Lately aku terasa bosan balik rumah so aku akan OT. Weekend pun rasa tak nak duduk dengan suami tak tahu nape

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi, Terima kasih untuk postkan luahan hati disini. I know, ramai pulak yang meluahkan perasaan tentang perkahwinan mereka dipage ini kan?

But sometimes, rasa nak share dengan kawan rasa segan, hanya mampu berdoa, bercerita dengan Allah tentang perasaan ni.

Nama aku Zahira. Umur aku 32. Aku baru berkahwin dalam setahun macam tu dan belum ada anak. Berkahwin diatas pilihan orang tua aku since umur dah terlajak, so umi carikan jodoh untuk aku.

Kenal 6 bulan, lepas tu decide untuk nikah. Dia seorang lelaki yang baik tapi terlalu pendiam. Even aku banyak cakap, banyak tanya, banyak ajak bersembang, dia still orang yang kurang bercakap.

6 bulan kenal, jarang keluar, cuma banyak text. Ok la text, tak dry sangat. Then dia cakap, dia dah start sayang aku.

Untuk aku, perasaan sayang tu susah nak muncul, tapi aku yakin, dia jodoh yang Allah hantarkan untuk aku.

Orang kata pun, nak cari pasangan, biar dia sayang kita lebih kan. Aku cuba belajar terima dia dalam hidup aku.

Mula mula aku ingatkan, dia memang pendiam, tapi bila balik rumah mak dia, ok jer dia bergurau, eh ada pulak suara, bukan main kuat lagi. Bergelak sakan.

Tapi bila balik rumah sendiri, macam batu pulak. Aku pun buat buat lah bersembang, ajak berborak, tapi dia masih macam pendiam. Tak biasa. Hello, dah setahun kot kahwin.

2, 3, 4, 5, 6 bulan aku masih boleh terima. Bila aku bergurau pun dia keras weh, cam bergurau dengan dinding pulak. Lama lama aku rasa kosong, sunyi, sepi, dan rasa tak bahagia.

Lately ni aku macam bosan sangat nak balik rumah, aku akan OT, sembang sembang dengan kawan offce. Since rumah umi aku dekat dengan office, aku akan singgah rumah umi, ajak sembang, bergurau.

Sometimes weekend pun, aku macam taknak duduk dengan dia. Sebab dia cuma akan baring, tengok muka aku, senyum, usik rambut aku. Tapi tak sampai bergurau, dia memang akan diam saja pastu tengok tv.

Aku cuba la ajak keluar, jalan jalan, ok, kita keluar pegang tangan. Tapi dia memang akan diam saja sepanjang dalam kereta, sepanjang jalan dengan aku.

Tapi confirm, masuk rumah mak dia, satu kampung kau dengar suara dia. Nanti lalu sebelah aku, hilang terus suara dia.

Aku of course dah luahkan perkara ni dekat dia, reaction dia, dia kata nak berubah, but sama saja.

Aku cuma rasa jiwa aku kosong, aku tak happy pun dengan perkahwinan ni. Kahwin pun kena paksa, aku belajar terima dia dalam hidup ni, tapi aku memang tak bahagia.

Everyday, aku cari cara untuk bahagia. Sampai aku terfikir, bercerrai saja lah. Malas nak hadap orang macam ni dalam hidup aku.

Orang cakap pengantin baru ni bahagia, but for me tidak. Aku terlalu buntu. Dia cuma terlalu membosankan untuk aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *