Saya nak kahwin gantung dengan dia. Tapi ibu halang, dia cakap saya melampau tapi ibu tak tahu rahsia saya

Nama aku Eiz, umur 23. Aku dah ada pasangan belum kahwin tapi dah couple selama 3 tahun. Nama dia H.

Aku sebelum kenal H aku ada masalah ketagihan ‘video dewasa’ dan o***i teruk. Sampai boleh main berjam jam, setiap selang hari.

Memang rosak hidup aku sebabkan nfsu ni. Sampaikan aku kena drop out university sebab aku terlalu leka layan diri aku.

Yalah mana tak nya, setiap selang hari main 3-5 jam ikut mood. Memang tak jalan homework assignment semua.

Aku tak tahu kenapa aku nak back up nfsu aku. Mungkin sebab aku traumatize dengan zaman kanak kanak aku yang start tengok ‘video dewasa’ dari umur 5 tahun lepas jumpa dalam komputer ayah.

Diam diam aku tengok semua sampai umur aku darjah 6. Ayah sorok semuanya dari ibu tahu, aku pun ikut perangai ayah sorokkan dari sesiapa tahu.

Alhamdulillah masa usia h0rmon aku nak up remaja aku diizinkan untuk masuk sekolah asrama yang single gender. Taklah aku risau bab nfsu membara bara nak cuba benda haram yang bukan bukan.

And masa sekolah ni lah masa yang aku dapat nilai diri aku terasa dekat dengan Tuhan. Semua addiictions aku stop.

Aku boleh fokus jadi anak yang baik. PMR dan SPM aku alhamdulillah straight As. SPM tu siap boleh ambil additional subject so semua sekali 10 subjects.

Sesusah susah belajar untuk exam, bagi aku susah lagi ujian kehidupan sejak bertapaknya aku ke alam dewasa.

Seringkali aku gagal dengan diri ku yang terlalu kuat nfsu. Dan bayangkan betapa teruknya masalah aku sehinggakan aku yang berdisiplin dan pandai time sekolah boleh kena drop out.

Ayahlah yang paling kecewa. Ibu support apa apa yang aku mampu je, dan ibu kata mungkin aku tak mampu sebab system university tak sama dengan sistem sekolah. Padahal hanya Tuhan tahu sebab sebenar.

Dan aku terasa kasihan pada ibu ayah, aku cuba untuk insaf. Dah drop tu aku cuba sangat sangat berazam untuk tak jadi seteruk dulu

Masa tu aku memang susah nak kawal, memang effect fikiran waras aku sebab dah jadi ketagihan teruk.

Dan untuk mengelakkan kekecewaan mak ayah aku pun terus kerja. At least aku dapat duit dari kecewakan mak ayah lagi.

Berkat kerjalah aku berjaya set time schedule yang tepat, nak tak nak terpaksalah aku patuh time schedule tu dan tak layan nfsu berjam jam.

Ayah pulak masih frust sebab aku hanya mampu kerja memburuh. Bukan bekerja government gred 54 macam dia.

Tapi aku buktikan walaupun tiada pelajaran tinggi lagi untuk aku terus bergaji basic 2.2k keatas, aku hanya bersyukur kerja gaji 1.4k basic + 1k O.T. shift malam di sebuah stesen minyak. Dan aku nak terus buktikan aku boleh.

Masa kerja nilah aku kenal dengan H. Tapi kita orang diam diam je. Relationship aku dengan H antara aku dengan H je.

Tempat kerja tak perlu tahu. Take it professionally. Sebab tak nak kacau environment kerja.

Nanti tak syok pulak sebab cara layanan staf lain di kerja tak sama. Diam diam pun dah 3 tahun.

Memang nak jadikan cerita sebabkan keseriusan kami berdua nak halalkan hubungan kami, lepas setahun couple tu kami berdua buat heart to heart pasal masalah dan struggles dalaman kami.

Dari situ dia beritahu yang dirinya pernah disentuh dan takut tiada yang mahu menerima. Dan aku pula dibuang university sebabkan masalah nfsu.

Menangis H bila tahu. Sebab dia cakap dia tidak berpeluang untuk sambung belajar dan aku pula dah sia siakan peluang belajar.

Dari situ juga kami berdua setuju untuk improvekan diri dari segi agama secukupnya sebelum kahwin. Hal lepas lepas boleh maafkan dan aku terima H seadanya demi masa hadapan.

Langsung takda rasa apa dengan kesilapan H tu, sebab tu masalah dalaman dia yang tidak effectkan aku sangat, jadi aku tak ungkit apa melainkan hanya boleh ada setia disisinya.

Memang aku terima mungkin sebab by this time dah setahun couple. Cuma tidak boleh dilupakan perbuatan lama itu untuk ambil pengajaran.

Siang kerja professionally, malam aku jaga relationship rationally. Dan sebabkan H orang pertama tahu pasal addiiction aku, aku bertekad untuk tidak kecewakan dia dan tak sentuh diri aku lagi.

Tapi it seem to be impossible especially when im alone. Sampaikan H installkan addiiction relapse counter dekat phone aku supaya aku betul betul boleh berhenti.

Cukup mengecewakan dalam masa 7 bulan relapse counter aku takde perubahan, setiap minggu mesti 3/4 kali. Tak menurun.

Aku nak give up. Aku cakap dekat H kalau rasa terpaksa pergi psychiatrist aku sanggup. Dia setuju.

Malangnya psychiatrist treat kes aku sebagai kes ringan. Aku memang benci sebab medical system kadang tak ikut agama. Medicals and sciences terlalu ikutkan rational.

End up doctor tak sarankan aku any pills untuk stop addiiction, kecuali suruh aku have normal s3x partner. Bagi aku maksudnya kahwin.

Tapi ntah lah Dr ni nak aku decide untuk pilih either rational sahaja atau agama sahaja sebab dia argue couple pun haram apa bezanya. Sentap jugalah. Tapi logiknya ada disitu.

Kalau ikutkan agama, aku dah dikategorikan wajib menikah demi mengelakkan fitnah. Dan kalau rasa tak boleh nak nikah maka elakkan lah bermaksiat dalam diam (o***i) mahupun secara terang (couple).

Jelaslah, aku lebih takut dengan pandangan masyarakat berbanding dengan pandangan Allah. Dan aku mengaku kadang aku takut sangat.

Ada malam aku menangis nak kekuatan untuk kawal semua ni, ada masa lain pula aku dah tak tahu agama ni sebenarnya untuk apa. Kebaikan aku dan agamaku ataupun untuk pandangan masyarakat terhadap kita semua.

So aku pun explainkan kepada H. Dia dengar dan diam. Ambil 3 hari juga baru dia setuju yang rational penting buat masa sekarang.

Katanya tak perlu libatkan pihak lain (especially mak ayah) yang masih belum hilang kekecewaan terhadap anak.

Logiknya duit belum cukup, belum happykan mak ayah, belum mampu secara sempurna bak pengantin pelamin 30k, tapi hanya mampu susah senang bersama H.

Aku takut sebenarnya. Seteruk teruk aku sentuh diri aku, aku tak berani nak buat betul betul.

Aku minta nak nikah gantung dengan H. Tapi kalini ibu yang bantah, katanya aku dah melampau nak ikutkan perasaan hilang akal rasional. (demi Allah hanya aku yang tahu rasional disebalik keputusan aku) Aku jadi sangat keliru.

Mana bantuan Tuhan bila aku memerlukan sangat kelembutan hati dan fahaman dari mak ayah.

Kenapa tak dipermudahkan aja, dan bimbing aku cara cara selepas nikah dan masalah rumah tangga dari pengalaman ibu ayah sendiri.

Aku tahu aku yang kena usaha tapi betullah bila nikah disusahkah maka ziina menjadi mudah.

Aku sedih sangat hari tu, malam tu aku beritahu H dengan air mata aku nak pilih agama (which is to stop terus semua dosa termasuk couple)

Tapi H tak nak dia cakap setakat ini hanya aku yang terimanya seolah tiada apa. Gaduh punya gaduh. Terus terjadi benda lain sebab sama sama nak pujuk hati yang terluka.

Sejak dari tahun ke dua dan sekarang dah tahun ketiga, aku boleh kawal diri aku sejak boleh lepaskan ke cara yang tepat, dengan H (walaupun salah, tapi hidup aku improve sangat sejak aku tak lagi spend hours kat ‘video dewasa’).

And sebabkan aku dah terasa seolah olah boleh kawal diri aku dengan H, aku berusaha pula ambil short courses online untuk naikkan taraf pendidikan aku.

Aku bersyukur sangat sebab bertemu dengan H. Hidup aku boleh kawal sebab kehadiran dia.

Lain lain takda perubahan sepanjang 3 tahun ni. Termasuklah status relationship rahsia kami. Belum ada yang tahu, baik di tempat kerja, mahupun keluarga.

Ibu ayah seolah olah tidak endah permintaan nikah kali pertama aku. Like it never happened. Macam lupa pun ada.

Aku target nak teruskan hidup macam ni sebab dah rasa stabil. Relationship stabil, financially stabil and alhamdulillah tahun ni dapat buat degree di private university siap scholarship.

Semua online hikmah PKP, mudahlah nak kerja sambil belajar sambil jaga hubungan aku dengan H tak berjauhan.

Ujian berat pula untuk aku sebab baru ni aku dapat tahu dari H yang dia akan dikahwinkan dengan ex dia sebab ex dia bukak aib lama mereka.

Sekarang ni aku dah buntu. Nikah bulan 8 ni. Aku terasa sangat macam seolah olah couple aku dengan H 3 tahun ni khayalan semata mata.

Sedihnya bila berahsia hubungan 3 tahun ni boleh pula orang lain yang jumpa mak ayah H bincang untuk nikahkan terus bulan 8 ni. Kalaulah hubungan kita was made public, mesti tak berlaku semua ni.

Kalaulah aku juga boleh bukak aib aku utk digunakan alasan untuk halalkan H biar H yang buat pilihan nanti.

Tapi aku tahu manusia akan sentiasa ingat kesalahan kita walaupun Allah dah terima taubat kita.

Kalaulah aku tak pernah berziina dengan H, kalaulah aku mampu kawal nfsu aku sendiri dan takut kepada Allah dengan taqwa sebenar benar taqwa.

Kalaulah aku tak pernah sentuh diri aku dari awal habis sekolah. Dan Kalaulah aku report je ayah dekat ibu pasal ‘video dewasa’ 18 tahun lepas.

Apa aku patut buat. Aku hilang teruna aku pada H, tapi H hilang dara pada ex dia yang tiba tiba datang balik.

Dia pun ada alasan untuk terima orang pertama yang sentuhnya, lagipun parents dah terlibat part tu.

Aku je yangg Allah izinkan aib ku masih tertutup. Tapi harini aku confess bukan untuk buka aibku, tapi untuk minta kekuatan dan bantuan. Apa yang aku perlu buat. Aku sayang dia sangat.

Dia dah buat aku kuat macam sekarang ni (berbanding zaman ketagihan tak terkawal) dan dah bersama 3 tahun. Aku tak kuat lepas ni kalau betul akan dinikahkan bulan 8 ni.

Aku menyesal sangat ya Allah dari awal lagi. Tup tap lagi nak jadi ujian berat ibu disahkan ada knser stage 4 dah. Aku takut sangat kenapa semua ujian ni turun mendadak ya Allah.

Masa aku jaga mak akulah aku dapat tahu yang mak aku dah tahu pasal ayah simpan ‘video dewasa’ tu sebab ibu dah takda selera nak bersama ayah sejak kena s3xual abuse oleh boss lepas lahirkan adik aku.

Sebabnya? Ayah tak percaya boss ibu buat macam tu sebab boss ibu tu alim, pHd shariah bagai.

Jadi siapa yang nak dipersalahkan? Ibu tak layan ayah? Atau ayah simpan video sampai buat aku yang masa tu 5 tahun ketagih?

Atau aku yang tak tahan diri lepas habis sekolah? Atau aku yang tak pernah jujur masalah aku dengan sesiapa kecuali H? Adakah pertemuan aku dengan H satu kesilapan besar hidup aku? Aku dah tak tahu.

Please help me. Aku cuba kuat dan taubat atas perbuatan ku tapi deep inside aku macam nak juga put the blame at least at other too. Sebab bukan 100% salah aku.

Tapi all the pain aku yang 100% kena hadap. Kalau korang kat tempat aku apa korang buat?

Kenapalah ibu ayah tak permudahkan nikah aku sebelum all this happened? Kenapa Allah takdirkan ujian hidup aku macam ni.

Please help me. Kadang aku hampir nak kehilangan iman dah kalau terus berfikiran macam ni.

Dan kadang aku hampir hilang nafas menangis atas sejadah cuba terima semua ni. Bantuilah aku.

Wallau’alam, Eiz