Kau doktor pastu kau rasa gaji kau tinggi. Kau ingat kau boleh jual mahal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama sis miss K. Sis berumur 30an dan merupakan seorang doktor dan masih single.

Sis seperti biasa merupakan stok stok yang tipikal makcik pakcik kampung gelarkan andartu tapi sis sedikit pun tidak kisah dengan status itu tapi tidak bagi orang sekeliling.

Sis pelik kerana terlalu ramai mata mata yang memandang sis dengan pandangan kasihan. Kalau balik ke kampung berjumpa sanak saudara mesti ramai orang sekeliling yang bertubi tubi tanya sis bila nak kahwin??

Jarang sekali orang sekeliling tanya sis sihat tak? Bagaimana pekerjaan? Hahaha ni tidak, sokmo tanya bila sis nak kahwin? Nampak air muka mak ayah sis berubah jadi sedih bila orang tanya soalan begitu.

Kawan kawan sekeliling semua perli sis sebab sis tak kahwin lagi dan yang paling menyedihkan selalu sangat dengar ayat ni dari kawan sekerja lelaki,

‘Kau tu dah lah doktor, pasal kau rasa gaji kau tinggi sebab tu kau jual mahal, konfem tak laku bila meningkat usia’. Ya Allah tergamak mereka mengeluarkan kata kata nista macam tu.

Sis akui mula mula masuk medical school dan housemanship (doktor pelatih) memang sis sangat sangat busy sampaikan tak terlintas langsung nak mendirikan rumah tangga, sebab macam mana nak kahwin uruskan suami anak anak jikalau diri sendiri pon terkulai kepenatan bekerja?

Sis tahu sis tak mampu waktu itu untuk menjaga sesiapa sebab sis tidak mahu aniaya anak orang kalau dapat isteri yang busy macam sis.

Tapi bila umur dah menganjak usia, masa lebih banyak terluang dan kerjaya sudah lebih fleksibel, jodoh pula tidak kunjung tiba.

Sebenarnya sis bersyukur dengan aturan hidup sis. Dapat jaga mak ayah lagi, dapat tolong adik beradik, sanak saudara yang kesusahan.

Tapi tipulah kalau sis cakap sis tiada keinginan untuk ada family sendiri. Sis ada berusaha kenal dengan beberapa orang melalui orang tengah, tapi banyak yang menolak sis sebab sis adalah seorang doktor.

Inferior dengan bakal isteri sendiri yang mungkin bergaji lebih besar, dan mungkin tidak mahukan seorang isteri yang busy, Wallahualam.

Tapi kebanyakan menolak tanpa sempat jumpa pon. Apabila mendengar status doktor je semua lari dari awal perkenalan.

Jujurla sis bukanlah tiada rupa, sis boleh katakan yang sis average look dan ada manis di situ. Tapi semua terus lari bila dengar status doktor.

Sebenarnya sis tidak pernah memilih kerjaya pon, as long as bakal suami ada pekerjaan yang tetap dan stabil. Tak kisah jika gaji lebih rendah daripada sis.

Cukupla kalau gaji bakal suami tu mampu bayar loan sendiri dan mampu belanja barang dapur setiap bulan sebab sis percaya keberkatan rumah tangga tu lebih bermakna kalau apa yang isteri dan anak anak makan tu datang dari poket suami.

Dan yang paling penting tentulah sis nak suami yang boleh cope dengan jadual sis yang padat sebagai seorang doktor.

Yang boleh bertolak ansur menjaga anak dan menolong sis untuk sama sama buat kerja rumah nanti.

Banyak pahala seorang suami jikalau dapat menolong isterinya dan redha meminjamkan isterinya untuk berbakti kepada masyarakat. Ciri ciri bakal suami dari sudut agama sis malas nak ungkap sebab nanti tak habis pula.

Tapi tulah sayang, susah sis nak jumpa lelaki yang betul betul ikhlas terima sis dengan background kerjaya sis.

So berbalik kepada tajuk di atas, sis sumpah jujur nak tahu, masih ade lagi ke lelaki yang tidak kisah gaji isteri lagi tinggi?

Masih ada lagi ke lelaki yang sama sama sanggup tolong jaga anak anak dan sama sama buat kerja rumah jikalau si isteri busy berkhidmat pada masyarakat?