Bila aku mimpi macam tu rambut dalam pinggan. Lepastu bila jumpa A badan akan gatal2

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca yang budiman.

Aku adalah mangsa sihir sejak 2016 dan masih belum sembuh sepenuhnya.

Aku harap warga pembaca dapat kongsikan sedikit kata semangat, nasihat atau jika ada pusat rawatan yang boleh kongsikan di ruangan komen.

Ceritanya bermula waktu aku tengah buat postgraduate di salah satu universiti tempatan. Aku ada berkawan dengan seorang lelaki, aku namakan A.

Kami sama sama buat research dan jadi makin rapat dan ada plan untuk kahwin selepas graduate. Kami serasi dan waktu tu aku ingat dia lah jodoh aku.

Tahun kedua, aku jadi kurang sihat dan aku diuji dengan separuh lumpuh, d3pression dan kini makin pulih.

Pada mulanya aku ada mimpi ular dan kawan lelaki juga ada mimpi ular hitam, aku juga selalu jumpa ulat gonggok, lipan, rambut dalam pinggan makan dan akan gatal badan kalau berjumpa A.

Kalau A ada mesej aku, tiba tiba keluar ulat gonggok atas badan aku. Akhirnya, aku terus block A masa tu walaupun dalam hati aku masih sayang dia.

Masa awal kami terkena sihir tu, atas nasihat beberapa kawan, aku dan A berjumpa seorang ustaz di pusat darulsyifa berdekatan dan ustaz beritahu kami terkena sihir pemisah dan perlu buat beberapa kali rawatan.

Pada mulanya A ok tapi lama kelaman hubungan kami makin teruk, A tak nak berubat dan kami putuskan bawa haluan masing masing.

Sepanjang tempoh itu, aku sering kongsikan cerita dan sakit aku alami pada seorang kenalan rapat yang aku namakan Kak Ja. Dia bertudung labuh dan boleh kira dia selalu bagi pendapat islamiah, kategori orang baik kalau tengok.

Tapi rupanya sihir pemisah itu dari Kak Ja sendiri. Patut aku pelik, ada sekali dia beria ajak aku bergambar dan suruh aku berdiri, rupanya dia gunakan gambar penuh aku tu. Kak Ja ni student PhD masa tu, jadi dia kategori senior aku dan A dan aku sering rujuk dia.

Sekarang Kak Ja dan A tu pun dah berkahwin dan ada anak pun. Aku juga kini dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki comel wa muslih.

Beberapa minggu sebelum aku berkahwin, ada A mesej dan beritahu dia tak pernah lupakan aku, dia doakan aku bahagia dan dia yakin suatu hari nanti mungkin kami akan bertemu lagi. Tapi aku tak balas pun. Aku pun tak tahu kalau A masih ingat aku.

Suatu masa dulu, aku pernah ceritakan pada keluarga A, pada circle kawan aku apa Kak Ja buat tapi mereka tak pernah percaya. Mereka cakap takkan Kak Ja yang solat penuh, tudung labuh, mengaji tak tinggal tergamak buat macam tu.

Sepanjang aku berubat, ustaz dan perawat selalu nasihatkan supaya aku tidak menyimpan dendam kalau nak betul sembuh, belajar memaafkan serta melupakan dan itulah masalah yang aku hadapi sejak 2016 hingga kini.

Walaupun mulut aku cakap aku dah maaf, walaupun dah hampir 6 tahun, tapi jauh dari sudut di dalam hati, luka aku masih ada.

Aku tak pernah sangka Kak Ja, yang sangat aku percaya tergamak aniaya aku, kenapa sanggup dia mensyirikkan Allah dan meletakkan aku dalam keadaan paling susah, aku separuh lumpuh dulu kena berulang alik ke hospital.

Aku grad dengan extension sebab diagn0se with d30
pression dan kena jumpa psikatri, aku tak period hampir 2 tahun. Bila jumpa Dr, Dr cakap tak sakit sampaikan Dr suruh jumpa ustaz.

Disebabkan kawan aku adalah kawan A dan kak Ja, jadi kadang kala perkembangan mereka aku tahu secara tak sengaja.

Bila aku tengok dia berjaya dan dah jadi senior lecturer, hati kecilku terdetik rasa benci, marah, dendam. Dia bahagia dengan A selepas apa dia buat pada aku.

Adakah salah aku sebab pernah terlalu cinta pada A dulu sehinggakan aku terlalu luka? Dan adakah salah aku sebab terlalu percaya pada Kak Ja yang aniaya aku.

Aku amalkan solat sunat dan sentiasa berdoa pada Allah agar aku dapat memaafkan dan melupakan. Semoga tiada sekelumit ingatan aku pada A, semoga kasih aku hanya pada suami dan anak.

Mohon para pembaca dapat kongsikan tips dan nasihat supaya aku tiada lagi dendam. Terima kasih. Moga dalam rahmat Allah