Anak saya dah membersar dan sekarang dia dah darjah 6. Hari ni saya check hp dia, ya Allah betul2 terkejut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana menyiarkan cerita saya.

Saya Kak WNS, seorang ibu tunggal. Menjaga anak perempuan dari kecik sekarang dah meningkat remaja berusia 12 tahun.

Selepas berpisah dengan bekas suami (usia anak 3 tahun), saya memang jadi agak pemarah, kasar dan bengis. Mungkin dendam pada bekas suami.

Ya Allah sabarkan hatiku..

Sebelum ni nak bercakap dengan kawan kawan perkataan ‘aku’ pun dah rasa kasar. Apa lagi nak maki hamun cakap bahasa kesat.

Tapi peristiwa dengan bekas suami memang rasa depress sampai maki hamun. Dan benda ni jadi melarat sehingga mendidik anak.

Ok sekarang bukan nak cerita pasal bekas suami tapi tentang anak yang sedang meningkat remaja. Ya memang saya ibu yang kejam.. Saya betul betul tak pandai nak mendidik anak.

Saya ajar anak dengan cara bentak, maaki, hiina dan mengeluarkan perkataan kesat yang saya sendiri tak sanggup nak dengar. Sedihnya rasa.

Saya rasa mungkin saya depreess. Dan saya tak pernah jumpa pakar tentang perkara ni.

Masa usia anak 5-7 tahun saya banyak kali kasari anak. Rotaan, hanger, kayu, kerusi macam macam lagi saya buat jika saya marah. Saya pernah buat anak sampai terjaahit lengan dia.

Kejaamnya saya tuan puan. Bila saya dah lepaskan saya menyesal menangis dan mintak ampun dengan Allah.. Tapi saya pelik bila berhadapan dengan anak benci tu datang lagi.

Saya kalau tegur terus bentak dan maaki anak. Marah biasa itu tak de masalah bagi saya. Tapi bila saya marah saya tak boleh kawal. Saya akan naik tangan dan mengamuk. Macam macam perkataan yang keluar.

Bukan saya tak menyesal. Bukan saya tak insaf. Bukan saya tak kesian. Saya tak tahu tuan puan. Saya rasa saya depress. Semua saya humban pada anak saya .

Sekarang anak saya dah meningkat remaja. Dah 12 tahun dah usia dia. Kenapa sampai saya luahkan harini? Sebab harini saya cek hp dia. Ya Allah terkejutnya saya. Terlalu kasar bahasa dia dengan kawan kawan.

Bab#.. Bod##, banga## dan macam macam lagi keluar bila chat dengan kawan kawan. Lagi satu. Saya terjumpa satu group bukan kawan kawan sekolah. Saya tak tahu dari mana dia collect kawan kawan tu. External oursource ni.

Dia chat kebanyakan nya lelaki. Dan semua lelaki tu dia tipu yang dia dah 20 tahun. Allahu macamana saya nak maafkan diri saya ya tuan puan. Anak saya dah jadi kasar dan pandai menipu dengan dunia luar.

Bila saya baca semua conversation terlalu kasar. Sangat sangat kasar. Saya pernah remaja. Dan saya tak kan cakap macam tu dengan kawan kawan, pergaulan dia sangat bebas saya rasa walaupun di dunia maya.

Memang saya ada buat family linked. Tapi dia boleh access hp sampai tengah malam chat dengan lelaki yang dah bekerja.

Semalam dia buat 1 status yang dia hide dengan saya punya wasap.

“sebanyak mana pun air mata menitis, bukan jadi apa pun kan. Sesakit mana pun secara diam bukan orang tahu pun. Nak mati amalan tak cukup, nak hidup melalui dugaan, makin bertambah dosa. So aku tak tahu nak buat apa dekat dunia.” ini status anak saya tuan puan.

Saya sedih. Saya ibu yang gagal. Bila berhadapan dengan dia, ego saya melangit. Saya tetap maki dia walaupun dalam diam saya nak berubah nak dia sayang dan hormat saya.

Memang saya nampak dia dah hilang hormat pada saya. Walaupun dah sakit dan banyak kali kena rotan.

Dia tetap tak takut.

Saya juga banyak kali halau dia dari rumah jika saya terlalu marah. Mintak dia kemas baju dan balik pada ayah dia. Huhuhu.

Memang sejak berpisah dia tak pernah berhubung dengan ayah dia. Jika saya ugut memang dia tak mahu jumpa ayah dia.

Bagaimana ya tuan puan. Boleh bantu saya. Macamana cara saya nak selesaikan masalah saya dengan anak saya? Saya takut perkara yang buruk lebih teruk berlaku pada masa hadapan.

Saya takut jiwa anak saya rosak lebih teruk. Saya faham ini silap saya. Saya yang perlu dirawat bukan anak saya. Tapi anak saya dah ikut contoh jahat dari saya.

Saya pun dah berusia. Dah makin tua. Hitamnya hati saya, bantu saya tuan puan. Dan doakan saya sabar melayan anak saya.