang lain nampak mesti cakap kami mengada.

Tapi tak kisah lah, bukannya kami bercumbu dikhalayak ramai. Hanya pegang tangan.. kalau dulu, mesti salah seorang dah hilang dekat depan.

Sekarang bila saya menangis, suami akan ambil tisu kesatkan air mata. Gaduh tetap gaduh, tapi cara untuk leraikan gaduh tu dah berubah.

Kalau dulu kan tak peduli. Kau mahu jerit ke, mahu menangis campak barang ke apa aku peduli.

Tapi bila kita cinta pada orang tu, kita rasa sakit bila tengok dia sedih kan? Sebab itu kita kesatkan air mata dia.

Kami dah tak cakap kami penat. Apa kami fikir sekarang, inilah pengorbanan aku untuk isteri aku. Inilah pengorbanan aku untuk suami aku.

Ini pengorbanan kita untuk anak anak. Berkorban untuk orang yang kita cinta tanpa harapkan balasan. itu aje kami fikir. Dah tak ada masuk pertandingan siapa berkorban lebih banyak.

Kami ni dah bertahun kahwin, tapi sejak malam itu barulah kami cuba untuk kenal betul diri masing masing.

Sebelum kahwin kan, kita mesej mesej selalu tanya, apa makan favourite awak. Oh hobi kita sama la, kita geng. Awak suka laut ke darat ke udara? Movie genre apa awak suka?

Lepas kahwin, tiba tiba stop tanya banyak sebab anggap kita dah kenal dia luar dalam. Tapi banyak lagi yang kita tak tahu pasal dia sebenarnya.

Itulah kami cuba ubah. Kami sekarang setiap hari akan belajar 1 benda baru tentang pasangan.

Ada kalanya usaha kami ni sangat cringe sampai rasa geli. Kami mengimbau kenangan masa awal bercinta.

Sebelum jumpa, masing masing segakkan diri pakai gel rambut lah, wangi wangian, baju lawa.

Lepas kahwin pakai macam tu cuma bila nak keluar. Kami cuba la ubah.. walaupun nampak macam try hard sangat. At least kami cuba.

Sekarang, suami kemaskan diri, saya cantikkan diri dekat rumah.

Bukan sebab takut pasangan lari. Bukan sebab nak ikat pasangan. Tapi sebab cinta, kami nak nampak paling terhensem paling tercantik dekat mata pasangan..

Saya cakap saya suka tengok lelaki jepun pakai sunglasses. Ha sudah, waktu malam pon suami pakai spec hitam nak nampakkan kehenseman beliau.

Ini antara apa yang kami usahakan untuk memupuk rasa cinta. Ada banyak lagi usaha kami selain dekat atas tu.

All the small gestures, ucap terima kasih. Ucap hati hati di rumah. Ucap hati hati di tempat kerja.

Selfie sambil tulis ayat romantis. Macam budak budak baru nak up belajar bercinta. Hahahaha. Benda benda kecil yang buat hati makin sayang. Gitu jelah.

Haih cinta, cinta… nak jatuh cinta memang senang. Nak kekalkan tu yang perlukan extra effort.

Ini jalan terakhir kami, dan inilah yang menyatukan kami semula sebagai suami isteri. Bukan hanya keluarga yang duduk serumah.

Tak perlu lah kita terlalu bahaskan tanggungjawab suami apa tanggungjawab isteri apa sampai menghancurkan rumah tangga, macam apa yang terjadi pada kami…

Apa pun, terima kasih kerana sudi membaca kisah kami yang tak seberapa. Maaf laaa kalau panjang yer.