Masa kecik selalu nampak mak nangis dekay dapur. Tengah jahit pun dia nangis. So aku beranikan diri tanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Aku nak berkongsi satu kisah yang benar benar terjadi baru baru ni.

Keluarga aku biasa biasa saja. Bapak aku bekerja kerajaan manakala mak aku tidak. Dia uruskan rumahtangga dengan sempurna. Kami lima beradik. Aku anak kedua.

Kisahnya, bapak aku selalu outstation dan balik hanya seminggu sekali sahaja. Tapi bapak aku sangat bertanggungjawab, segala keperluan kami di rumah lengkap.

Masa aku di bangku sekolah, aku tengok mak aku selalu menangis di dapur. Sambil memasak dia menangis. Sambil menjahit pun dia menangis. Jadi aku beranikan diri tanya.

Mak aku membuka mulut memberitahu ada perempuan lain telefon ke rumah meminta izin untuk berkahwin dengan bapak aku. Terkejut aku dengar.

Ini kisah kejadian sekitar tahun 90an.. (kini bila aku teringat balik.. berani sungguh dia)

Mak aku cakap, dia sedar diri sebab dia tak bekerja. Manakala si perempuan tu berkerjaya dan bergaji tetap.

Aku hanya nampak ada la sekali dua macamtu parent aku bergaduh sebabkan hal ni. Tapi bapak aku tak kahwin pun dengan perempuan tu.

Masa berlalu.

Kami semua semakin membesar. Kakak dan aku dah masuk universiti.

Satu hari, bapak aku datang ambil aku dari kolej kediaman untuk pulang ke kampung. Semasa dia drive, telefonnya bebunyi. Aku sempat menjeling nama yang tertera pada telefon bimbit dia.

Ehh.. terkejut aku. Sebab nama yang naik adalah seperti namaku. Walhal aku duduk di kerusi belakang dan tidak menggunakan handphone pun.

Cepat cepat bapakku cancel panggilan tu.

Sejak dari tu, aku mulai curiga. Tapi aku rahsiakan dari orang lain apa yang aku nampak.

Aku mulakan siasatan aku sendirian. Bila bapak sibuk buat kerja di luar atau mandi ke, aku cuba buka telefonnya.

Aku kumpul maklumat dan salin nombor tu. Bertahun aku fikir bagaimana aku nak tahu siapa pemilik nombor tu.

Aku tak mahu dia tahu yang aku tahu. Aku tak mahu bapak aku tahu apa yang aku tahu. Sebab itu bertahun aku simpan saja.

Sampai lah satu ketika, aku dapat idea ke kedai telefon berdekatan universiti aku.. masa ni aku gunakan alasan untuk tolong membayar bil telefon orang tu kononnya.

Masa pekerja tu type di komputer nombor tu, dia bagitahu bil telefon tersebut. Aku buat buat tak dengar dan bertanya harga lagi. Akhirnya pekerja tu pusingkan monitor menghadap aku.

Maka terus aku dapat tahu nama penuh perempuan tu. Bila dah dapat tahu, ingat aku nak bayarkan ke bil tu? Aku cakap dekat pekerja tu.

“eh bukan nama ni. Mungkin salah nombor saya bagi. Jadi salah orang. Maaf yer cik.. ” dan aku berlalu pergi dengan senyuman. Sebab siasatan aku yang lembab ni ade sedikit progress. Hoho.

Kemudian, bila dah ada facebook.. aku mula terfikir nak cari balik nama tu. Cari punya cari.. nama tu ada banyak orang pakai.

Dengan gambar tah apa apa. Tapi ia berbaloi. Jeng jeng!! Sebab ada seorang saja yang kebetulan dia friend dengan bapak aku.

Aku tengok gambar gambar dia.

Tempat dia bekerja. Kawan kawan dia. Ye lah kan, kesah dah bertahun tahun. So perempuan ni dah kategori makcik makcik dah. Dan ada majlis persaraan dia dalam fb tu. Tua dah pun.

Sebelum ni (masa aku kecik yang aku tanya kenapa mak aku nangis tu) mak aku penah la cerita sedikit latarbelakang makcik ni. So aku tahu asal makcik ni daerah mana dan pekerjaan dia.

Aku relatekan dengan maklumat di fb dia. So, memang orang yang sama. Yakin! Dia bujang lagi rupanya sebab semua panggil dia cik saja walau dah tua.

Dan.. selama 30 tahun mereka masih berhubungan! Kalau aku balik bercuti, aku selalu saja nampak bapak aku jawab call dia setiap malam.

Tapi biasa nya sekejap saja panggilan tu. So memang aku buat buat tak nampak saja. Lantak lah dah tua pun memasing.

Masa berlalu lagi. Aku pun dah berumahtangga, ada anak anak.

1 hari tu aku teringat nak tengok balik fb makcik ni. Tiba tiba.. aku terbaca rakan makcik ni share yang makcik ni kena c0vid. Semua kenalan dia doakan kesembuhan dia.

Beberapa hari lepas tu, aku saja skodeng lagi fb dia. Rakan dia share lagi bahawa dia dimasukkan ke wad ICU kerana berada pada tahap kritikal. Maka ramai lah lagi kenalan dia doakan kesembuhannya.

Aku? Jujur aku tak rasa apa apa.

Beberapa hari aku menjengah lagi fb dia. Tapi tak nampak perkembangan apa apa dah. So aku assume dah sembuh kot. Aku pun tak tengok dah fb dia.

2 bulan kemudian, entah macamana sambil aku belek belek fb, terlintas di fikiran aku. Eh macamana dah dia.

Terus aku bukak fb dia.

Kenalan dia share lagi satu maklumat. Penting!

Berduyunlah rakan dan kenalannya ucapkan takziah.

Akhirnya, makcik tu pergi jua.

Dia pergi tanpa dapat mohon maaf dari mak aku. Dia pergi tanpa dapat mohon maaf dari kami adik beradik.

Kerana.. dia ambil banyak masa dan kesempatan kami bersama bapak.

Aku tahu..

Ada hujung minggu bapak aku berjumpanya. Mak aku tak tahu.

Ada banyak masa bapak aku layan dia. Mak aku tak tahu.

Mak aku jaga anak anak di rumah. Tapi sebaliknya bapak. Hujung minggu yang ada untuk dia berehat. Kami jarang berjalan jalan.

Banyak masa tu dia rampas dari keluarga kami. Bapak aku pergi masa hari pengkebumian tu.

Akhirnya aku buka cerita ini pada mak aku. Ternyata mak aku langsung tidak terkejut. Dia tenang sahaja dan dia cakap..

“Tak mengapalah dia tak sempat mohon maaf dari mak, tapi mak dah maafkan semuanya. Allah dah bagi bahagiannya. Bahagian kita ni tak tahu bagaimana..”

Baiknya mak aku. Aku ingat sangat ayat mak aku tu.. Semoga Allah swt menganjari mak aku dengan pahala dan syurga yang indah nanti atas kebaikan, pengorbanan dan kerana memeluk Islam.

Ini sahaja kisah yang tak seberapa. Sebab apa yang aku tahu juga aku rahsiakan dari adik beradikku. Aku nak semuanya hormat pada bapak.

“Bersabar sahajalah kerana Allah jua yang akan membalasnya.” Kata mak pada aku.

Nasihat aku.. janganlah jadi perampas kebahagiaan orang lain. Mungkin umur panjang sempat untuk minta maaf.. atau sebaliknya.

Jika ada kesalahan pada orang, bersegeralah mohon kemaafan kerana dosa sesama manusia hanya manusia yang mampu maafkan.

Sekian. Antonio